Grab The Promo

KEK LAPIS CRAKER BERKRIM


Gabungan Nestum dan milo beserta cream cheese dan sos karamel membuat kek lapis creaker berkrim ini enak  dan lazat penuh berkrim pasti menjadikannya ia di sukai ramai.
 
 
KEK LAPIS CRAKER BERKRIM
 
Bahan-Bahan:
Setengah cawan Nestum
Sedikit serbuk koko @ Milo
Susu Pekat @ Sos Karamel
250gm Cream Cheese
75gm Butter
Setengah cawan gula
1 Pek Cream Cracker – 40 keping
2 cawan susu – rendaman biskut
.
Cara Membuat:

.
1. Masukkan cream cheese, butter serta gula di dalam bekas dan pukul hingga sebati. Rendam biskut jangan terlalu lembik dan susun di dalam loyang.
.
2. Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata keatasnya. Jangan terlalu tebal. Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel. Dilayangkannya agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.
.
3. Kemudian taburkan serbuk nestum atau milo atau kedua-duannya. Ulang langkah tadi hingga habis. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Hidang semasa ia sejuk.
.
P/S: Kek ini amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel dan ditabur dengan serbuk nestum disetiap lapisannya. Sesuai juga disajikan untuk menu minum petang anda bersama keluarga. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya


Sumber : https://www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve