Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Saturday, December 26, 2015

Resepi Tat Limau Nipis


Tat merupakan sejenis kuih yang paling mendapat sambutan pada hari perayaan mahupun untuk santapan harian. Kebiasaan nya tat yang biasa kita makan adalah tat nenas . Selain itu Tat Limau nipis ini juga sangat enak dan unik . Boleh di cuba utuk santapan anda .
 
 
Resepi Tat Limau Nipis
 

.

BAHAN-BAHAN:


BAHAN UNTUK PASTRI COKLAT (ASAS KULIT TAT COKLAT):

BAHAN A:


125gm mentega
80gm gula aising


BAHAN B:

1 biji telur
½ sudu teh esen vanila


BAHAN C:

230gm tepung gandum
50gm serbuk coklat


BAHAN INTI:

3 biji telur
90gm gula kastor
90ml susu segar
70ml jus limau nipis
70ml krim putar UHT
Pewarna hijau secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat pastri coklat, campurkan bahan A dan gaul sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan bahan B dan bahan C. Gaul adunan sehingga membentuk doh.

3. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 30 minit dan bentuk di dalam acuan tat. Bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 170°C. Asingkan.

4. Untuk bahan inti pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.

5. Akhir sekali, paipkan adunan ke dalam kulit tat yang telah siap dibakar dan bakar sekali lagi pada suhu 170°C selama 15 hingga 20 minit.



Sekiranya tidak mahu rasa masam yang keterlaluan, bolehlah dikurangkan jus limau nipis di dalam adunan..


Sumber : www.facebook.com
 
Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

UBER PROMO CODE - IENA

UBER PROMO CODE - IENA