Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Friday, February 3, 2017

Cooking Hustle: TNB Chinese New Year 2017 Webfilm



Hai semua, rasanya masih belum terlambat untuk cik iena ucapkan Selamat Tahun baru cina Pada semua sahabat  dan pembaca yang menyambut perayaan ini terutama rakan-rakan pejabat cik iena yang mana hampir kesemuanya meraikan perayaan ini .


Seperti biasa Tahun BAru Cina di sambut Meriah di tempat dimana cik iena bekerja, setiap hari sebelum menjelangnya Perayaan ini cik iena akan keluar makan Yee Sang bersama rakan-rakan pejabat . Untuk tahun ini cik iena sudah sertai 4 kali sambutan  dengan di hidangkan Yee Sang bersama rakan-rakan.

Sambutan ini pastinya meriah , ianya dapat mengeratkan lagi sillaturahim sesama sahabat . Aktiviti ini di kekalkan setiap tahun bagi memastikan kemeriahan perayaan Tahun baru cina di pejabat cik iena . Sempena Tahun baru Cina tahun ini TNB telah membuat  Filem pendek yang menarik. Sudahkan anda menonton filem pendek tersebut ?


Jom Tonton



Filem pendek ini kelakar tapi penuh dengan maksud yang tersirat jika anda lihat  dan fahamkan. Cik iena kagum dengan style memasak ala-ala kungfu yang dipaparkan.

Seperti yang kita sedia maklum Tahun Baru Cina merupakan Hari untuk sanak saudara berkumpul. Apa yang tersirat di sebalik filem pendek ini adalah Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. 


Sudah menjadi lumrah jika terdapat perbalahan  antara ahli keluarga. Tetapi jangan dibiarkan berpanjangan kerana  nanti ianya akan berlarutan dan akan memudaratkan ikatan. Sebaiknya waktu seperti inidigunakan untuk meleraikan semua kekurangan dan masalah dalam hubungan keluarga itu.


Kehadiran  Ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja.  . Sikap dan perangai ahli keluarga yang pelbagai mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan. 


Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga kita.

Bak kata pepatah ' Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Umpamanya sama dengan filem pendek #TNBCNY2017 yang kita lihat sebelum ini. Serba satu masakan ada yang kurang namun bila digabungkan jadi satu hidangan rasa itu saling melengkapi hingga jadi satu hidangan yang sedap. Maksudnya, Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.



Table Of Harmony


Apa menu 'Mystery Dish'  anda ? Jom kita cuba. Dalam game ini anda akan mengetahui sejauh mana sikap anda apabila berkumpul dengan ahli keluarga.


1. Buka website https://betterbrighter.my/tableofharmony



2. Klik “Watch Cooking Hustle” dan anda boleh share di laman sosial anda

“Watch Cooking Hustle”


Tonton Movie pendek ini

watch cooking hustle

3. Klik 'Unveil Mystery Dishes'

Table Of Harmony





4. Klik 'Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table'

5. Pilih jawapan A, B, C atau D



Table Of Harmony




6. Klik 'Unveil Your Dish' kemudian keputusan  Mystery Dish anda akan di paparkan

table of harmony







Yeayy ini result cik iena


Flaming Dragon Prawn

烤龙虾


People sometimes underestimate you. But that’s only because they haven’t seen your inner dragon rear its head.

GONG XI FA CAI

When we come together
everything gets a little brighter.

Anda pula bagaimana ? jom cuba ya (^_~)
Ikuti langkah cik iena di atas .

Untuk Maklumat Lanjut Layari

Facebook : https://www.facebook.com/TNBCareline

Instagram : https://www.instagram.com/tenaga_nasional/
Website    : https://betterbrighter.my/



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Facebook Comment