Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, June 28, 2016

ZTE BLADE V7 Lite Dengan Pelbagai Fungsi sensor Cap Jari


ZTE BLADE V7 Lite Dengan Pelbagai Fungsi sensor Cap Jari
Telefon merupakan salah satu aset penting bagi kita, melindungi data mahupun segala akses aplikasi di dalam telefon tersebut amatlah penting buat kita . ZTE BLADE V7 Lite hadir dengan Pelbagai Fungsi sensor Cap Jari (Multifunction Fingerprint Sensor) dimana kita dapat mengawal pembukaan applikasi dengan pengimbas jari mengikut jari yang kita tentukan bagi setiap aplikasi tertentu. Data peribadi anda juga boleh di lindungi dengan kawalan sensor cap jari ini.

zte blade v7 lite

Sensor pengimbas cap jari ini boleh  menjadi shortcut untuk sesuatu aplikasi mengikut ketetapan yang telah di buat oleh kita. Sebagai contoh jari telunjuk untuk membuka aplikasi instagram, jari hantu untuk membuka aplikasi facebook dan sebagainya. Disini kelima-lima jari anda boleh di gunakan untuk mengakses sesuatu aplikasi bagi melindungi data peribadi aplikasi anda.


zte blade v7 lite


Fungsi Multifunction Fingerprint Sensor ini sangat menawan hati cik iena kerana ianya dapat melindungi telefon cik iena dari di akses oleh orang yang tidak berkenaan untuk aplikasi aplikasi tertentu . Untuk pengetahuan cik iena bekerja sebagai programmer . Di syarikat tempat cik iena bekerja , kami selalu membuat UAT menggunakan telefon bimbit peribadi kepunyaan pekerja. Adakalanya telefon bimbit cik iena akan di gunakan oleh rakan-rakan pejabat untuk membuat testing aplikasi .

Jadi pada cik iena ianya sangat sesuai untuk cik iena melindungi dari rakan pejabat dapat mengakses aplikasi aplikasi tertentu terutamanya gmail, facebook dan instagram.


pro camera



Selain daripada fungsi Multifunction Fingerprint Sensor , Peranti ini didatangkan dengan kamera utama 13MP dan kamera hadapan  8MP  bersama sokongan dwi-flash. Ianya sangat menarik hati cik iena si penggemar selfie. Bagi penggemar selfie kamera hadapan menjadi aspeksangat penting yang perlu dititik berat kan jika ingin membeli telefon bimbit.



perfect selfie



Kamera hadapan yang bersize 8MP beserta sokongan dwi-flash sangat mengujakan cik iena. Pasti gambar selfie lebih cantik dengan pengcahayaan yang cukup. Kamera hadapan juga  mempunyai ciri-ciri seperti Beautify, Vgesture Selfie, Smile Capture, Face Detection, backlight shooting dan Panorama Selfie.



Pro Mode




Manakala kamera belakangnya pula 13MP AF Auto Mode dan Pro Mode.  Kamera belakang  mempunyai ciri-ciri Pro Mode seperti tilt indicator, focusing, light metering , ISo, Exposure compensation dan white balance.


ZTE BLADE V7 Lite Dengan Pelbagai Fungsi sensor Cap Jari


super slim



ZTE BLADE V7 Lite  ini memfokuskan kepada rekaan nipis dengan menampilkan  skrin bersaiz 5-inci 720p dengan kaca sisi melengkung 2.5D, cip pemprosesan MediaTek MTK6735P, memori 2GB RAM, dan storan dalaman 16GB bersama sokongan bateri 2500 mAh. Ianya juga di datangkan dengan  sokongan dwi-sim bersama Android 6.0 Marshmallow.



Android 6.0 Marshmallow




Selain daripada itu antara ciri istimewa  ZTE BLADE V7 Lite adalah Off Screen Gesture . Walaupun telefon ada dalam mood off screen anda masih boleh menukar pilihan lagu dengan menggunakan screen gestures. Berikut merupakan contoh gesture gesture beserta fungsi.

 Off Screen Gesture



 Menarik kan telefon ni, berikut merupakan spesifikasi ZTE BLADE V7 Lite  secara keseluruhan


 spesifikasi ZTE BLADE V7 Lite
spesifikasi ZTE BLADE V7 Lite




Pada anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini, ZTE V7 Lite di jual pada harga   RM669 namun istimewa buat pelanggan Lazada ianya ditawarkan pada harga RM499 untuk tempoh terhad.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga RM499 tersebut ya :)

Dapatkan di Lazada  Sekarang :)



ZTE Blade V7 Lite Only RM 499





Lazada Malaysia




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Facebook Comment