Jualan Murah Hari Raya Jakel | Diskaun Sehingga 85%



Jakel merupakan sebuah syarikat pertama pelopor industri usahawan bumiputera yang menjana ekonomi dalam perniagaan Tekstil.  Jakel juga merupakan pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran dalam negeri mahupun luar negara. Mereka mengimport tekstil yang berkualiti dan berjenama daripada pengedar-pengedar terkenal di seluruh dunia.

Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%


Produk tekstil dari Jakel merangkumi kain pakaian dan langsir yang direka oleh pakar-pakar rekaan tekstil syarikat Jakel sendiri. Pakar-pakar ini mencorakkan pelbagai rekaan untuk semua tekstil kain dari harga yang murah sehingga ke eksklusif seperti jenama Valentino, Pierre Cardin, Zegna, Armani, Lorenzo Riva, Ungaro dan Solstiss.



Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%
Jakel merupakan jenama Tekstil yang tidak asing lagi di Malaysia.  Baru-baru ini telah berlansung satu majlis perasmian kempen  "JAKEL BARULAH RAYA" di Jakel Shah Alam dengan kehadiran Duta-duta jakel .Pihak Jakel mengambil inisiatif untuk membuat Jualan murah sempenha Hari raya dengan menawarkan diskaun sehingga 85%.

JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM DENGAN LELONGAN SEHINGGA 85% DISKAUN


JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM DENGAN LELONGAN SEHINGGA 85% DISKAUN
Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sessi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. 

JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM DENGAN LELONGAN SEHINGGA 85% DISKAUN

Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal

Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari tersebut dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini bagi mendapatkan Baju Melayu & Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA .

Koleksi kain Jakel pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan
moden bagi menyesuaikan keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru
dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. 

Rekaan Elegan Pada Harga Mampu Milik


Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.
Dengan  keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan, ramai pengemar fesyen lebih selesa
memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. 
Rekaan Elegan Pada Harga Mampu Milik
hanis sedang menceritakan tentang detailing dan kualiti fabrik :)
Dengan itu, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan
perincian rekaan secara kemas dan rapi. 
Gabungan kombinasi ini adalah untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel . Ianya pasti akan menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti terserlah.

Konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan


Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai “sense of belonging” apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel akan sentiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan.

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA

 Koleksi Baju melayu Serendah RM89 dan Baju Wanita Serendah RM79 Sepasang



JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Istimewa menjelang Aidilfitri yang bakal tiba ini Jakel mengadakan Jualan hebat atau jualan murah yang  bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel. 

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Selain daripada itu Jakel juga ingin memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat lain. Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. 

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk.
Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang. 
JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA
Sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar.
Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39.

JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA



KOLEKSI BAJU MELAYU

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz 

Koleksi ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru
khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal
menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel atau lembut selain warna
kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.

Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad 

Koleksi ini berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. 
Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan
produk tersebut untuk mereka bersize comel. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person
in the World” iaitu Harith Iskander.

KOLEKSI KURTA


Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. 
Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket. Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. 
Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini.

BAJU KURUNG

Baju Kurung Ayda Jebat

JAKEL mengeluarkan koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. 
Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada design dan detailing.
Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada
peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini
ianya lebih bersifat “simpel but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan
dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous dan bersesuaian trend masa
kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya.

KOLEKSI KANAK-KANAK


Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pemebelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. 
Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini
Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada
Lara Alana.

JAKEL TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

JAKEL TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

Menariknya lebaran kali ini, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dimana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan  produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.

JAKEL TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

Koleksi Schawalara

    a) Awal Ashaari

Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu,mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. 
Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu. Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Berkonsepkan design moden dan mengekalkan keaslian ciri asli kurta itu sendiri membantu menampakkan lagi ketampananpada si pemakai. 
Kurta dibawah jenama ini juga divariasikan menerusi design bagi memenuhi permintaan pasaran. Rekaan ini juga diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar ianya nampak terletak cantik apabila digayakakan

  b) Scha Al-Yahya

JAKEL mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden di bawah
jenama Scha Al-Yahya. Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan baju koleksi ini adalah dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. 
Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan
kualiti. Ini kerana, JAKEL mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
 Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. “Musim raya ialah musim untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai, jadi keselesaan menjadi keutamaan dalam setiap baju saya”. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL.
JAKEL TAMPIL DENGAN KOLEKSI RAYA BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

  c) Lara Alana


Bagi merealisasikan konsep kekeluargaan, JAKEL juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak-kanak perempuan dibawah jenama Lara Alana. 
Populariti si kecil ini dengan pengikut hampir 2 juta di laman sosial, dan dengan gaya fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di Instagram dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil, khususnya ibu bapa yang inginkan anak perempuan mereka tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.
Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti.

Koleksi Hanis, Hairul, Yusof


Istimewanya hari raya tahun ini, Jakel juga berkolaborasi bersama keluarga kecil diminati ramai iaitu Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Si Cilik Meletop Yusof Iskandar. Pemilihan ini adalah kerana keluarga tersebut sering kali mendapat perhatian ramai oleh mereka yang mengikuti mereka di alam maya.

  a) Hanis Zalikha

Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima
kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan,versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan. 
Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat
selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel.

  b) Hairul Azreen

Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang.

  c) Yusof Iskandar

Keceriaan lebaran tahun diserikan lagi dengan koleksi pakaian daripada si kecil comel Yusof Iskandar. Menjadi satu lumrah penjagaan anak kecil terutama soal pemakaian amat rumit untuk dipilih ditambah pula di musim perayaan.
Oleh it, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual. Dibawah jenama ini, baju melayu yang dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak.
Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, supaya para pelangga boleh menyuaipadankan dengan keluarga.

Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%

Wahhhhhhh menarik kan koleksi terbaru Jakel pada tahun ini. Semaki bertambah Duta Jakel dan yang paling menarik pastinya koleksi keluarga . Tidak perlu susah-susah lagianda menempah baju sedondon warna di hari Raya.Kini semuanya boleh di dapati di Jakel Gedung Teksil terbesar di tanah air.

Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%


Semasa kehadiran cik iena di Jakel Shah Alam tempohari, pelanggan-pelanggan Jakel bagai semut yang menghurung gula . Sangat ramai kerana terdapat jualan runtuh happy hour yang diadakan oleh para Duta Jakel.

Jualan Murah Hari Raya Jakal | Diskaun Sehingga 85%
wokies belanja gambar tuan empunya blog masa ke event jakel tapi tak sempat ambil gambar di jakel. Keadaan lautan manusia yang tidak membenarkan untuk bergambar :D.. so amek gambar kat tempat lain masa nak berbuka puasa yeayy :)


Kepada anda yang masih belum shopping raya anda boleh dapatkan koleksi baju raya di Jakel . Kempen Jakel Barulah Raya ini akan berlansung sehingga Malam raya dengan menawarkan diskaun sehingga 85 %.

Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : www.jakel.my
Facebook : GedungTekstilJakel
Instagram : @jakeltextile







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog