Grab The Promo

Tukar duit Sebelum ke Luar Negara


Antara perkara terpenting sebelum ke luar Negara adalah menukar MYR kepada mata wang asing negara yang ingin kita lawati. Tidak menjadi masalah untuk menukar di negara yang bakal kita lawati tetapi kadar pertukaran akan menjadi lebih tinggi jika di bandingkan dengan di Malaysia. Tambahan pula dalam keadaan mata wang Malaysia yang semakin jatuh. Mata Wang kita mungkin tidak laku untuk di tukarkan di negara Luar. Jadi adalah lebih baik anda menukar mata wang asing terlebih dahulu sebelum berlepas ke luar negara.
 

Persiapan Melancong Saat Akhir
passport, IC, Bank Card, Duit Thai Bath dan Malaysia Ringgit

 
Cik iena dah pasti la tukar di Malaysia. Tapi kali ni cik iena lambat tukar . CIk iena tukar isnin yang lepas pada 5 oktober 2015. Kalau cik iena tukar dua atau tiga bulan awal untung lah sikit sebab masa tu duit Malaysia tak jatuh banyak lagi. Sekarang makin menjunam T_____T
Tahun lepas cik iena ke Bangkok kadar pertukaran 10.03 berbeza dengan tahun ini 12.25.
Cik iena tukar dengan kawan cik iena yang bekerja di money changer.
Kadar pertukaran semasa 12.55 tapi kawan cik iena bagi 12.3
Bila cik iena sampai kedai , kawan cik iena bagi 12.25
Terima Kasih banyak-banyak Zai bagi rate rendah
 
 
ABDUL RASHID ENTERPRISE (M) SDN BHD
PENGURUP WANG / MONEY CHANGER
 
 
Tukar duit Sebelum ke Luar Negara
 
 
Terletak di Chow Kit , berdekatan Station Monorail Chow Kit 
Untuk anda di luar sana yang nak tau kadar pertukaran semasa boleh lihat secara online website ni
Diantara yang ter rendah kadar pertukarannya
Tapi kalau pergi tempat dia memang kene beratur panjang la
Itu yang cik iena malas . Sebab tu cik iena tukar dengan kawan cik iena je
(^_~)
http://moneymaster.com.my/
My Money Master Sdn. Bhd.
LG040 Centre Court,
Lower Ground Floor
Midvalley Megamall,
Midvalley City
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
Toll Free: 1800 22 3030
Fax Line: 03 2284 3030
 
New Update : Selain moneymaster blh juga tukar di
http://www.spectrumforex.com.my/ 
 Lokasi yang mudah di kunjungi di NU Sentral dan buat masa ni tak beratur panjang macam moneymaster cuma moneymaster tetap murah sikit tapi tak banyak sangat lah bezanya.
Lebih kurang je la. kadang sana murah sini mahal. Tapi tak jauh beza
landmark dia sebelah kedai SINMA 
:)
LG 11, Lower Ground Floor, Nu Sentral, Jalan Samathan, 50470 Kuala Lumpur
Tel :03-22766070 / 03-22766030
Fax :03-22766030
 
Ni cik iena bagi branch yang dekat dengan cik iena . tempat lain pun ada, jemput lihat di website mereka ok :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve