Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Wednesday, June 15, 2016

Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799


Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799

Honor merupakan salah satu syarikat subsidiari dibawah pihak Huawei, dimana Honor memfokuskan kepada penjualan peranti melalui dalam-talian . Pihak Huawei menggunakan VMall dan Lazada sebagai platform online dan ia dijual terus kepada pelanggan tanpa perlu melalui pengedar ataupun penjual lain. Ini membolehkan pihak Honor menjimatkan Kos perbelanjaan dan mampu menawarkan peranti pada harga yang amat rendah.

Baru-baru ini cik iena telah mengadiri Honor 5C Media Workshop bertempat di Tour Les Jours. Honor Malaysia memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pengguna pertengahan dibawah harga RM1,000 selepas Honor 5X pada awal tahun 2016.

Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799


Honor 5C merupakan peranti dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dan ianya dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 650 yang direka dengan menggunakan teknologi 16nm yang akan menjaminkan penjimatan penggunaan bateri.
Honor 5C dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Seperti model honor terkini, honor 5C turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang bagi tujuan sekuriti dan akses pantas.

Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799
Honor 5C akan  dibuka pada 20 June 2016, dimana ianya boleh didapati pada harga RM799 (Grey & Silver) dan RM849 (Gold).


Pada majlis Honor 5C Media Workshop tersebut Mr.Allen An, selaku E-Commerce Director di Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa kini tempahan awal (pre-order) bagi Honor 5C akan  dibuka pada 20 June 2016, dimana ianya boleh didapati pada harga RM799 (Grey & Silver) dan RM849 (Gold).

Pandangan Pertama Honor 5C

 

Pre-Order Honor 5C Pada Harga RM799



Pertama kali cik iena mencuba Honor 5C adalah  aplikasi kamera. Untuk pengetahuan, cik iena sangat gemar bergambar . Jadi perkara pertama yang cik iena cuba adalah mengambil gambar. Buat penggemar selfie seperti cik iena, Honor 5C sangat sesuai kerana gambar yang di hasilkan dari kamera selfie yang diambil cantik walaupun tidak menggunakan Beauty Mode.Untuk pengetahuan juga, Cik iena kurang gemar menggunakan beauty mode kerana rasa terlalu palsu bila muka sangat licin dan flawless.

gambar selfie menggunakan Honor 5C dan tanpa Beauty mode
gambar selfie menggunakan Honor 5C dan tanpa Beauty mode
Cik iena suka hasil gambar selfie ni walaupun keadaan tempat adalah gelap tapi gambar ni nampak cantik :)

Terdapat juga fungsi scan document dan juga fungsi kamera DSLR pada Honor 5C yang mana pada cik iena ianya sangat bagus . Jadi selepas ini jika anda perlu scan apa-apa dokumen di pejabat mahupun di rumah anda boleh lakukannya dengan mudah. Tidak perlu lagi membeli scanner untuk scan dokumen . 


Pelbagai fungsi Kamera Honor 5C
Pelbagai fungsi Kamera Honor 5C

Fungsi DSLR pada Honor 5C
Fungsi DSLR pada Honor 5C


Fungsi DSLR ini juga sangat sesuai untuk anda yang gemar bergambar. Anda tidak perlu membawa kamera DSLR yang besar dan berat . Fungsi DSLR ini sangat sesuai untuk blogger-blogger perempuan seperti cik iena yang kerap pergi event . Jadi tak perlu lah cik iena bawa DSLR yang berat dan agak besar lah tak muat untuk di masukkan dalam handbag (^_~).
 

Selain daripada itu cik iena juga mencuba fungsi finger print yang sangat memudahkan kita untuk mengakses talifon pintar tersebut . Antara fungsi-fungsi yang terdapat dalam finger print yang sempat cik iena screenshot seperti dibawah.

 finger print Honor 5C


Istimewanya Honor 5C juga adalah terdapat fungsi scrollshot . Ia adalah lanjutan dari fungsi screenshot . Di mana ianya sangat berguna jika apa yang ingin kita screenshot melebihi size peranti tersebut . Contoh yang sempat cik iena scrollshot seperti dibawah.

scrollshot honor 5c

Ouh maaf panjang sangat, jika dalam handphone dan laptop kesemua tulisan dapat di baca tapi bila cik iena upload jadi kecil molek macam ni (^_~)
Fungsi ni sangat sesuai lah untuk anda yang suka stalk-stalk dan screenshot message-message ;)


Seperti peranti Honor terdahulu, anda juga boleh mendapatkan jaminan tukar ganti satu-ke-satu untuk tempoh 6 bulan pertama.

Tempahan awal boleh dibuat melalui laman rasmi VMall Malaysia Dan Lazada Malaysia .
Okay untuk mengetahui lebih lanjut tentang SpesifikasiHonor 5C boleh rujuk  gambar di bawah .



SPESIFIKASI HONOR 5C



SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C
SPESIFIKASI HONOR 5C


Tempahan awal boleh dibuat melalui laman rasmi VMall Malaysia Dan Lazada Malaysia .






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


1 comment:

  1. Huiyooo smart gak fon ni... Banyak kemudahan yang canggih2

    ReplyDelete

Facebook Comment