Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Sunday, June 26, 2016

Karnival 7 Likor Sempena Syawal 2016!



Expo halal sme

Dimaklumkan bahawa Expo Halal SME 500 di bawah Pembangunan vendor SME telah dilancarkan pada 27 Mei 2016 bersempena expo pertama dari Expo Halal SME 500 di Gemas Negeri Sembilan.

Tujuan utama ekspo ini adalah untuk mempromosi,  memasar dan memperkenalkan produk SME tempatan di peringkat domestik dan seterusnya ke peringkat Global agar dapat meletakan Malaysia sebagai salah satu daripada halal "global player " .

Program ini juga adalah atas tiket kerjasama persefahaman perniagaan dua hala antara Malaysia dan Republik rakyat cina menerusi menandatangani  perjanjian antara Halal Retail Adia dan MAHIEZ Alliance group (China)  untuk memasarkan 500 produk SME tempatan ke Negara cina dan timur tengah.

Inisiatif ini mampu membuka ruang perniagaan yang sangat luas kepada para pengusaha  SME untuk memasarkan produk mereka ke 7000 rangkaian pengedaran di seluruh Cina dengan  termeterainya perjanjian kerjasama diantara halal retail asia dan Mahiez Alliance Group tempohari.

Pada masa yang sama,  Halal retail asia juga ingin mengumumkan penubuhan Global Halal SME Board platform pertama untuk penyenaraian syarikat SME Halal di Bursa Equity di Xiamen Cross Strait Equity Exchange,  wilayah Fujian,  China

Ini akan membuka ruang dan peluang untuk syarikat SME tempatan yang berkelayakan untuk melebarkan operasi perniagaan mereka ke luar Negara melalui penyenaraian di Bursa Equity tersebut.

Lanjutan dari perjanjian kerjasama ini,  Halal Retail Asia akan membuat siri Roadshow bergerak ke 15 lokasi ke seluruh tanah air bagi mengenalpasti 500 produk halal terbaik Malaysia melalui penyertaan dari Vendor SME seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://www.halalretail.asia

Sehubungan dengan itu cik iena ingin mengajak anda semua beramai ramai memeriahkan siri roadshow yang pertama ini di Gemas Negeri sembilan pada 24 jun hingga 2 julai 2016


Karnival 7 Likor Sempena Syawal 2016!



 Karnival SME Halal 500 dibawah Program Pembangunan Vendor SME adalah bertujuan untuk mempromosi dan memasarkan produk halal SME ke peringkat domestik dan global.
Sebanyak 100 usahawan SME meliputi 200 produk halal akan menanti anda. Dapatkan produk halal yang tidak diperolehi di kebanyakan pasaraya dengan harga yang berpatutan. Jangan lupa untuk shopping raya di Dewan Agora Rembau mulai 24-Jun hingga 2 Julai ini dari pukul 11pm-2am
Ekspo ini juga akan dijadikan platfom untuk mengenalpasti 500 produk halal tempatan untuk menyertai platfom ke pasaran negara China dan Timur Tengah. Happy shopping!
#retailasia #karnival7likor #semuahalal






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


1 comment:

Mini Lazada