Grab The Promo

Projekkahwin.com Portal Kelengkapan dan Servis Perkahwinan


 Projekkahwin.com

Menguruskan sesuatu persiapan majlis perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah dan singkat. Dalam menguruskan urusan persiapan perkahwinan ini, banyak masa yang perlu  anda luangkan serta banyak perancangan yang perlu dilakukan dengan teliti  dan juga banyak perkara yang perlu di titik beratkan untuk sesuatu majlis supaya ianya berjalan dengan lancar dan dapat  memberi 1001 kenangan yang manis buat anda dan keluarga khususnya.

Dalam merealisasikan impian sebuah majlis perkahwinan terdapat pelbagai cara untuk kita laksanakan antaranya dengan melakukan sendiri bersama pasangan mahupun keluarga dan anda juga boleh mengpah pihak ketiga untuk menguruskan sepenuhnya majlis anda.
 
 
 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com
 
 
Antara cara yang diambil oleh bakal pengantin untuk mencari pakej yang sesuai untuk mereka yang diantaranya adalah seperti bertanya kepada rakan yang sudah pun melangsungkan majlis perkahwinan dan pergi ke pameran pengantin untuk mencari perkhidmatan dan pakej kahwin yang sesuai.
 
Dalam kesibukan pasangan pengantin yang kebanyakannya sangat sibuk dalam menguruskan hal perkahwinan ini . Satu laman portal  Projekkahwin.com telah menghasilkan perkhidmatan berkaitan majlis perkahwinan dimana ia dihasilkan berfungsi untuk memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.





projekkahwin
Projekkahwin.com


Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin


Portal Projek Kahwin ini dibina bagi memudahkan bakal pengantin untuk mencari dan memilih pengusaha perkahwinan dari pelbagai jenis perkhidmatan mengikut citarasa dan kawasan yang berhampiaran dengan mereka.


 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com

Dengan ini ianya akan memudahkan lagi bakal pengantin dalam mencari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis mereka yang diantaranya adalah seperti wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya.

Ianya sangat Memudahkan dan menjimatkan masa buat bakal pengantin. Ini merupakan antara maklamat portal Projek Kahwin cuba hasilkan untuk membantu bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis mereka.



Projek Kahwin Membantu Pengusaha Bumiputra


Untuk pengetahuan anda, menurut pengasas Projek Kahwin, Idea portal Projek Kahwin ini timbul setelah menyedari kurangnya laman web yang menjadi tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra.

Projek Kahwin juga dibina untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan juga luar negara.
 

 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com

Ramai dikalangan bakal pengantin yang sebenarnya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan majlis perkahwinan dan kurangnya pendedahan kepada pengusaha produk perkahwinan kerana tidak banyak sumber yang memudahkan mereka untuk mencari pengusaha produk perkahwinan ini mengikut perkhidmatan yang diperlukan.



 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com



Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna


Dalam memastikan portal Projek Kahwin ini mudah diakses, ia dibina dengan fungsi-fungsi yang mesra pengguna yang diantaranya adalah ianya mesra telefon pintar. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai jenis telefon pintar seperti iphone, Samsung, ipad dan sebagainya.

Fungsi-fungsi yang disediakan juga memudahkan bakal pengantin mencari vendor perkahwinan yang sesuai dimana disini bakal pengantin akan didedahkan dengan maklumat syarikat seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka.

 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com


Jika bakal pengantin ingin tahu lebih dekat mengenai vendor ini, mereka boleh lihat terus akaun facebook dan instagram vendor ini dan bakal pengantin juga boleh terus hubungi vendor untuk bertanya kepada mereka dengan jelas.

Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari portal Projek Kahwin dengan lebih lancar.
 
 Projekkahwin.com
Projekkahwin.com


Secara kesimpulannya, portal Projek Kahwin ini dibina bagi memudahkan dan menjimatkan masa bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk mereka mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.

Menarik bukan Portal Projek Kahwin ni, semuanya anda boleh dapatkan di dalam portal ini.  Ianya dapat menjimatkan masa anda lagi . Kepada yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut. Sila Layari












iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




2 comments:

  1. Replies
    1. Haha amboi..
      Bagi la peluang teruna lain kawen hahaha bro da kawen da lalalallaa

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve