Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Saturday, December 26, 2015

Kek Marble Kukus


Kek marble kukus merupakan  kek yang mudah  untuk disediakan.  Kek ini digemari golongan veteren.  Enak dihidang bersama minuman bersusu.



kek marble kukus
 

Bahan bahan

  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya (kalau tak ada boleh tambah 1/4 susu pekat lagi)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah, hijau, coklat dan kuning
Cara Cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur
satu persatu dan pukul sebati.
2. Masukkan susu pekat serikaya dan esen vanilla. Kacau rata
dan masukkan tepung gandum bercampur serbuk penaik.
3. Bila sebati bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna
pada setiap adunan.
4. Sendukkan selang seli kedalam loyang yang telah dilengser
dengan margarin.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam
atau sehingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong



Sumber : www.facebook.com

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Mini Lazada