Grab The Promo

Laser Tanpa Efek Kemerahan Dengan Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic

Tiga bulan yang lepas Cik iena telah mula menjalankan satu rawatan Lazer yang bertujuan untuk menangani masalah pori terbuka. Cik iena telah melakukan rawatan sebanyak tiga kali iaitu sebulan sekali rawatan di  The Suisse Clinic yang bertempat di Mid Valley.

Celebrity Review


Ini merupakan pengalaman kedua cik iena melakukan rawatan Laser dimana ini merupakan Rawatan Laser yang cik iena gemari kerana ianya tidak mempunyai tempoh "DOWN TIME" berbeza dengan rawatan sebelumnya yang mempunyai tempoh "DOWN TIME " selama lebih kurang 3 ke  7 hari bergantung kepada Individu.

Di dalam tempoh tersebut berlaku perubahan ketara pada wajah di mana pada wajah cik iena wajah menjadi merah dan bengkak seperti di gigit serangga dalam tempoh satu hari. Kemudian ianya beransur pulih selama 3 hari .

Berbeza dengan rakan Cik iena yang mengalami rawatan yang sama. Dalam masa 24 jam tiada perubahan tetapi selepas 24 jam kulit hidung kelihatan terbakar dan terdapat kulit hitam kering yang bayak muncul di bahagian hidung dan ianya memakan masa 7 hari untuk Hilang.

Selepas tempoh "DOWN TIME " tersebut barulah kulit menjadi cantik . Rawatan tersebut ok cuma ianya mempunyai tempoh "DOWN TIME" yang agak tidak sesuai untuk cik iena yang aktif ke Majlis-Majlis tertentu malainkan buat anda yang boleh duduk di rumah selama Seminggu :)

Okay jom cik iena cerita tentang  Cutera Laser Genesis yang mana rawatan laser ini tidak mempunyai tempoh "DOWN TIME" dan sesuai untuk semua jenis kulit.


Apa itu Cutera Laser Genesis



Cutera® Laser adalah FDA yang diluluskan oleh  ND Yag Laser. Yang mana ianya  digunakan untuk peremajaan kulit. Ia juga digelar "Lunch Time Procedure"  kerana ia tidak memerlukan permintaan sosial sosial yang diperlukan. Mesin yang digunakan di import dari Amerika Syarikat dan digunakan secara meluas di Hospital-hospital  Singapura .

Cutera adalah teknologi laser kulit premium untuk merawat dan meremajakan kulit.  Cutera terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu peremajaan , penganjalan, dan pencerahan . Rawatan laser ini mampu menyelesaikan semua masalah kerosakan kulit yang paling biasa. Antaranya adalah penuaan, bintik hitam, garis halus, kedut, dan kulit kendur.


Manfaat Cutera Lazer Genesis 


• Tiada kesan sampingan dan downtime .
• Penembusan  secara mendalam untung ransangan pertumbuhan kolagen
• Sesuai untuk semua jenis kulit
• Meningkatkan penampilan kulit secara keseluruhan
• Meremajakan kulit.
• Mengurangkan  kerutan kedut dan garis garisan halus.
• Menganjal dan Mengetatkan liang pori-pori .
• Meringankan Lighten pigmentasi atau tanda parut parut jerawat.



Untuk mendapatkan hasil maksimum, semua peringkat rawatan ini boleh dilakukan 3-4 kali dalam tempoh satu bulan sekali. Walaubagaimanapun tahap keberkesanan berapa kali rawatan adalah bergantung pada kulit seseoarang. Untuk kulit cik iena cuma 3 rawatan laser dalam masa 3 bulan.



The Suisse Clinic


Ditubuhkan pada tahun 2014, The Suisse Clinic adalah klinik gaya hidup terkemuka di Kuala Lumpur. The Suisse Clinic menekankan kepada penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk penuaan dan kesejahteraan yang sihat.

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic


Rawatan di The Suisse Clinic  termasuk penjagaan kesihatan utama, rawatan dermatologi, penjagaan rambut dan pengurusan berat badan dan gannguan gaya hidup.


The Suisse Clinic


Untuk pengetahuan anda, The Suisse Clinic merupakan sebuah klinik yang mempunyai peralatan perubatan yang sangat baik, produk berkualiti tinggi dan pasukan perubatan profesional untuk menyesuaikan penyelesaian berkesan buat masalah anda.


Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Sebelum berjumpa doktor anda akan di beri minuman dan akan bertemu dengan beautician yang akan menerangkan tentang pakej rawatan

Untuk makluman anda lagi, The Suisse Clinic mempunyai pengamal perubatan bersertifikat dan mereka sangat mahir dan kekal di barisan hadapan pengetahuan perubatan dan teknologi. Disamping itu The Suisse Clinic menggunakan produk dan peralatan yang diluluskan oleh FDA sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap penjagaan dan keselamatan pesakit untuk memberikan hasil yang luar biasa.


Pengalaman Menjalani Cutera Laser Genesis


Rawatan Pertama Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic


Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Mesin yang di gunakan untuk scan wajah


Untuk rawatan pertama, Doktor akan cek kondisi kulit kita terlebih dahulu kemudian memberikan info mengenai kulit kita serta apa yang perlu di lakukan utuk menjaga kulit supaya sihat dan cantik. Terdapat beberapa alat yang di gunakan antaranya seperti gambar di bawah.




Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
hasil scan mesin diatas



Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Doktor akan menerangkan kondisi kulit hasil dari scan diatas


Kemudian prosedur seterusnya wajah akan di bersihkan dari solekan . Bahagian mata tidak termasuk dalam perawatan ini jadi tidak menjadi masalah jika solekan mata tidak di bersihkan.

Selepas membersihkan solekan . Proses Laser akan di jalanka . Pada ketika ini apa yang dapat cik iena gambarkan ianya tidak sakit. Cuma cik iena ada bau benda terbakar. Haa untuk pengetahuan bau terbakar tu bau bulu roma. Almaklumlah bulu roma cik iena banyak.

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Bilik rawatan laser


Selepas melakukan laser. Doktor akan membantu kita membuang bulu roma sekiranya perlu. Tahukan anda bulu roma lah yang menyebabkan pori-pori terbuka. Jadi kalau kita kurang bulu roma pada wajah maka kurang lah masalah pori pori terbuka yang banyak.

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Bilik rawatan laser serta peralatan yang di gunakan

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
mesin yang digunakan untuk laser wajah

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Penutup mata yang digunakan bagi mengelakkan dari bahagian mata terkena laser


Semasa sesi membuang Bulu roma ini, ais batu akan di guna untuk menyejukkan wajah terlebuh dahulu baru lah sejenis laser di guna untuk membuang bulu roma. Haaa untuk buang bulu roma ini ada rasa kene gigit semut sedikit. Semasa Cutera lase ry takde rasa sakit.

Itu untuk cik iena lah. Setiap individu pasti akan rasa benda yang lain. Tapi adakalanya rasa takut yang menjadikan sakit(mind set laser itu sakit). Tips nya jangan cemas. Rileks sahaja. Memang tak rasa sakit. Ini merupakan pengalaman kedua CIk iena melakukan rawatan laser.

Selepas membuang bulu roma . Wajah akan di sapukan masker selama 15 ke 20 minit kemudian krim SPF akan di sapu dan selesai.

Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Selepas rawatan anda perlu mengisi survey form


Rawatan Pertama Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic
Gambar diatas adalah gambar dengan solekan sebelum rawatan dan gambar di bawah gambar selepas rawatan tanpa solekan





Cik iena lakukan rawatan pertama pada 9 September 2017



Yeay da lepas 2 minggu tempoh pantang tak boleh pakai skincare yg ade asid haha.wokay da blh review skincare.. Ini dua minggu selepas first session utk Cutera Lazer genesis di @thesuisseclinic .. . . Untuk pengetahuan Cutera merupakan premium skin laser untuk merawat dan meremajakan kulit. Rawatan Cutera sesuai utk anda yg mempunyai masalah open pores dan pigmentation.. . . Selain itu rawatan lazer ini juga tidak mempunyai tempoh downtime seperti rawatan lazer yang lain.. . . Kalau korang ada masalah parut jerawat mcm bulan tu hehe blh cuba dia tiga kali rawatan.. Kesan rawatan bergantung pada individu 😊😊 . . Untuk iena, iena takde banyak masalah cuma kulit kering dan open pore..ini dari apa yang doktor cek sebelum rawatan.. Kulit kering sebab faktor usia..kolagen kurang hahaha..lepastu open pores sb banyak bulu roma😂😂 Yg lain keseluruhan ok.. . . haaa sebabnya iena amalkan beberapa supplement utk jaga kulit 3 series cik iena ni.. Almaklumla awakkk kita da 3 series tau..nak nampak kekal muda remaja perlu la amalkan supplement😊😊😊 . Wokay nty iena share ape yg iena amalkan tau.. . #cuteralazer #cuteralazertreatment #thesuisseclinic #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #socialMediaInfluencer #instagood #photooftheday #fashion
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on





Kesan Awal Rawatan Pertama


Kesan awal yang cik iena dapat rasa ketika ini kulit wajah cerah serta merta. Maksudnya lebih cerah dari sediakala. Tiada kesan kemerah-merahan seperti rawatan laser yang cik iena lakukan sebelum ini.

Yang menarik boleh terus mengenakan solekan. Ini pasti menjadi kerisauan kaum hawa kalau tak boleh bersolek selepas rawatan. Dengan Cutera laser anda boleh bersolek selepas rawatan.


Penjagaan selepas rawatan laser (Cutera Laser Genesis Treatment)


Dua perkara yang di tegaskan oleh Doktor yang merawat cik iena untuk rawatan Cutera Laser Genesis ini adalah

1. Guna Hydating Mask Setiap Malam selama dua minggu selepas rawatan
2. Guna Sunblock

Untuk mendapatkan Hasil yang cantik dan bagus, dilarang menggunakan produk yang mempunyai Acid  selama Dua minggu selepas rawatan dan juga tidak boleh menggunakan skrub mahupun pencuci wajah berjenis skrub.

Maafkan cik iena, cik iena lupa nak catit apa yang doktor cakap kenapa tak boleh guna produk penjagaan wajah ber asid .


Baca selanjutnya dalam artikel yang pernah cik iena tulis sebelum ini mengenai penjagaan selepas rawatan laser : http://www.ienaeliena.com/2017/09/penjagaan-selepas-rawatan-laser-cutera.html

Baca lagi artikel yang berkaitan penjagaan rawatan Cutera di http://www.ienaeliena.com/search/label/Cutera%20Laser%20Genesis?max-results=12


Untuk pengetahuan tiada pantang larang lain seperti pantang larang makanan untuk rawatan ini :)
cuma anda perlu kurangkan aktiviti luar bagi memastikan kulit tidak terlalu terdedah pada matahari untuk tempoh dua minggu pertama selepas rawatan.







Rawatan Kedua Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic



Prosuder rawatan adalah sama seperti rawatan pertama kecuali prosuder pertama untuk cek kondisi kulit wajah dan penjelasan mengenai kondisi wajah oleh Doktor.

Rawatan Kedua Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic
Gambar diatas adalah gambar dengan solekan sebelum rawatan dan gambar di bawah gambar selepas rawatan tanpa solekan kecuali solekan bahagian mata



Liveupdate Rawatan Kedua  Cutera Lazer genesis di The Suisse Clinic
















A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on



Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic

 

Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic
Gambar tanpa solekan selepas Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic

Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic
Gambar tanpa solekan selepas Rawatan Ketiga Cutera Lazer Genesis di The Suisse Clinic

 

A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Prosuder rawatan adalah sama seperti rawatan kedua.



Review Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic


Secara keseluruhan Cik iena suka akan hasilnya kerana kuli wajah cik iena lebih lembab dari sebelumnya dan garisan halus bawah mata berkururangan serta eye bags bawah mata juga berkurangan.

Kulit menjadi lebih anjal dan tiada masalah pori terbuka . Kulit kelihatan licin tetapi buat masa ini muka cik iena ada jerawat datang bulan . Itu sudah menjadi kebiasan Cik iena jerawat datang bulan :)

Selain daripada itu tona kulit juga lebih cerah berbanding sebelumnya.


 Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
gambar sejurus selepas rawatan laser

 Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic
Gambar kiri sehari selepas rawatan pertama laser, elepas solat asar di pejabat tanpa solekan manakala
Gambar kanan gambar semasa (12.12.2017) selepas rawatan ketiga laser selepas solat asar di pejabat tanpa solekan



Video Review Cutera Laser Genesis di The Suisse Clinic



Cutera Laser Genesis Rating

8/10

The Suisse Clinic  Service Rating

10/10


Testimoni Cutera Laser Genesis


Testimoni Cutera Laser Genesis

Celebrity Review


Celebrity Review

Anda juga boleh membaca Celebrity Review yang lain di http://thesuisseclinic.com/celebrity-reviews/

Harga Cutera Laser Genesis

 Harga untuk satu kali rawatan laser ini adalah RM800


Kepada anda di Luar sana yang berminat untuk menjalani rawatan ini sila layari website dan laman sosial atau boleh hubungi mereka seperti maklumat yang tertera di bawah.







Untuk Maklumat Lanjut :


Suisse Clinic Sdn Bhd (1091050-V)
Unit A-M-2, Mezzanine Floor,
Northpoint Offices, Mid Valley City,
No. 1 Jalan Medan Syed Putra Utara,
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

  +603 2283 6886
 +6012 369 0882
 enquiries@thesuisseclinic.com











0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve