Grab The Promo

Iklan Deepavali Petronas 2016 Mengajar Kita Untuk Tidak Berperangsaka Buruk


Iklan Deepavali Petronas 2016 Mengajar Kita Untuk Tidak Berperangsaka Buruk


Sudahkan anda menonton Video Deepavali dari Petronas tahun ini? Setiap tahun Petronas akan menyajikan Video yang  menarik dengan mesej yang penting untuk rakyat Malaysia Khususnya .

 Iklan Deepavali Petronas 2016


Apabila melihat Video terbaru dari Petronas ini ianya mengajar kita untuk tidak berperangsaka Buruk terhadap orang lain . Seringkali di kaitkan kegiatan kegiatan jahat seperti pecah rumah dan sebagainya di kaitkan dengan masyarakat India atau pun pendatang asing. 
Namun tanggapan kita itu tidak semestinya benar . Sebagai contoh kejadian baru-baru ini yang terjadi pada cik iena si pelaku adalah di kalangan Remaja lelaki Melayu . Dimana lelaki melayu terbabit mencampakkan sesuatu di jalan raya bagi tujuan supaya cik iena dan pemandu lain langgar dan kemalangan.
Raut wajah lelaki melayu berkenaan kelihatan biasa namun tingkah lakunya di luar jangkaan. Jadi jangan lah kita bersangka buruk pada masyarakat lain sedangkan kejadian-kejadian samun, pecah rumah dan sebagainya boleh jadi si pelaku dari pelbagai bangsa .

Walau apapun langkah berhati hati perlu kita utamakan cuma jangan amalkan sifat suka menyalahkan kaum lain . 
Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling menghormati perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita.Semua manusia ada hak untuk di hormati .

Perayaan Deepavali iaitu Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat  lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. Semoga cahaya menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individu dan warga Malaysia.

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi.

Akhir kata, di kesempatan ini, cik iena ingin mengucapkan Selamat  Hari Deepavali kepada semua warga Malaysia terutama sekali kepada semua penganut beragama Hindu dan berbangsa India.














iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve