Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Thursday, February 2, 2017

Telefon Pintar GT Mobile GT-888 Kini Di Pasaran Malaysia


GT Mobile merupakan salah satu produk keluaran syarikat milik GT Group Of Companies yang telah diperkenalkan sewaktu Majlis Pelancaran GT Dollar pada 16 Januari 2017 yang lalu  di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur  .

GT Mobile GT-888

Sewaktu majlis perlancaran itu mereka memperkenalkan GT-866 dan juga GT-888 dijual pada harga SGD 258 dan SGD 368.

Pada rakyat Malaysia khususnya pasti anda tertanya-tanya dan mungkin tidak pernah dengar atau ketahui tentang telefon pintar jenama ini. Cik iena sendiri baru mengetahui nya sewaktu hari pelancaran tersebut .

Untuk pengetahuan anda, jenama in merupakan jenama yang dikenali di Singapura kerana ianya dicipta dan dihasilkan di sana. Dengan mengambil kira pelbagai faktor, akhirnya GT Mobile mengorak langkah untuk memasuki pasaran Malaysia .



Pandang Pertama Telefon Pintar GT-888



Pandang Pertama Telefon Pintar GT-888

Pandang Pertama Telefon Pintar GT-888

Pandang Pertama Telefon Pintar GT-888

Pandang Pertama Telefon Pintar GT-888

Pandang Pertama Telefon Pintar GT-888



Spesifikasi Telefon Pintar GT Mobile GT-888

GT Mobile GT-888
Dari segi rekaan rupa bentuk GT Mobile ini seakan-akan menyerupai beberapa rekaan model flagship berjenama yang lain. Dimana ia menggunakan bingkai logam bagi memperlihatkan kualiti binaan yang premium dan ringan. Terdapat Tiga butang navigasi (Function, Home dan juga Back) seperti kebanyakan telefon pintar lain.

GT Mobile GT-888



Telefon pintar GT Mobile ini (model GT-888) yang dilengkapi dengan Android 5.1 Lollipop, mempunyai rekaan yang anggun dan juga bergaya.

GT Mobile GT-888


Dari segi spesifikasi pula, GT Mobile GT-888  dipadankan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz daripada 4 teras kelajuan. RAM sebesar 2Gb dan saiz storan sebesar 16Gb dimuatkan kedalamnya untuk memberikan kelancaran serta kepuasan yang lebih kepada pengguna.


GT Mobile GT-888


GT Mobile GT-888  mempunyai fungsi HotKnot yang mana ianya membolehkan 2 peranti berkongsi gambar, lagu dan file lebih pantas dari perkongsian melalui sambungan WiFi. Hanya dengan merapatkan skrin kedua-dua peranti bersama anda dapat berkongsi fail.



GT Mobile GT-888



GT Mobile GT-888  dilengkapkan dengan skrin berukuran 5.5 inci dan berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels), ianya mempunyai kelebihan tambahan dimana jenis skrin yang digunakan adalah dari jenis IPS OGS (lebih nipis) serta menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3 (tanah lasak).




GT Mobile GT-888


Dari segi kemampuan optik, GT Mobile GT-888  ini memfokuskan kepada kamera hadapan, dimana GT Mobile dikatakan menawarkan sebuah kamera 8MP yang terbaik didunia, dengan fungsi pemfokusan gambar selaju 0.3 saat dan juga mampu merakamkan video pada resolusi 4K.

Selain itu, fungsi kamera selfie juga tidak kurang menariknya, kerana ia dilengkapkan bersama kamera ber-resolusi 5.0MP berserta sebuah lampu flash.


GT Mobile GT-888


Dari segi bateri pula, GT Mobile GT-888  dilengkapi dengan bateri sebesar 2,550mAH.
Apa yang Menariknya lagi adalah peranti ini turut menyokong fungsi pengecasan pantas. Bateri GT Mobile mampu dicas sebanyak 35% dalam masa 15 minit sahaja. Laju dan menjimatkan masa.

GT Mobile GT-888



Review Telefon Pintar GT Mobile GT-888



Setelah Hampir tiga minggu menggunakan Telefon pintar ini cik iena  menyukai rekaan yang ditonjolkan pada telefon pintar GT Mobile ini. Cik iena juga berpuas hati dari segi tahap ketahanan bateri nya berbeza dengan  telefon pintar lain .  dalam masa 15 minit telefon pintar ini dapat di cas sebanyak 35% dan memerlukan kurang dari 45 minit untuk mengecas 100% bateri.

Review Telefon Pintar GT Mobile GT-888


Selain itu  terdapat dua applikasi tambahan yang terbina didalamnya, iaitu GT Dollar dan GT Watch. 
Dimana kewujudan applikasi ini adalah bagi memudahkan sekiranya cik iena ingin menggunakan servis dan juga gadget tambahan yang terdapat dalam telefon pintar ini.

Review Telefon Pintar GT Mobile GT-888
selfie menggunakan Telefon Pintar GT Mobile GT-888

Review Telefon Pintar GT Mobile GT-888
Selfie menggunakan Telefon Pintar GT Mobile GT-888


Dari segi kamera cik iena berpuas hati pada kamera sefie kerana mempunyai fungsi flash yang mana ianya sesuai untuk bergambar di tempat yang kurang cahaya.  Untuk kamera utama setakat ini cik iena masih tidak dapat merakamkan gambar pada kualiti warna yang cik iena inginkan. Kualiti pixel gambar adalah memuaskan akan tetapi kualiti warna gambar agak kurang memuaskan bagi cik iena. Mungkin pendapat kita berbeza. itu pada pandangan mata cik iena review seikhlas hati :) Lain orang mungkin lain pendapat (^_~)

Mungkin juga cik iena tersalah setting atau sebagainya . Nanti cik iena akan kongsikan gambar yang lain setelah cik iena jumpa setting yang sebetulnya.


Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888
Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888

Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888
Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888


Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888
Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888
Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888
Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888

Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888
Gambar menggunakan kamera utama Telefon Pintar GT Mobile GT-888


Selain itu, fungsi yang terdapat didalam peranti ini yang cik iena suka iantaranya ialah fungsi HotKnot  yang mana ianya Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.


Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini, anda boleh layari laman web GT Mobile - www.gtmobile.sg













iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


1 comment:

Facebook Comment