Grab The Promo

Tuan Wan Nong Muzafar Anjur Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBPP) 2017


Baru-baru ini cik iena berkesempatan untuk menghadiri sesi ramah mesra Tuan Wan Nong Muzafar bersama blogger.  Beliau merupakan seorang figura berpengaruh dalam dunia usahawan di Malaysia khususnya. Dengan pengalaman lebih 16 tahun bidang keusahawanan dan koporat,  beliau banyak memberikan konsultansi, ceramah dan merangka strategi untuk membangunkan sesuatu perniagaan.







Bergambar bersama Tuan Wan Nong Muzafar
Bergambar bersama Tuan Wan Nong Muzafar


Bergambar bersama isteri Tuan Wan Nong Muzafar
Bergambar bersama isteri Tuan Wan Nong Muzafar



Salahsilah beliau suatu ketika dahulu, beliau bermula dari sektor pembankan, kemudian mengusahakan pelbagai perniagaa disamping merangkap jawatan sebagai pengurus perancangan strategik di Kumpulan Media Karangkraf. Berbekalkan pengalaman itu, beliau telah membantu ramai usahawan-usahawan dalam merealisasikan impian untuk menjana pendapatan yang bernilai jutaan ringgit. Selain dari kumpulan media karangkraf beliau juga pernah berkhidmat di ANM Consultancy dan CIMB Discount House dan CIMB Discount House.

Berbekalkan pengalaman-pengalaman yang ada  beliau telah membantu ramai usahawan untuk menstrukturkan perniagaan untuk bersifat organik untuk dilegasikan untuk generasi seterusnya.


ILM Legacy Sdn Bhd


Kini, Tuan Wan Nong Muzafar telah membuka syarikatnya sendiri iaitu ILM Legacy Sdn Bhd pada tahun 2015.  Syarikat ILM Legacy Sdn Bhd telah melatih lebih daripada 2,000 usahawan baru dalam bidang perniagaan khususnya. Melalui ILM Legacy ini, beliau memberi pendekatan dalam mencari penyelesaian secara praktikal dalam dunia peniagaan online mahupun offline  yang nyata telah terbukti bahawa ianya amat berguna bagi usahawan baru dalam mengembangkan lagi peniagaan mereka daripada ke satu tahap yang lebih baik.


Selain dari menguruskan perniagaannya di ILM Legacy Sdn Bhd, dalam masa yang sama juga, beliau turut menghasilkan 3 Buku Best Seller yang mana antaranya adalah :


  1. Kuasai Formula Perniagaan

  2. Kuasai Formula Perniagaan Internet Siri 1

  3. Kuasai Formula Perniagaan Internet Siri 2



Semasa sesi ramah mesra dengan Tuan Wan Nong Muzafar, beliau banyak berkongsikan beberapa pengalaman beliau ketika belajar di luar negara.  Beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan  Kewangan dari Massey University, New Zealand pada 1997.


Beliau juga turut berkongsi beberapa pengalaman suka dukanya ketika berada di luar negara, pahit getir kehidupan seorang pelajar di luar negara. Tidak lupa juga beliau menceritakan pengalamannya sekembalinya beliau ke tanah air,  sehingga pada satu ketika beliau diistiharkan sebagai bankrap akibat daripada perniagaan yang di lakukannya.



Tuan Wan Nong Muzafar dan isteri
Tuan Wan Nong Muzafar dan isteri


Pada saat dan ketika beliau di ishtiharkan bankrup, beliau rasa sangat bersyukur kerana mempunyai isteri yang masih setia disininya walaupun ketika itu mereka bakal menimang cahaya mata yang pertama.Pelbagai dugaan dan rintangan di hadapi bersama sehingga menjadikan mereka lebih positif dalam menerima apa jua yang berlaku dan positif membuat keputusan sewajarnya untuk meneruskan liku-liku hidup.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau, anda boleh baca Kisah beliau yang dikongsikan di Laman The Vocket



Gambar Sesi Ramah Mesra Blogger dan Tuan Wan Nong Muzafar


Tuan Wan Nong Muzafar
sesi Tuan Wan Nong Muzafar  merenung kembali kisah silam untuk di jadikan contoh kepada umum

Tuan Wan Nong Muzafar
Blogger yang kagum dengan kisah Tuan Wan Nong Muzafar

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar  dalam sesi renung kembali

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar  khusyuk menceritakan kisah hidupnya

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar bergambar bersama blogger



Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga


Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga

Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga



Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga





Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017


Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017
Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017

ILM Legacy Sdn Bhd bakal menganjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) pada 13 & 14 Mei 2017 bertempat di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)
Ia akan memberi penekanan kepada kandungan yang realistik dan praktikal dimana dibahagikan kepada beberapa elemen strategi dan aplikasi ‘real life’ oleh beberapa ahli panel jemputan.

Kebanyakan mereka meruakan pengamal perniagaan yang pernah melalui pelbagai liku jatuh bangunnya perniagaan mereka. Antaranya ;-

  1. Tuan Wan Zaki, CEO Jelitasara
  2. Tuan Noorizam, CEO Emorra & GGL
  3. Faizal Badry, Pengarah Pemasaran Vidmiil
  4. Tuan Fazrul Ismail, CEO Akademik Sinergi
  5. Puan Fynn Jamal
  6. Tuan Fizo Omar
  7. Tuan Wan Nong Muzafar

Dalam bengkel ini, Tuan Wan Nong Muzafar sendiri akan membentangkan strategi-strategi perniagaan bagi setiap komponen yang disampaikan dalam seminar ini.

Siapa yang patut hadir ke Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017?


  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  • Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga cukup-cukup makan.
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.
  • Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ketahap yang lebih besar.


Untuk maklumat lanjut mengenai seminar dan juga Tuan Wan Nong Muzafar, anda boleh layari www.wannongmuzafar.com atau emailkan ke admin@wannongmuzafar.com dan anda juga boleh  hubungi En. Ahmad di talian 013 610 9391.









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve