Grab The Promo

10 Kegunaan Gel Lidah Buaya dari Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel




Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

Lidah Buaya atau Aloe Vera merupakan tumbuhan yang banyak manfaatnya untuk merawat kulit yang bermasalah. Tetapi ia juga membawa keburukan jika kita kurang pengetahuan mengenainya terutama bagi tujuan rawatan penyakit2 yang serius. 
 
 
Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel



Perkara penting yang perlu diketahui ialah Aloe dari species Barbadensis sahaja yang dibuktikan mengandungi medicinal properties. Buat masa ini terdapat lebih dari 400 species Aloe telah dikenalpasti.
 
Diantara Produk Lidah Buaya yang anda perlu cuba adalah Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel dari Jayeon Cosmetics Sdn Bhd yang mana kini sudah berada di pasaran Malaysia pada bulan Disember 2016.
 
 
Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


Produk ini diimport dari Korea  dimana ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan ianya   di jual pada harga RM19.90 (300ml).
 
Kandungan didalamnya merangkumi beberapa bahan yang mampu memberi kesan kepada kulit, yakni ;-

  •     Rosemary Leaf: Anti-bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit.
  •     Green tea leaf: Antioksidan
  •     German Chamomile Flower/ leaf: Melegakan dan melembutkan kulit.
  •     Aloe Baradensis Leaf: Melembutkan dan melembapkan kulit.
  •     Byungpul Extract: Membaiki dan melegakan kulit.
  •     Licorice Root: Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit.
  •     Mulberry Root: Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit.
  •     Artemisia Absinthium (wormwood) Extract: Anti-bakteria dan melegakan kulit
 
 
Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


Untuk pengetahuan anda,  fungsi Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini adalah untuk  melembabkan kulit. Penggunaan jus asli daun Aloe Vera dari California Mountain sebanyak 98% dapat melembapkan dan melegakan kulit. Ianya Mampu memberikan kesegaran pada kulit tanpa meninggalkan rasa melekit. Gel ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk sebagai pelembap, penyegar, pelindung sinaran matahari dan juga sesuai digunakan untuk tubuh badan dan rambut.

 

10 Kegunaan Gel Lidah Buaya dari Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel

10 KEGUNAAN GEL LIDAH BUAYA – ALOE  VERA FRESH SOOTHING & MOISTURING GEL



1. SEBAGAI MAKEUP REMOVER BAGI KULIT SENSITIF

Kebanyakan makeup remover di pasaran mengandungi bahan kimia yang mengeringkan kulit dan memedihkan mata. Sebagai alternatif, gunakan Aloe Gel ini untuk menghilangkan sisa alat solek dengan menggunakan kapas muka. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya berkesan untuk alat solek yang bukan kalis air (non waterproof)


2. SEBAGAI SHAVING CREAM

Sifat Aloe Vera sebagai anti bakteria sangat sesuai digunakan untuk tujuan bercukur. Tambahan pula gel ini licin dan melembapkan kulit. Boleh digunakan terus atau gunakan resepi ini untuk lebih manfaat

  • 1/3 cawan aloe gel
  • 1/4 cawan sabun castile
  • 1 sb minyak vitamin E
  • 5 titik minyak kayu putih
  • Campurkan bahan2 di atas di dalam botol. Simpan dalam peti sejuk. Tahan sehingga 6 bulan.


3. UNTUK MELEGAKAN KULIT YANG CEDERA

Aloe Gel amat baik untuk melegakan kulit yang rosak akibat terdedah pada sinaran matahari berlebihan, terbakar yang ringan, gigitan serangga, poison ivy dan psoriasis. Simpan di dalam peti ais dan gunakan sejuk untuk kesan yang optimal.


4. SEBAGAI PENCUCI MUKA

Caranya ialah campurkan 1sb Aloe Gel dengan 1sk susu badam dan 1sk jus lemon. Sapu pada wajah dan biarkan beberapa minit sebelum cuci. Sekali lagi ia sesuai untuk yang berkulit sensitif, berjerawat dan rosacea (adult acne) kerana sifatnya yang anti bakteria


5. SEBAGAI ANTI AGING BOOSTER (ANTI PENUAAN)

Jika nak awet muda boleh guna cara ni. Campurkan 1sb Aloe Gel dengan 1sk minyak kelapa dara. Tuang dia tapak tangan dan urutkan dengan lembut ke wajah beberapa minit. Cuci muka seperti biasa dan bilas dengan air suam kuku.


6. SEBAGAI AGEN PENGELUPASAN (EXFOLIATOR)
Tidak perlu kerap melakukannya tapi kulit akan menjadi lebih bermaya dan segar dengan kaedah ini.
Jadikan Aloe Gel sebagai asas DIY untuk scrub kerana ia membantu melembutkan wajah, menyalurkan oksigen ke dalam sel dan menguatkan tisu untuk kulit sihat.
Caranya ialah campurkan 1/2 cawan Aloe Gel dengan gula perang ATAU baking soda untuk mendapatkan konsistensi yang dikehendaki. Scrub pada siku, lengan atau pada bahagian2 yang kasar semasa mandi.


7. SEBAGAI MASKER

Berikut merupakan beberapa resepi mask dari dari Aloe Gel. Gunakan selama 15minit di wajah sebelum menanggalkannya dengan air suam diikuti dengan air sejuk.

Mencerahkan wajah – Aloe Gel dan jus lemon

Menghidrat kulit – Aloe Gel dengan kisaran timun dan putih telur.

Mengatasi Kulit berminyak – Aloe Gel dengan madu
Mengatasi Kulit Kering – Aloe Gel dengan Minyak Zaitun dan shea butter

Bagi kulit sensitif – Aloe Gel dicampur dengan kisaran timun, yougurt dan minyak essential pilihan anda.

Menghilangkan noda dan cela – Aloe Gel dan air mawar.


8. SEBAGAI PENYUBUR BULU KENING

Sapukan Aloe Gel pada bulu kening untuk menyuburkannya. Jika anda ingin melebatkan bulu kening, tambahkan satu bahagian minyak castor dgn satu bahagian Aloe Gel dan sapukan pada kening setiap malam dan pasti bulu kening anda akan tumbuh lebih lebat selepas beberapa minggu.

 
9. UNTUK KULIT KAKI YANG KERING DAN BERKERAK


Campurkan 1/2 cawan oatmeal, 1/2 cawan corn meal, 4sb Aloe Gel dan 1/2 cawan body lotion. Gosokkan pada kaki anda yang kepenatan hingga kulit mati mengelupas


10. SEBAGAI ANTI KELIMUMUR UNTUK RAWATAN RAMBUT

Sifat Aloe Gel yang anti fungal dapat menghilangkan kelimumur. Enzim yang terdapat di dalamnya bertindak dengan mengangkat sel2 mati. Ia menjadikan rambut anda lembut dan bermaya. Ia juga mengimbangi PH di kulit kepala untuk mencegah kelimumur dari kembali menyerang.
Urutkan kulit kepala dengan Aloe Gel dan biarkan selama 10minit sebelum mencuci dengan shampoo.
Atau untuk kesan yang lebih lembut campurkan dengan santan dan minyak wheat-germ, perap seketika pada kulit kepala dan cuci seperti biasa.
 

Untuk maklumat lanjut mengenai Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel sila layari

Website: www.jayeoncosmetics.com
Facebook: facebook.com/jayeoncosmetic
Instagram: @jayeoncosmetic







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve