Grab The Promo

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan


Baru-baru ini, pada 21 April 2017 cik iena telah berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan yang telah diadakan di Jibby East, Sunway Montana. 
Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Majlis diserikan dengan pengacara Majlis Dayah Bakar yang cukup happening

Majlis berlansung meriah dengan di hadiri pihak media, bloggers dan tetamu jemputan yang lain. Acara di mulakan dengan ucapan dari wakil Media Prima DigitalLi Ee Kee, selaku Pengurus Produk Aplikasi JJCM.

Menurut Beliau, antara fungsi baru yang menarik perhatian adalah tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehinggan 70 % bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals” yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.

“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan yang aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah”, jelas Ee Kee lagi.



Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
​Pengurus Produk Aplikasi JJCM, Li Ee Kee (dua dari kiri) bersama Nazrudin Habibur Rahman, pengacara Jalan-Jalan Cari Makan serta wakil dari rakan kerjasama CJ Wow Shop dan Offpeak di majlis pelancaran aplikasi JJCM dan Kempen #SeringgitSeribuKebaikan

Selain merasmikan  Aplikasi JJCM, Kempen #seringgitseribukebaikan juga telah dilancarkan bagi  memberi peluang rakyat Malaysia berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadan ini.



Segalanya Tentang Makanan di Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Aplikasi JJCM
Aplikasi JJCM

Selain memaparkan lokasi makanan istimewa pilihan JJCM, Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak.

Dengan menggunakan Aplikasi JJCM, anda hanya  perlu beberapa langkah mudah untuk menikmati hidangan anda.

Kelebihan Aplikasi JJCM


  • Tidak perlu beratur panjang 
  • Tdak perlu menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran. 
  • Hanya pilih restoran yang berkenan di hati, 

Langkah Mudah Penggunaan aplikasi JJCM


  • Masukkan nombor telefon bimbit
  • Tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung
  • Restoran akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. 


Mudah bukan ? Segalanya pasti lebih mudah dengan menggunakan aplikasi JJCM. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Pengguna hanya perlu bayar apa yang mereka makan sahaja, tanpa sebarang caj tambahan.


Aplikasi JJCM
Aplikasi JJCM




Untuk pegetahuan anda Aplikasi JJCM telah pun diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan lebih mesra pengguna. Dengan transformasi 360 darjah, Aplikasi JJCM kini tampak lebih segar dengan wajah baru. Aplikasi JJCM yang telah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, ianya telah mencatat lebih 250 ribu muat turun.

Selain dari fungsi yang dinyatakan diatas, setiap pengguna Aplikasi JJCM yang berdaftar boleh  memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Ruangan komen ini diwujudkan bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut.





Fungsi lain yang menarik dan membantu adalah Fungsi carian berdekatan . Ianya membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS semasa. Seperti contohnya, sekiranya anda berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara.




Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial Aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai dan ianya juga turut akan disenaraikan dalam aplikasi ini.


Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain . Senarai artikel tersebut juga  merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan. Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM.


Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu beberapa minggu lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.



Aplikasi JJCM
Muat Turun Aplikasi JJCM di Play Store untuk Android dan Apple Store untuk iOS





Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.

HARI NI NAK MAKAN KAT MANA ?

Cik iena sudah pun memuat turun Aplikasi JJCM ini. Anda bila lagi? cik iena rasa ianya sangat sesuai untuk kita muat turun kerana masalah yang kerap di hadapi oleh kita adalah DI MANA NAK MAKAN ?

Jika anda perasan bila kita keluar bersama rakan, pasti akan keluar soalan makan di mana? makan kat mana? Kadang-kadang kita seakan mati kutu untuk menjawab pertanyaan tersebut. Jadi dengan adanya Aplikasi JJCM ini ianya sangta membantu anda.

Bila bertanya rakan makan kat mana jika semua tidak menjawab anda boleh gunakan Aplikasi JJCM ini. Jadi tak perlu memakan masa yang lama untuk berfikir lokasi restoran manakah yang perlu anda tuju untuk menikmati hidangan  pagi, tengah hari mahupun malam anda.


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan


Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan merupakan sebuah kempen kebajikan yang dianjurkan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital. Menerusi kempen ini, rakyat Malaysia berpeluang berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan ikhlas mereka serendah RM 1, RM 3, RM 5 dan RM 10 yang mana ianya akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan akan datang.

Kempen ini Mengambil konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan mahu memberi peluang anak-anak istimewa ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan disediakan 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan terpilih akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat, selama 4 minggu Ramadan bertamu.

Bukan itu sahaja, skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut  ke negeri Terengganu Darul Iman dan Johor Darul Takzim bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini untuk dua buah rumah kebajikan terpilih di negeri tersebut pada 3 dan 10 Jun 2017.

Kempen ini dijayakan Menerusi kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan  secara online atau dalam talian menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi rezeki. Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017

Mudahkan bukan, hanya di hujung jari kita dapat beramal , dapat bersedekah, berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan . Kini anda tiada alasan lagi untuk bersedekah . Anda boleh lakukannya secara online :)

Insya Allah sampai tarikh yang di nyatakan cik iena juga pasti akan sertai kempen  #seringgitseribukebaikan








Video Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan





Gambar Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan




Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama pengacara yang sangat happening pada malam tersebut , Dayah Bakar

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Bersama pengacara program jalan-jalan cari makan, Naz yang sporting dan humble

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama rakan blogger si cantik manis Nisa Kay

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama rakan blogger si cantik manis Nisa Kay



Kepada anda di luar sana jangan lupa muat turun Aplikasi JJC dan jangan lupa sertai kempen   #seringgitseribukebaikan . Jutaan terima Kasih cik iena ucapkan kepada Pihak Media Prima dan rakan blogger yang sudi menjemput cik iena . Walaupun sebenarnya pada majlis tersebut cik iena kurang sihat cik iena tetap hadir kerana cik iena dah RSVP awal :)

Jadi pada hari kejadian cik iena tak dapat nak makan ais krim yang macam kawan-kawan lain makan. Okay part tu memang cik iena jeles sebab cik iena memang suka aiskrim. Disebabkan faktor kesihatan cik iena tak boleh makan dan banyak juga antra hidangan makanan yang tak dapat cik iena makan sebab cik iena kalau sakit lambat sembuh. Cik iena kene jaga pemakanan supaya sakit tak berlarutan. Sehingga Artikel ini di taip cik iena masih belum sihat sepenuhnya  (^_~)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve