Grab The Promo

Salam Browser Pelayar Web Berunsur Islamik


Browser atau pelayar web adalah medium yang di gunakan untuk melayari internet. Terdapat banyak jenis browser diantara yang sering di gunakan adalah Google Chrome dan Mozilla Firefox  . Pelayar internet ini sangat penting untuk kita melayari internet tetapi seperti yang kita sedia maklum terdapat pelbagai jenis iklan yang akan muncul di pelayar web kita dan kadang kala ianya melanggar syariah islam.

Salam Browser Pelayar Web Berunsur Islamik
Salam Browser Pelayar Web Berunsur Islamik


Selaras dengan teknologi terkini yang mengikut syariat islam satu pelayar web berunsurkan syariah telah di cipta khas buat anda yang beragama Islam khususnya . Pelayar web ini dinamakan Salam Browser. Ianya berfungsi seperti pelayar web lain tetapi ditambah baik dari segi tapisan iklan-iklan yang muncul di pelayar web ketika kita melayari internet .

Pelayar web ini akan menapis iklan-iklan berunsur lucah dan juga iklan iklan yang bertentangan dengan Agama Islam. Sedikit sebanyak ianya dapat menghindari kita umat islam dari melihat iklan-iklan yang tidak sepatutnya.

Ianya sangat sesuai di gunakan untuk anda yang beragama islam terutama buat anda yang berkeluarga sebagai langkah berhati-hati dan berwaspada daripada anak-anak terlihat iklan-iklan yang tidak sepatutnya yang sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan pemikiran mereka.

Selain daripada itu untuk anda yang suka download cerita cerita korea mahupun drama melayu, terdapat iklan-iklan yang tidak senonoh untuk di lihat. Dengan menggunakan pelayar web Salam Browser, iklan-iklan sedemikian akan di tapis. 
Menarikkan, cik iena sendiri pun baru tau dan baru cuba . Bagus ada pelayar web macam ni. Takdelah kita terdedah dengan benda-benda yang tidak elok lagi-lagi buat remaja yang semakin meningkat dewasa. Pemikiran mereka cepat terpengaruh . Jadi kita sebagai Kakak, abang mahupun ibu dan ayah perlu lebih prihatin akan mereka supaya mereka tidak terpengaruh atau terjebak dengan benda yang tidak sepatutnya .
Jom download Salam Browser di https://salambrowser.com



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve