Zon Keutamaan Tempat Duduk Pengangkutan Awam


Zon Keutamaan Tempat Duduk Pengangkutan Awam
Seperti kita sedia maklum wanita mengandung, orang tua, wanita beranak kecil dan orang kurang upaya adalah golongan yang perlu di beri keutamaan tempat duduk dalam pengangkutan awam seperti bas, ktm,lrt dan sebagainya. Namun perkara ini sering di perlekehkan oleh rakyat Malaysia khususnya. 
Sikap pentingkan diri menjadi tunggak utama jati diri rakyat yang tidak mempunyai kesedaran sivik. Walaupun telah di tegur masih dengan ego sendiri.
Sebagai contoh kejadian yang terjadi depan cik iena pada hari ini. Jika di ikutkan hampir hari hari terjadi. Tapi terdetik kali ini untuk kongsi kerana kesal dengan sikap rakyat Malaysia yang pentingkan diri dan tiada kerjasama.
Kejadian yang berlaku seorang wanita hamil berdiri lama di hadapan wanita sihat yang sedang membaca buku walaupun telah di tegur oleh orang lain untuk di berikan tempat duduk kepada wanita hamil tersebut namun wanita yang membaca buku itu enggan bertolak ansur. Beliau hanya mendiamkan diri. Kebetulan cik iena yang duduk tidak jauh dari wanita membaca buku berkenaan terdengar dan cik iena pun memberi laluan pada wanita mengandung terbabit duduk .

Kedudukan wanita hamil tersebut betul-betul berhadapan perempuan yang sedang membaca buku tersebut.  Alhamdulillah cik iena tersedar dari tidur dan terdengar perbualan tersebut. Cik iena menaiki KTM dari kampung iaitu Batang Kali, memandang kan perjalanan ke Kuala Lumpur jauh dan dari Batang Kali tren tidak penuh maka cik iena tidur. Cik iena tersedar di Kepong apabila terdengar perbualan seorang perempuan meminta tolong perempuan di hadapan itu memberikan tempat duduk buat wanita hamil tersebut. Namun wanita yang sedang membaca buku tersebut seolah-olah buat endah tidak endah sedangkan apa yang cik iena lihat dia tidak memakai ear phone. Cik iena yang sedang tidur boleh terjaga.

Lalu cik iena memberi laluan untuk wanita hamil tersebut duduk, Cik iena juga meminta maaf pada wanita hamil tersebut kerana cik iena tertidur dan tidak perasan akan beliau. Beliau senyum dan mengucapkan terima kasih . Setelah cik iena berdiri cik iena mengambil gambar wanita yang enggan bertolak ansur dengan wanita hamil tersebut. Wanita itu hanya buat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Lansung tiada rasa malu di dalam hati . Sibuk dengan buku dan kemudian main handphone. Beliau turun di station Bank Negara.
 
Awal  cik iena kelaur kerja hari ni, sebab dari kampung so kene keluar awal  bangun awal sampai tertidur dalam train :) Hati masih bengang dengan sikap rakyat malaysia yang pentingkan diri. Mungkin patut keluarkan undang-undang untuk denda mereka-mereka yang keras kepala ni . Ini baru kes keutamaan tempat duduk. Belum lagi kes beri laluan keluar pada penumpang sebelum memasuki pengangkutan awam :)
Wokiess cik iena nak kerja dulu ya . haha semangat update blog sampai awal kan






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve