Nikmati Aroma Harum Segar Teh Wangi Ros 888


Teh merupakan minuman yang terkenal di kebanyakan negara dimana ianya di minum pada waktu pagi, petang mahupun malam . Asia merupakan negara yang terkenal dengan Tradisi meminum teh .  Terdapat pelbagai jenama Teh yang terdapat di Malaysia.

Teh Wangi Ros 888


5 Senses 888 High Tea Event



Teh Wangi Ros 888



Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis "5 Senses 888 High Tea Event" yang bertempat di The Forum KL.  Majlis ini diadakan sempena sambutan ulangtahun ke 75 jenama 88.  Majlis ini membawa tema  PESONA LIMA RASA/DERIA untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri Makanan dan Minuman yang serba pantas bersama jaminan jenama 888 "TRADISI TEH TERBAIK BUAT ANDA".


Teh Wangi Ros 888


Melalui tradisi ini,  teh 888 berbangga dapat menyediakan berbagai memori indah tentang kehebatan teh untuk semua masyarakat . Rasa hebat datang dari ketulinan, keaslian, konsisten dan berkeyakinan secara semulajadi ltulah menjadikan jenama 888 SEBUAH JENAMA MALAYSIA YANG MASIH HEBAT PADA MASA INI!


Teh Wangi Ros 888

888 merupakan sebuah jenama dari Malaysia yang telah wujud sejak dari tahun 1942. Ia merupakan jenama yang mengeluarkan Teh dan Kopi yang diusahakan oleh Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd yang berpengkalan di Bedong, Kedah.  Jenama ini cukup di kenali di kalangan rakyat kedah sejak sebelum kemerdekaan lagi.



Teh Wangi Ros 888






Video 5 Senses 888 High Tea Event



Jenama 888 dari Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd Sejak Tahun 1942



Nikmati Aroma Harum Segar Teh Wangi Ros 888
Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGI) merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan berbagai produk lain di Malaysia di bawah jenama "888". Ianya adalah milik penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di dalam Papan utama Bursa Saham Malaysia sejak 1997.

Syarikat ini terletak di sungai Petani, Kedah dan telah menjangkau usia tahun yang mana ianya telah wujud di Malaysia sejak tahun 1942. STGI menghasilkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman  bijiran dalam setahun. Di biayai oleh kumpulan syarikat kewangan yang stabil,  STGI telah membuat penyelidikan dan pembangunan yang berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat para pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir.

Makanan yang tidak selamat mengakibatkan kesan buruk yang serius dan ISO standard pengurusan keselamatan makanan membantu organisasi dalam mengenalpasti dan mengawal soal-soal keselamatan makanan.

Jenama 888 Mempunyai Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia

 
STGI telah memperolehi ISO 22000 dari Standard Antarabangsa mengenai pengurusan keselamatan makanan, GMPdan sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia disamping Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia.

STGI sentiasa menitik berat  kawalan kualiti yang ketat dalam setiap aspek pembuatan untuk jaminan penghasilan yang bermutu tinggi di dalam dan luar negara kerana berbagai produk jenama 888 telah sering kali dieksport ke luar negara.Teh dan Kopi 888 telah di edarkan secara meluas di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur dan juga di eksport kenegara-negara seperti Brunei, China Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

Produk 888 boleh didapati di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur: Tesco, Giant, Econsave, Mydin,Aeon Big,TF Value,NSK, Hero, Pasaraya Howa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee,Sabasun, Senay Supermarket , Pasaraya CKS dan Lulu Hypermarket.




SEJARAH JENAMA 888 


Untuk mengetahui visi sesebuah sarikat, kita haruslah meryelami pembangunannya dengan mendalam.Pada tahun 1942, ketika negara sedang berada di dalam kancah peperangan dunia ke 2, mendiang EncikAng Thong Guam berbasikal selama dua hari untuk meminjam sejumlah RM50 dari mertu- bapa anyadan memulakan pemiagaan pengedaran teh 888 di pasar tempatan di Sungai Lalang Kedah.


Teh Wangi Ros 888


Ianya bermula sebagai sebuah pemiagaan keluaga , pakar dalam pembuatan teh yang di bungkus dengan jenama 888 dan juga jenama yang lain. Setelah selesai perang dunia ke 2, beliau telah  mempunyai  deretan van yang mampu mengedarkan barangan jenama lain. Hasil dari itu,  pasaran pengedaran  jenama 888 semakin berkembang maju .

Hari ini jenama 888 telah menjadi suatu jenama yang di kaitkan dengan kualiti dan ketahanan serta menjadi jenama yang berada ditangga teratas di dalam pasaran. Matlamat jenama 888 adalah untuk meneraju dan memberi inspirasi kepada setiap hirupan dalam secawan teh.

Dengan pengalaman dan pengetahuan jenama 888 tentang berbagai jenis teh dari serata dunia,  jenama 888  lebih tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan teh yang terbaik, dengan  mencampurkan dan mendidihkannya (mengikut cara dan rasa masyarakat Malaysia), seperti yang mereka mahukan.

Teh Wangi Ros 888  Teh Paling Laris Di Kelantan


Teh Wangi Ros 888


Teh berperisa kini menjadi penjenamaan tambahan di mana Teh Wangi Ros 888 telah menjad teh yang paling banyak terjual di Kelantan dan ia merupakan antara 3 jenama paling popular bersama produk segera jenama 888 yang lain iaitu minuman 3dalam 1 yang bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini.


Teh Wangi Ros 888


Hari ini, jenama 888 dengan rasa yang hebat dan mempunyai manfaat kesihatan telah menjadi semakin terkenal bukan saja di luar bandar, bahkan semakin terkenal di kalangan komuniti masyarakat bandar. Untuk memenuhi pemintaan yang semakin meningkat,  Jenama 888 telah menaiktaraf fasiliti produksi jenama 888 secara berterusan untuk menambah kuantiti pengeluaran dan sering mengadakan berbagai latihan kemahiran untuk mengembangkan hasil produk jenama 888 .

Jenama 888 telah berkembang dari generasi kegenerasi menjadikan ianya sentiasa menjadi pilihan pengguna sedia ada.






Pembungkusan lama Teh Wangi Ros 888


Teh Wangi Ros 888


Sejujurnya semasa majlis tersebut cik iena tidak dapat ingat akan jenama ini . Cuma cik iena pernah lihat di pasar raya apabila melihat pembungkusan baru jenama 888 tersebut. Akan tetapi setelah cik iena mencari maklumat mengenai jenama 888 ini di internet cik iena terjumpa akan gambar diatas dan Ya cik iena sebenarnya pernah meminum air Teh Wangi Ros dari Jenama 888 ini sejak kecil lagi.

Teh Wangi Ros 888 Mengimbau Zaman Silam


Teh Wangi Ros 888

Melihat pembungkusan ini membuatkan cik iena teringat memori di zamankanak-kanak ketia masih tinggal di kampung sebelum berpindah ke kawasan perumahan . Ya sememangnya cik iena mengenali jenama 888 dengan pembungkusan yang lama . Teh ini memang menjadi kegemaran Arwah nenek cik iena. Cik iena la yang menjadi si tukang beli Teh di kedai hujung kampung berhampiran sungai.

Morning uols, jom pekena Teh wangi ros @888teacoffee . Haruman dia memang uMmphHh Untuk makluman jenama 888 tea coffee nie dah bertapak di Malaysia sebelum Merdeka lagi iaitu tahun 1942.. Lama kan 75 tahun.ianya terkenal di bahagian Utara Malaysia. . Haa sblm ni iena cakap iena x pernah minum kan.. Haha mlm td nk draft blog post ,bila google pacakging lama dia..serius legend teh ni..iena da ingat dh yeayy.. Iena penah minum, masa kecik dekat kampung, masa tu duk kampung..beli dkat kedai asin buncit..haha giler throwback ni..teringat plak kisah kecik2 dlu kt kgπŸ˜‚πŸ˜‚ Wokay nty cik iena cerita kt blog ye.. Ade bnyk keroje le awakk ..tgh draft lg ..sabau nauuu.. . #tetapbrewtetapbest #tehwangiros888 #888tea #teh888 #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #instagood #photooftheday #fashion #foodie #foodblogger #foodporn
A post shared by Malaysian BloggerπŸ’„πŸ‘ πŸ‘—πŸ‘œπŸ΄πŸΉ (@ienaeliena) on

Rindu pula rasanya pada Arwah. Teh Wangi Ros 888 ni sememangnya mengimbau kenangan silam cik iena semasa membesar di Kampung Sungai Masin, Batang Kali.

Cik iena rasa ramai juga diantara anda di luar sana yang sememangnya mengenali jenama ini bukan?
Jenama ini sudah lama bertapak di Malaysia cuma ianya lebih popular di utara Malaysia .


Pelbagai Teh dan Kopi Keluearan Jenama 888




Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888


Teh Wangi Ros 888



Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888



Tetap Brew Tetap Best


Tetap Brew Tetap Best adalah slogan yang di ketengahkan oleh jenama 888 ini dimana  ia membawa PESONA LIMA RASA/DERIA untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri Makanan dan Minuman yang serba pantas bersama jaminan jenama 888 . Teh Wangi Ros 888 sentiasa berusaha mengekalkan mutunya untuk para penggemar teh.



Teh Wangi Ros 888

Kepada anda di Luar sana yang ingin merasai kelazatan dan keharuman Teh Wangi Ros 888 ini anda boleh mendapatkan teh ini di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur: Tesco, Giant, Econsave, Mydin,Aeon Big,TF Value,NSK, Hero, Pasaraya Howa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee,Sabasun, Senay Supermarket , Pasaraya CKS dan Lulu Hypermarket.

Atau anda boleh beli secara online di lazada- Teh 888



Untuk Maklumat Lanjut Layari 


Website : http://888teacoffee.com.my
FAcebook : https://www.facebook.com/888teacoffee/
Instagram : https://www.instagram.com/888teacoffee/
 


5 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog