Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur


Dimsum merupakan masakan China khas Canton atau Hokkien yang dihidangkan dengan hidangan kecil. Makanan bite size yang digelar Dim Sum ini sememangnya tidak lekang untuk dikaitkan dengan hidangan masakan tradisi orang Cina.


Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur


Ia merupakan sebuah hidangan ringkas berinti yang mempunyai rasa yang unik. Cara memasak Dim Sum pula  menggunakan teknik mengukus, mengoreng minyak penuh, malah boleh juga dibakar sehingga kulitnya ranggup dan berwarna keemasan.


Jika mengikut cara tradisi dan budaya orang Cina, Dim Sum lazimnya dihidang dalam bakul raga yang diperbuat daripada kayu buluh bersama secangkir teh sebagai pelengkap. Memakan Dim Sum adalah perbuatan yang merujuk kepada perbuatan berkongsi rasa gembira dan nikmat makanan bersama dengan yang tersayang.




Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur



Di Malaysia sendiri, hidangan Dim Sum kini dilihat semakin mendapat sambutan dari masyarakat tempatan. Dengan adanya beberapa restoran sekitar Kuala Lumpur yang menyediakan Dim Sum halal, makanan ini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.


Kebiasaannya Cik iena makan Dim Sum di Dolly Dim Sum dan Restoran-restoran biasa tapi berbeza kali ini di Hotel bertaraf 5 Bintang iaitu di  Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Ini merupakan pengalaman yang bermakna buat Cik iena dan keluarga .



Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur


Celestial Court di Sheraton Imperial Kuala Lumpur merupakan restoran mewah cina yang menawarkan kepelbagaian menu Dim Sum . Ia merupakan “Best Chinese Restaurant” at Time Out KL Food Awards 2012 yang telah di undi oleh pembaca majalah Time Out KL.

Celestial Court adalah sebuah Restoran Kantonis besar yang dihiasi dengan artifak dan karya seni kontemporari eksklusif yang mencerminkan keanggunan dan kemegahan dinasti diraja China.
Antara menu masakan yang Cik iena cuba di Celestial Court , Sheraton Imperial Kuala Lumpur adalah seperti  :-
  1. Double boiled chicken soup with mini whole abalone and mushroom
  2. Wok Fried Chili Crab
  3. Crystal Spinach Dumpling With Prawn n Scallop
  4. Bean Curd Rolls in Abalone Sauce
  5. Celestial Court "Siew Mai"
  6. "Har Kao" with Kai Lan
  7. Steamed Bun With Honey Barbecued Chicken
  8. Combination of stuffed "Yong Tou Foo" with black Bean Sauce
  9. Signature Bread
  10. Imperial "Jiao Zhi" with sun dried scallop and winter melon served in chicken consomme
  11. Chicken Porridge
  12. Fish Porridge
  13. Peking Duck Roll
  14. Signature Roasted Duck
  15. Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo
  16. Deep Fried Wanton served with sweet and sour sauce
  17. Stir Fried Asparagus With Belacan Paste
  18. Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce
  19. Stir Fried Prawn with Mushroom and Capsicum in Hot Bean Sauce
  20. Poached Seasonal Vegetable With Crab Meat And Roe
  21. Bean Curd Rolls With Shrimps and Cheddar Chesse
  22. Crispy Banana Fritters With Pandan Lotus Paste
  23. Pan fried radish cake
  24. Egg Custard Bun
  25. Dessert






Double boiled chicken soup with mini whole abalone and mushroom
Double boiled chicken soup with mini whole abalone and mushroom
 Sejujurnya ini pertama kali cik iena makan Double boiled chicken soup with mini whole abalone and mushroom. Rasa unik, rasa akar kayu. Walaupun rasa pelik sebab tak biasa makan tapi Cik iena makan sampai habis sebab ia mempunyai Khasiat yang banyak okay . Jangan membazir. Mahal tau :)




Wok Fried Chili Crab
Wok Fried Chili Crab

Wok Fried Chili Crab   merupakan salah satu menu kesukaan cik iena. Bukan sahaja Cik iena, mak dan adik-adik juga. Cik iena tak sempat makan dah habis . Cik iena baru rasa siket je sebab tengah makan makanan lain. Sekali nak sambung makan. Awakkkkkkkkkkkkkkkkkkk dah habis . Sedap sangat tau . Si kecik makan comot-comot tak tengok kiri kanan  sampai dia tak tinggalkan untuk kakak dia ni T___T

Crystal Spinach Dumpling With Prawn n Scallop
Crystal Spinach Dumpling With Prawn n Scallop

Ini antara menu yang Cik iena suka . Haa yang macam ni Cik iena suka sangat kalau nak banding yang goreng-goreng. . Crystal Spinach Dumpling With Prawn n Scallop ni memang sedap.



Bean Curd Rolls in Abalone Sauce
Bean Curd Rolls in Abalone Sauce

Bean Curd Rolls in Abalone Sauce ni Cik iena biasa makan dan sedap. Sama macam yang pernah Cik iena makan sebelum ni . 


Celestial Court "Siew Mai"
Celestial Court "Siew Mai"

Celestial Court "Siew Mai" ni mesti Cuba . Memang sangat Sedap. Ianya merupakan salah satu menu kegemaran Cik iena di sini . Ni Cik iena dan keluarga makan sorang satu tapi sejujurnya macam tak cukup satu sebab memang selera Cik iena :)


"Har Kao" with Kai Lan
"Har Kao" with Kai Lan


"Har Kao" with Kai Lan pun merupakan salah satu menu kegemaran Cik iena. Seperti Cik iena maklumkan Cik iena suka yang steamed. Sebab ianya tak muak .



Steamed Bun With Honey Barbecued Chicken
Steamed Bun With Honey Barbecued Chicken

Steamed Bun With Honey Barbecued Chicken merupakan kegemaran Si Bongsu .  Yang ni Cik iena tak berapa gemar tapi roti pau dia lembut. Elok makan panas-panas memang umph kata adek bongsu :)



Combination of stuffed "Yong Tou Foo" with black Bean Sauce

Combination of stuffed "Yong Tou Foo" with black Bean Sauce pun kombinasi Yong Tou foo yang sesuai dan menyelerakan di tambah dengan Black Bean Sauce.  Deknor memang suka ni . Dia habiskan tau :)



Roti ni makan dengan Wok Fried Chili Crab
Signature Bread

Roti ni makan dengan Wok Fried Chili Crab  sedap tau . Lembut sangat roti dia.  Di hidangkan panas-panas. Tapi walaupun dah tak panas masih lembut lagi . Suka sangat .




Imperial "Jiao Zhi" with sun dried scallop and winter melon served in chicken consomme
Imperial "Jiao Zhi" with sun dried scallop and winter melon served in chicken consomme

Cik iena memang suka menu-menu sup ni . Imperial "Jiao Zhi" with sun dried scallop and winter melon served in chicken consomme pun menjadi pilihan Cik iena. Anda semua pun mesti cuba.



Chicken Porridge
Chicken Porridge

Okay yang ini , Chicken Porridge Cik iena yakin semua biasa makan . Tapi Chicken Porridge di sini ada kelainan dan rasanya lain sedikit sebab dia ade macam wanton goreng ke apa, atau mungkin sayur fucuk goreng. Cik iena pun tak pasti apa tapi bila gigit memang sedap.



Fish Porridge
Fish Porridge

Kebiasaannya di kedai ada Fish Porridge sahaja kan. Jarang ada Fish Porridge tapi berbeza di sini. Terdapat Fish Porridge yang menarik untuk anda cuba.



Peking Duck Roll
Peking Duck Roll

Memandangkan Cik iena tak makan itik. Peking Duck Roll ni adek dan mak yang makan . Buat penggemar itik mesti cuba tau . Tapi Si kecik lebih suka Signature roasted duck.



Signature Roasted Duck
Signature Roasted Duck

Signature Roasted Duck merupakan menu kegemaran Adek bongsu . Dia siap request nak tapau balik . Cik iena tak makan Itik  tapi mak dan adek bongsu makan . Menurut Puan ibunda daging itik nya lembut dan terasa perapan pada daging nya. Memang sesuai dimakan untuk penggemar Itik .


Signature Roasted Duck
Signature Roasted Duck kegemaran adik, dia makan pelahap tak perasan kakngah dah lama usha dia

Signature Roasted Duck sedap cenggini arif kata
Signature Roasted Duck sedap cenggini arif kata



Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo
Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo

Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo merupakan antara menu kegemaran Cik iena . Kebiasaannya makan makanan goreng Cik iena cepat kenyang dan muak. Berbeza dengan Sesame Prawn Served With Minced Nutmeg And Mayo ni . Cik iena suka sangat. Mungkin sebab padanan Sos yang enak. Sos dia rasa tak dapat di gambarkan tapi sedap .


Deep Fried Wanton served with sweet and sour sauce
Deep Fried Wanton served with sweet and sour sauce
Deep Fried Wanton Ni sedap cuma bila dah terlalu banyak makan. Makan satu je dah kenyang sebab dia di gorang. Tapi bila makan dengan sweet and sour sauce tu tak muak sangat . Cik iena lebih gemar Steamed wanton dari Fried Wanton. Kalau steamed tu memang banyak boleh makan. Deep Fried Wanton served with sweet and sour sauce ni adek bongsu Cik iena suka makan . Budak-budak memang suka makanan bergorang-goreng ni :)



Stir Fried Asparagus With Belacan Paste
Stir Fried Asparagus With Belacan Paste


Stir Fried Asparagus With Belacan Paste antara menu yang sangat Cik iena suka . Memang terasa umph belacan dia tau .Belacan yang ditumis bersama bawang dan cili serta ada resepi rahsia barangkali sebab sedap lain macam . Ditambah dengan sayur Asparagus kegemaran Cik iena. Memang terangkat habaq hang (^_~)




Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce
Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce

Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce merupakan antara menu yang paling Cik iena gemari .  Ayam dengan Sos Thai dan bawang segar terasa sangat ala-ala makan di Thailand . Cik iena penggemar makanan Thailand sebenarnya jadi Deep Fried Chicken Steak With Thai Sauce memang 100% menepati citarasa :)



Stir Fried Prawn with Mushroom and Capsicum in Hot Bean Sauce
Stir Fried Prawn with Mushroom and Capsicum in Hot Bean Sauce


Stir Fried Prawn with Mushroom and Capsicum in Hot Bean Sauce merupakan menu kegemaran Cik iena . Cik iena memang suka sayur sayuran dalam tu . 



Poached Seasonal Vegetable With Crab Meat And Roe
Poached Seasonal Vegetable With Crab Meat And Roe

Okay sejujurnya yang ini tak kene dengan tekak Cik iena . Tapi pada yang suka ketam boleh cuba. Sebab sangat banyak isi ketam tau dekat Poached Seasonal Vegetable With Crab Meat And Roe ni.




Bean Curd Rolls With Shrimps and Cheddar Chesse
Bean Curd Rolls With Shrimps and Cheddar Chesse


Bean Curd Rolls With Shrimps and Cheddar Chesse salah satu kegemaran Cik iena. Biasalah Cik iena penggemar Cheese tapi Cik iena tak boleh makan banyak sebab makanan goreng-goreng ni kenyang . tambahan lagi banyak makanan yang perlu Cik iena cuba. Terangkat bertul makan cheese dia (^_~)

 

Crispy Banana Fritters With Pandan Lotus Paste
Crispy Banana Fritters With Pandan Lotus Paste

 Crispy Banana Fritters With Pandan Lotus Paste menu yang menarik. Cik iena tak pernah makan . Lotus paste tu sedap .


Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Maaf , yang ni Cik iena lupa nama :)



Pan fried radish cake
Pan fried radish cake


Pan fried radish cake merupakan kegemaran adik bongsu . Dia makan semua tapi Cik iena dapat rasa.  Padanan radish cake dengan sos yang sedap. Macam sos thai tapi bukan.

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court


Maaf semua Cik iena lupa teruk nama desert yang Cik iena makan kecuali Egg Custard Bun . Tapi yang pasti semuanya sedap dan menyelerakan . Terlalu banyak menu sampai ke bahagian desert memory full . Minta maaf ye Cik iena dah tua hahaha..

 

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

Egg Custard Bun
Egg Custard Bun

Egg Custard Bun
Egg Custard Bun

Okay ini memang menu kegemaran Cik iena . Cik iena suka makan Egg Custard Bun kalau pergi makan dimsum dekat mana-mana kedai . Kebiasaannya kedai dimsum ade jual la Egg Custard Bun ni.



 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court

 Desert di Dim Sum Brunch, Celestial Court




Wokay selesai makan . 

Disebabkan Cik iena terlalu kenyang jadi tak banyak ambil gambar di sekitar restoran . Cuma yang ada yang di bawah ni .



Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur



Terima kasih Celestial Court Sheraton Imperial Kuala Lumpur Sudi menerima kunjungan Cik iena dan keluarga . Pada asalnya jemputan hanya untuk berdua. Kebiasaannya mana-mana food review hanya boleh bawa plus one .

Kebetulan pada tarikh yang di jemput Mak dan adik Bongsu bercuti di rumah Cik iena di Kuala Lumpur. Jadi tak manis la Cik iena tinggalkan Puan Ibunda. Terima kasih kerana pihak Celestial Court sangat memahami .


Dim Sum Brunch, Celestial Court - Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Arif kata dia suka sangat makan dekat sini sebab makanan sedap dan ada badut yang menghiburkan arif dan bagi dua belon dekat arif..




Rating

Food Taste : 10/10
Food Presentation : 8/10
Staff : 10/10
Cleanliness : 10/10
Restaurant Decoration : 9/10



Okay kepada anda yang nak pergi dalam masa terdekat ni ada promosi Chritmas  seperti di bawah.

An Imperial Christmas 24TH & 25TH DECEMBER 2017


Celestial Court menawarkan masakan Kantonis yang elegan dan hidangan yang menggunakan bahan-bahan segar serta menghasilakn makanan yang lazat dan segar.

  • Christmas Eve Set Dinner (24th December 2017) at RM158 nett per person
  • Christmas Day Dim Sum Brunch (25th December 2017) at RM138 nett per person


Untuk Maklumat Lanjut mengenai promosi terkini Layari :

http://www.sheratonimperialkualalumpur.com/celestialcourt


Business Hour Dim Sum Brunch, Celestial Court


Cuisine       : Chinese
Setting       : Classic Chinese Restaurant
Dress Code : Smart Casual

Dim Sum Ala Carte Lunch
Mon - Fri (12.00 p.m - 2.30 p.m)

Imperial Dim Sum Brunch
Sat - Sunday & Public holidays (10.30a.m - 3.00 p.m *)
*Hours are subject to change during public holidays

Ala Carte Dinner
Mon - Sun (6.30 p.m - 10.00 p.m)

Phone : +603 2717 9988,  +60 32717 9900
Website : www.celestialcourtrestaurant.com
Email     : Celestialcourt.imperial@sheraton.com







7 comments:

  1. Akak pernah makan dimsum di Thailand. Di Malaysia belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  2. The act of taking reservations is the center of any eatery business. This is precisely why online eatery table reservations are seeing such notoriety. rib crib sherman tx

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve