Grab The Promo

TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia


Tanggal 22 Ogos 2016, Revolusi laman web jual beli kereta secara online, TOOKAR telah dilancarkan. Ia merupakan platform perkhidmatan jual beli kereta yang pertama di ASIAN yang menyatukan pengedar, penjual dan pembeli kereta di bawah satu bumbung. Kini urusan jual beli kereta menjadi lebih mudah, jimat dan selamat dengan adanya TOOKAR.

TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia

 

TOOKAR Revolusi Pengalaman Membeli Kereta Atas Talian 


Dato’ Wei Chuan Beng selaku pelabur dan pengasas bersama TOOKAR menjelaskan  bahawa tradisi jual beli kereta tidak pernah berubah. Bahagian yang menyeronokkan adalah berkunjung ke showroom kereta dan ‘test-drive’ pelbagai kereta yang ada seterusnya berbincang dengan wakil jualan untuk tawaran terbaik. Hasrat TOOKAR adalah untuk memudahkan bakal pembeli dengan perbincangan secara online terlebih dahulu sebelum perkara lain diteruskan. Inilah aspirasi kami dalam menyediakan TOOKAR.


TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia


Melalui kelebihan teknologi online, pembeli boleh menyatakan bajet harga yang diinginkan berserta model dan jenama kereta untuk diperkenalkan kepada pelbagai wakil jualan yang menawarkan ‘offer  & discounts’ yang paling menarik. Ia juga merupakan peluang strategik kepada setiap wakil jualan untuk mengetengahkan tawaran terbaik kepada prospek dan bakal pembeli. TOOKAR memberi kemudahan terus kepada pembeli dan wakil jualan tanpa melibatkan ‘middleman’ atau pihak ketiga meraih keuntungan.


TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia

Tawaran TOOKAR Sempena Hari Merdeka


Bagi meraikan pelancaran disamping menyambut Hari Kemerdekaan negara, TOOKAR menawarkan voucer tunai bernilai RM 300.00 dari LAZADA kepada semua pembeli kereta yang melanggani perkhidmatan online TOOKAR bermula 22 Ogos hingga 16 September 2016 ini. Voucer akan diberikan bersama kereta pilihan yang dihantar terus kepada pelanggan.


TOOKAR melancarkan revolusi jual beli kereta di Malaysia




Untuk maklumat lanjut bagaimana membeli kenderaan impian dengan mudah, jimat dan selamat secara online di TOOKAR, anda boleh layari laman web dan Facebook di bawah:

Website : www.tookar.my
Facebook: www.facebook.com/TookarMY/





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve