Lazada Online Revolution 2017


Dah lama rasanya Cik iena tak join Blogger Contest . Tapi kali ni nak join  Lazada Online Revolution Blogger Contest . Sebelum Cik iena menjawab soalan-soalan untuk contest ni Cik iena ceritakan Terlebih dahulu mengenai Lazada Online Revolution.


Lazada Online Revolution


Lazada Online Revolution


Apa itu “ONLINE REVOLUTION” Lazada


“ONLINE REVOLUTION” Lazada adalah acara menjual dan membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.

Lazada Online Revolution


Lazada memulakan “ONLINE REVOLUTION” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “ONLINE REVOLUTION” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara.




Okay cik iena nak jawab soalan contest ni :)




Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?



Sudah pasti cik iena lupa barang apa yang cik iena beli secara online kerana cik iena semamngnya membeli barang secara online termasuk perabut . Jadi untuk soalan ini cik iena  sertakan artikal pertama cik iena mengenai barangan Lazada yang cik iena beli iaitu http://www.ienaeliena.com/2014/11/skg-garment-steamer-ss99-purple-from.html

Cik iena beli ni pun semasa LAzada Online Revolution 2014 .  Sebelum ni lazada boleh view order yang lama-lama . tapi sekarang setakat tahun 2017. Jadi cik iena tak dapat nak tunjuk barang apa yang pertama sekali cik iena beli. Yang pasti bukan Steam iron ni la .



Which types of products would you prefer buying online?


Barangan elektrik, gadget , makanan kesihatan tambahan, dan perabot kecil .  Kalau boleh barang dapur pun cik iena nak beli online di sebabkan faktor kekangan masa. Almaklumlah kerjaya sebagai seorang programmer dan part time blogger memang sangat sibuk T___T


What to you love about online shopping?

Apa yang cik iena suka tentang Online Shopping adalah ianya sangat memudahkan cik iena dan menjimatkan masa serta duit petrol. Hanya menggunakan perbankan internet untuk pembayaran. Sangat mudah .

Untuk pengetahuan sangat banyak barangan yang cik iena beli secara online di lazada termasuklah tv, chrome cast, peti ais, mesin basuh, oven, microwave, pengukus, katil, tilam, supplement, gadget, ring light, light nox dan banyak lagi . Boleh baca artikal cik iena berkaitan lazada atau shopping barangan lazada  di http://www.ienaeliena.com/search/label/lazada


Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?


Kalau ikut hati sangat banyak. Untuk Online revolution versi 11.11 antara barangan yang cik iena beli adalah :

shopping item online revolution 2017 versi 11.11
shopping item online revolution 2017 versi 11.11

shopping item online revolution 2017 versi 11.11
shopping item online revolution 2017 versi 11.11


Ehh bila tengok senarai order in 2017 ni dah 4 pages :D . Boleh tahan cik iena shopping online


Untuk Online revolution 12.12 cik iena nak beli  semua ni kalau boleh . hahah banyak kan whishlist. Tapi tak boleh tamak. Banyak komitmen tak boleh boros sangat.



whishlist online revolution 2017 versi 12.12
whishlist online revolution 2017 versi 12.12


Maka dengan itu yang harus cik iena beli pada sales 12.12 adalah Lenovo IdeaPad 120S-11IAP 11" Laptop 81A400ALMJ (Intel® Celeron® N3350 Processor) - Denim Blue 



 Lenovo IdeaPad 120S-11IAP 11" Laptop 81A400ALMJ (Intel® Celeron® N3350 Processor) - Denim Blue


Kalua ikut hati nak pink tapi takde pink . Cik iena nak beli latop ni sebab pertama sekali terjebak dengan Neyra. Dia pakai laptop ni tapi yang memory 2G, yang ni 4G . Cik iena tengok neyra bawak kemana-mana event mudah, ringan je .

Laptop cik iena sekarang besar sedikit dan agak berat. So dengan adanya laptop ni nanti boleh lah cik iena update blog di mana-mana sama macam neyra  :)

Cik iena harap harga laptop tersebut pada 12.12 akan lebih murah atau ada voucher code yang boleh digunakan utuk dapatkan harga yang murah :)


Wokay cik iena dah jawab semua soalan. Semoga cik iena bertuah yeayyy. Kalau bertuah boleh lah shopping banyak barang lagi. Laptop tu memang dah ada dalam whishlist must buy item. Diharapkan dapat lah diskaun lagi. PM tepi voucher code plz lazada (^_~)

Okay korang jangan lupa terjah  https://www.lazada.com.my/online-revolution/


 Kepada kawan-kawan blogger yang lain jom join Lazada Online Revolution Blogger contest . Mana tau ada rezeki :)

Lazada Online Revolution Blogger contest





0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog