Sewa vs. Beli Rumah Yang Manakah Jalan Terbaik Untuk Anda?


Kenaikan harga sewa dan kadar gadai janji yang rendah memacu rata-rata pembeli untuk membeli hartanah lebih awal dari perancangan. Sesetengah yang lain pula lebih selesa menunggu pasaran hartanah pulih, walaupun pelbagai insentif diadakan, sebelum mula membeli hartanah. Sebenarnya, tiada jawapan yang tepat untuk soalan sama ada untuk menyewa atau membeli rumah. 



Sewa vs. Beli Rumah Yang Manakah Jalan Terbaik Untuk Anda?
Sewa vs. Beli Rumah Yang Manakah Jalan Terbaik Untuk Anda?


Ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan. Kedua0dua pilihan ada kebaikan dan keburukan tersendiri, dan kekuatan kewangan anda adalah faltor terkuatr dalam membuat pilihan.

Sewa


Walaupun anda tidak mampu menambah ekuiti anda, menyewa menawarkan anda lebih kebebasan, terutamanya jika anda menyewa secara bulanan. Anda boleh mencari unit sewaan yang baik di bahagian apartmentfor rent in KL di PropertyGuru.

Kelebihan:


·         Anda tidak perlu memikirkan tentang isu penyelenggaraan. Jika ada sebarang kerosakan di ru ah sewa anda atau anda perlukan khidmat juru elektrik, anda cuma perlu menghubungi pengurus bangunan. 

·         Senang untuk berpindah. Jika anda masih di tahap kerjaya yang memaksa anda untuk tidak menetap di satu-satu tempat dalam jangka masa yang lama atau anda mungkin akan dipindahkan bila-bila masa, adalah mudah untuk anda berpindah dan anda tidak perlu sampai menjual rumah anda.  

·         Tiada aset susut nilai. Nilai hartanah kekal, naik atau atau turun dalam pasaran hartanah. Tiada jaminan yang nilai pangsapuri anda akan naik dalam jangka masa yang khusus.

Kekurangan:


·         Kenaikan harga sewa bulanan. Biasanya harga sewa akan naik terutamanya di bandar besar. Ini bermakna anda mungkin akan perlu bayar lebih sebaik sahaja perjanjian sewaan anda tamat.
·         Tiada ekuiti. Bayaran yang anda buat setiap bulan memberikan anda tempat tingal, tetapi tidak memberi anda aset yang anda boleh jual di kemudia hari. 

·         Tiada faedah cukai. Merujuk laporan Asia One Business , pemilik rumah akan terus menerus mendapat pelbagai faedah dan insentif daripada kerajaan, seperti yang dinyatakan AsiaOneBusiness. Sudah tentu penyewa tidak berhak untuk menikmati insenti dan faedah yang dinyatakan. 

·         Perlukan kebenaran pemilik sebelum melakukan apa-apa ubahsuai. Ada sesetengah pemilik yang baik hati dan memberi kebenaran ubahsuai seperti mengecat rumah kepada penyewa. Bagaimanapun anda perlu berbincang dengan mereka berkenaan pemilihan warna. Sebarang perubahan yang berkaitan dengan penambahbaikan perkakasan memerlukan kebenaran daripada pemilik rumah atau pengurus kompleks perumahan.

Beli


Pilihan untuk membeli bukan untuk semua orang, tetapi ia menawarkan kelebiohan dari sudut emosi dan kewangan.

Kelebihan:


·         Menambah ekuiti. Kebiasaannya, nilai pangsapuri akan bertambah pada kadar 4 ke 6 peratus setiap tahun. Walaupun nilainya tidak bertambah, anda masih dikira menambah ekuiti semasa anda menjelaskan bayaran gadai janji anda selama mana nilai hartanah anda tidak berubah.
·         Pengecualian cukai. Pemilik rumah memiliki banyak kelebihan cukai di Malaysia. Kelebihan ini mampu membantu mengurangkan kos untuk membeli rumah anda. 

·         Pembayaran yang stabil. Gadai janji kadar rata menawarkan bayaran pokok dan bunga yang sama untuk tempoh pinjaman anda. Bagaimanapun, insuran dan cukai mungkin berubah. 

·         Rumah sebagai pelaburan. Jika anda pilih untuk membeli rumah dan menyewakan hartanah itu, anda akan dapat pendapatan yang berterusan. Bagaimanapun, ini cuma berlaku jika anda boleh menampung  bayaran pinjaman anda dengan bayaran sewa. Oleh itu, jika anda ingin membeli, pilihlah hartanah yang mampu memberikan pulangan di masa depan. 

·         Menetap di sebuah komuniti. Komitmen yang ada dalam pembelian sesebuah hartanah membuatkan anda lebih melibatkan diri di komuniti kejiranan kerana anda akan berada di situ bertahun-tahun. Anda boleh berkenalan dengan jiran anda, menyertai Kesatuan Penduduk (yang menawarkan pelbagai manfaat seprti yang dijelaskan PersatuanPembeli Rumah Kebangsaan) bahkan membantu secara sukarela di projek setempat yang bertujuan menambah baik taraf kehidupan komuniti atau sekolah. 

·         Kebebasan menghias. Salah satu kelebihan memiliki rumah adalah kebebasan mengubahsuai persekitaran rumah anda untuk disesuaikan dengan cara hidup anda. Bagaimanapun, jika anda hidup dalam lingkungan kesatuan pemilik rumah, kebebasan anda untuk menghias ruangan luar agak terbatas, tetapi sekurangnya anda masih boleh mengecat dapur anda dengan warna kuning terang jika anda mahu.

Kekurangan:


·         Anda bertanggungjawab untuk menyelenggara. Anda akan habiskan banyak masa dan wang demi memastikan rumah anda dalam keadaan baik. 

·         Aset  tak cair. Jika secara tiba-tiba anda mengalami perubahan dari sudut kerjaya, perpindahan atau situasi yang mendesak, anda tidak boleh menjual rumah anda secepat mungkin. 

·         Cukai tanah. Cukai boleh meningkat, dan membuatkan kediaman anda di luar kemampuan anda. 

·         Kehilangan nilai. Tiada jaminan nilai hartanah anda akan meningkat. 

Membeli rumah baru untuk didiami adalah perkara besar yang tidak patut dipandang ringan. Bagaimanapun, kenaikan kos dan penurunan kadar gadai janji menjadikan pembelian satu pilihan yang lebih baik. Ambil masa anda dan teliti semua kelebihan dan kekurangan. 

Bergantung kepada perkara di atas, anda mungkin mendapati yang pangsapuriuntuk disewa di KL di PropertyGuru Malaysia mungkin pilihan  kewangan yang tepat sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki hartanah






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog