Grab The Promo

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan


Ketika berpuasa pasti anda tidak dapat lari dari rasa mengantuk . Ini adalah kerana kita bangun lebih awal untuk makan sahur terutama buat golongan kaum hawa yang perlu bangun lebih awal untuk menyediakan makanan.
 
 
Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan
 
 
Berdasarkan hasil carian google cik iena, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belajar.
 

Doa Menghilangkan Ngantuk

 

 
Doa Menghilangkan rasa mengantuk


” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)
 
 
Selain daripada doa ini. Anda juga boleh mencuba tips-tips di bawah bagi mengurangkan rasa mengantuk . Jika anda sudi anda juga boleh kongsikan tips anda di ruangan komen di bawah :)
 

 Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Bulan Ramadhan



1. Tidur awal . 
Jangan tidur lewat kerana anda perlu bangun awal untuk bersahur . Pada yang susah tidur  awal anda mungkin boleh cuba cipta suasana yang selesa untuk tidur. Elakkan  dari gangguan bising, Jadi, jangan tidur depan telvision. Jangan tidur sebelah handphone.(Letakkan handphone jauh dari katil) Tidur di dalam bilik, tutup lampu, pada yang tidur pasang lampu,tidur pakai penutup mata supaya dapat tidur berkualiti. Lagi bagus jika anda tidur menggunakan penutup mata yang boleh di sejukkan di dalam peti ais. Okay yang itu nanti cik iena share .
 
Ini untuk cik iena .Tak semua orang boleh minum nescafe atau kopi . Cik iena merupakam peminum nescafe tegar :)  . Kebiasaannya cik iena akan mengambil Nescafe atau mocha atau lathe atau white coffee di waktu pagi di pejabat atau di waktu petang jika cik iena mengantuk . Memandangkan bulan puasa ni cik iena perlu lah tukar pada waktu sahur .
Satu lagi tips nak bagi Nescafe lagi umphh nak tahan ngantuk letakkan secubit garam masakan. Tips ini memeang cik iena guna dari zaman belajar. Cik iena kan ambil jurusan sains komputer . Belajar programming bukan mudah . Besengkang mata tak tidur malam nak ulangkaji pelajaran . Air Nescafe campur garam ni lah buat cik iena bertahan mata dan Alhamdulillah cik iena Habis belajar dengan Jaya nya dan berjaya menjadi seorang Programmer :)

3. Tidur sekejap sewaktu rehat . 
Pada yang ada waktu berehat boleh lah gunakan masa tersebut untuk tidur dalam 20 minit. Jangan tidur lama-lama tak solat pula nanti dan terlajak tidur tak sambung kerja pula nanti . Yang penting jangan lupa kunci jam tau. 
Untuk cik iena , pada bulan puasa kami tiada waktu rehat jadi cik iena tak dapat la nak melelapkan mata. Tapi kalau dah ngantuk tu lepas solat cik iena nak lelap juga 5 minit.

4.  Basuh muka
Basuh muka dengan air sejuk. Lakukan banyak kali pun tidak menjadi masalah kerana tidak membatalkan puasa .Tapi jangan pula nganga mulut semasa basuh muka . Selain basuh muka dengan air ni. Sekarang dah macam-macam produk untuk menyegarkan wajah yang boleh korang guna . 
Sebagai contoh boleh guna Bio-essence Miracle Bio Water
 

5.  Bangun berjalan-jalan setiap beberapa jam supaya hilang sedikit rasa mengantuk anda. 
Bangun jalan, tengok permandangan luar. Lagi bagus kalau dapat tengok pokok-pokok yang bewarna hijau dimana ianya boleh menenangkan minda sedikit sebanyak dapat juga menghilangkan rasa mengantuk. Kalau takde tu tengok je benda-benda bewarna hijau :)


Wokay sekian tips dari cik iena. Sebenarnya cik iena pun google je tips ni untuk cik iena . Sebab cik iena mengantuk sangat nie . Jadi alang-alang dah baca cik iena kongsi dengan anda-anda semua  okay :)

 Selamat Berpuasa Semua  (^_~)
 
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve