Grab The Promo

Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia


Adakah anda pernah berhadapan situasi dimana anda dicaj dengan harga yang  tinggi atau kualiti barang yang anda beli tidak sepadan dengan harga yang anda bayar ? Pasti ada diantara kita yang pernah mengalami masalah ini akan tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk menyalurkan rasa tidak puas hati anda .


Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia
Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia


Untuk pengetahuan anda, anda mempunyai Hak untuk menyuarakan tentang hal ini. Untuk itu di sini cik iena ingin kongsi serba sedikit terlebih dahulu mengenai Hak Pengguna dan seterusnya cik iena akan kongsikan bagaimana untuk anda membuat aduan tentang masalah ini  supaya anda  menjadi pengguna yang celik dan tidak di tindas oleh peniaga-peniaga yang suka mengambil kesempatan.


APA ITU HAK PENGGUNA?


Hak pengguna adalah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Manakala pengguna yang bertanggungjawab pula adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.

KPDNKK

Pertama sekali untuk mendapatkan Hak Pengguna  anda perlu menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu. Kemudian Laporkan kepada KPDNKK tentang hal-hal kepengunaan.


HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA DI MALAYSIA


Kesedaran terhadap hak anda sebagai pengguna amat penting supaya anda mengetahui apa hak anda , sebagai contoh untuk bayaran balik bagi barangan yang rosak atau barangan berbahaya dan juga hak anda sekiranya anda dikenakan caj berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti atau harga barangan dan servis, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebagai pengguna, hak anda dilindungi dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Selain daripada itu, pembelian melalui platform dalam talian juga  seperti acebook, Instagram, laman web seperti Lazada, Zalora, dan sebagainya juga termasuk dalam perlindungan ini. Ini adalah kerana peniaga online juga perlu mendaftar perniagaan mereka dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan perlu mematuhi undang-undang niaga di Malaysia.


Antara Hak anda yang perlu anda ketahui adalah  seperti berikut:

1. Hak Pengguna Malaysia untuk Tuntutan Ganti Rugi


Sebagai pengguna, anda berhak untuk menerima penghakiman yang adil, termasuk mendapat pampasan untuk pembelian atau servis anda terima yang memiliki unsur mengelirukan, kualiti barang yang rendah dan juga servis yang tidak memuaskan. Tuntutan ini boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang merupakan sebahagian dari KPDNKK. Cara untuk membuat tuntuan ialah seperti berikut:

  1. Fail tuntutan dengan mengisi Borang 1. Anda boleh dapatkan borang ini di semua cawangan Tribunal atau muat turun di portal e-Tribunal. Anda perlu membayar RM5.00 untuk pemfailan borang tersebut.
     
  2. Salinan Borang 1 akan diserahkan kepada pihak yang dituntut, dan kedua-dua pihak perlu hadir ke pendengaran tuntutan tersebut. Tarikh pendengaran akan ditetapkan oleh Tribunal.
     
  3. Selepas tuntutan berjaya diselesaikan dengan persetujuan kedua-dua pihak, Tribunal akan mengeluarkan Award (terma ini digunakan untuk penyelesaian yang ditawarkan oleh Tribunal). Award tersebut boleh jadi dalam bentuk wang yang dibayar kepada pengadu, ataupun ganti untuk barang yang dibeli.


Menurut undang-undang, anda hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan sehingga RM 25,000 sahaja. Wang tuntutan itu bukan dibayar oleh Tribunal, sebaliknya oleh pihak yang dituntut, atas arahan Tribunal.

Selain itu, pastikan juga anda simpan semua dokumen berkaitan dengan pembelian dan servis yang anda peroleh dari peniaga sebagai bukti. Antara dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti ialah invois, resit, risalah iklan, barang yang rosak,dan dokumen lain yang boleh menyokong tuntutan gantirugi anda.


2. Anti-Pencatutan dan Barangan Kawalan di Malaysia


Ini merupakan perkara yang sering terjadi  iaitu dimana  barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.


Anti-Pencatutan dan Barangan Kawalan di Malaysia




Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga.

Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu dan juga menaikkan harga barangan kawalan dengan sengaja setelah kenaikan harga Petrol.

Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal.

Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.

Kebiasannya harga bagi barangan kawalan yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga barangan kawalan tersebut. Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari hargabarangan kawalan yang di umumkan.

Bagi kes ini laporkan secepatnya ke KPDNKK. Untuk pengetahuan KPDNKK telah menyediakan perkhidmatan  Program Perlindungan Pengguna.



Untuk menyemak harga barangan bagi rujukan anda, anda boleh memuat turun aplikasi PAPARAN HARGA oleh KPDNKK Malaysia
 

Program Perlindungan Pengguna | Aduan Pengguna (PPAP)



Untuk pengetahuan  anda KPDNKK telah melancarkan Program Perlindugan pengguna bagi melindungi hak-hak pengguna.  KPDNKK Menerima aduan daripada  melalui telefon, laman web, surat dan juga pengguna yang hadir sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP). Aduan akan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan.

Untuk makluman anda juga ,  tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh semak akta perlindungan pengguna di bawah



SEMAKAN AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999 (Akta 599)


Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (atau Akta 599) telah berkuatkuasa pada 15 November 1999 untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna.

Untuk pengetahuan pindaan telah dibuat sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2002, 2003, 2007 dan 2010.

Pindaan 2002 – Pindaan Subseksyen 17 (1) menyenaraikan jenis-jenis Kontrak Perkhidmatan Hadapan yang telah diwartakan oleh KPDNKK untuk maksud seksyen berkenaan.

Pindaan 2003 – menambah keanggotaan TTPM daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan serta meningkatkan award TTPM daripada RM10, 000 kepada RM25, 000.

Pindaan 2007 – memperluaskan skop Akta 599 kepada urusniaga perdagangan secara elektronik.

Pindaan terkini iaitu pada tahun 2010 bertujuan untuk membuat penambahbaikan ke atas peruntukan sedia ada di bawah Akta 599 supaya akta tersebut kekal relevan dalam menghadapi perubahan bagi amalan perdagangan pada masa kini dan mampu memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pengguna.

Pindaan tersebut ini juga memperkenalkan 2 Bahagian baru iaitu Bahagian IIIA:Terma Kontrak Tidak Adil yang menetapkan peruntukan-peruntukan bagi melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil yang wujud dalam sesuatu kontrak bentuk seragam dan Bahagian XIIA: Jawatankuasa Pengiklanan yang memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang mengeluarkan iklan yang mengelirukan atau palsu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai akta perlindungan tersebut sila layari AKTA PELINDUNGAN PENGGUNA 1999


Antara Penipuan yang dialami Pengguna


Antara Penipuan yang sering  dialami Pengguna adalah seperti berikut :

  • Penipuan Perkhidmatan
  • Penipuan Harga
  • Penipuan Transaksi Internet
  • Jualan Bahan Petroleum
  • Tiada Tanda Harga
  • Bengkel Kenderaan Bermotor
  • Pekhidmatan Telekomunikasi
  • Penipuan Gores Dan Menang
  • Penipuan Perjanjian Sewa Beli
  • Penyelewengan Jualan Lansung




Untuk anda yang mengalami masalah seperti diatas anda boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:


    Talian bebas tol (1-800-886-800)
    Portal Rasmi: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my



3. Hak Pengguna Untuk Mendapatkan Maklumat


Tahukah anda bahawa semua kedai dan peniaga wajib memaparkan harga barang atau servis yang mereka tawarkan? 

Tindakan ini tertakluk dibawah undang-undang yang menyatakan peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk barang dan servis.

Selain daripada hak untuk mendapatkan maklumat mengenai harga, anda juga berhak untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai barangan dan servis. 

Jika anda berhadapan dengan situasi iklan yang mengelirukan atau tanda harga yang salah, anda boleh membuat aduan melalui Sistem eAduan atau hubungi talian bebas tol 1-800-886-800.

Anda dinasihatkan untuk menggunakan saluran yang betul untuk mengadu mengenai barangan atau servis yang tidak memuaskan daripada menyebarkannya di media social. Walaupun anda akan mendapat bilangan like atau komen yang banyak, tanpa tindakan yang betul wang anda tidak akan dikembalikan.

Oleh yang demikian, gunakan hak anda sebagai pengguna dan jangan biarkan peniaga-peniaga dengan sewenang-wenangnya memperdayakan anda.


Selain daripada membuat Aduan, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada sukarela yang  memantau melalui konsep membeli-belah sambil  melaporkan kepada Kementerian mengenai aktiviti salah laku peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan menyertai Friends Of KPDNKK



FRIENDS OF KPDNKK


FRIENDS OF KPDNKK
Pasti anda tertanya-tanya apa itu Friends Of KPDNKK .  Ia dahulunya dikenali sebagai SKUAD PENGGUNA yang mana ianya ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.



Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai Friends of KPDNKK dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.



Bidang tugas Friends Of KPDNKK adalah melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep membeli-belah sambil memantau dan melaporkan kepada Kementerian



 Friends Of KPDNKK


Bidang Tugas Friends Of KPDNKK 

Bidang Tugas Friends Of KPDNKK
Bidang Tugas Friends Of KPDNKK




Keistimewaan Kad Ahli Friends Of KPDNKK


Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai:

    Kad Diskaun
    Kad Loyalti
    Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK




Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini.


Selain daripada itu anda juga akan mendapat potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.

 potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.
potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.




Faedah Menjadi Ahli  Friends Of KPDNKK



Faedah Menjadi Ahli  Friends Of KPDNKK


Pendaftaran Percuma Friends Of KPDNKK


Pendaftaran Percuma Friends Of KPDNKK

Untuk pendaftaran sila klik  PENDAFTARAN PERCUMA




Untuk maklumat lanjut mengenai Friends Of KPDNKK  sila layari

Website : http://fok_sp.1pengguna.com/sp/









#KPNDKK #HakPengguna  #CaringMinistry #HakHakPengguna #KetahuiHakAnda #KnowYourRights #PenggunaBijak #penggunabijak #mykpdnkk #kuasapengguna








0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve