Grab The Promo

Shaklee Malaysia Mengumumkan Pelantikan Presiden Baru


Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia


Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden Shaklee Malaysia. Beliau  menyertai syarikat tersebut sejak Januari 2016

Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.
 “Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.
Tambah beliau lagi, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.  Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkareer secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.

Tahniah Helen Lam, semoga Shaklee lebih berjaya :)

Untuk Maklumat Lanjut

Website : www.shaklee.com.my
Facebook : www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia
Instagram : www.instagram.com/shakleeproductsmalaysia/

Untuk Pembelian Online juga kini anda boleh dapatkakn produk Shaklee di Lazada http://bit.ly/buyOnlineShaklee




Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden Shaklee Malaysia. Beliau ...
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 3, 2016


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve