Grab The Promo

Lagu Sedih Filem Pinjamkan hatiku

Hai semua, dah tonton Filem PINJAMKAN HATIKU ? Cik iena yakin pada yang sudah menonton filem PINJAMKAN HATIKU,  pasti ramai yang tercari-cari salah satu dari lagu OST Pinjamkan hatiku yang sangat menyentuh perasaan terutama ketika dinyanyikan semasa kedua-dua hero dan heroin sedang sakit .

Filem Pinjamkan hatiku


Cik iena sendiri menangis tiap kali lagu ni di mainkan. Sedih banget tau ..
Lagu ni cik iena tak pasti tajuknya tapi cik iena suka sangat lagu yang menyentuh perasaan ni

Okay ni lirik dia dan video yang cik iena jumpa. Full song masih tak jumpa lagi.





Lirik Lagu Sedih Filem Pinjamkan hatiku



Matamu....
Bersinar bagai pelangi
Ingin ku lukis wajah mu
Buat peneman mimpi

Izinkan aku pinjam hati mu
Agar dapat ku rasa Bagaimanakah cinta .
Rela....
ku serahkan seluruh hati ku
Selama mana yang termampu
Cinta ini hanya untuk kamu
Biarpun hanya seketika
Untuk kita berdua
Untuk kita berdua



Yeay New Update : Ayda jebat record video lagu ni. Bestnya awakkkkkkkkkk . Okay Tajuk Dia Bagai Pelangi :)

Video Lagu Sedih Filem Pinjamkan hatiku





Selain lagu ini lagu terdapat dua lagu utama OST PINJAMKAN HATIKU


WAHAI ANGIN BAWA AWAI ITU PERGI KERANA AKU INGIN LIHAT SANG PELANGI



Penyanyi : Ayda Jebat & Adi Priyo
Judul Lagu : Pinjamkan Hatiku
Lagu & Lirik : Nurzaidi Abdul Rahman
Album: OST. Pinjamkan Hatiku
Label : Paranormal Records

Lirik Pinjamkan Hatiku by Ayda Jebat & Adi Priyo - OST Filem Pinjamkan Hatiku



Ini Bukan Lagu Cinta Kita Yang Dulu
Saat Itu Ku fikirkan Cinta Matiku,
Namun Kini Ternyatalah Hatiku Milik Dia
Bukan Engkau Seperti Ku Sangka.

Mudahnya Kau Lepaskan Kata-kata Mu
Tak terfikirkan Tergores Perasaan Ku,
Yang Selamanya Mencinta
Sedikitpun Tak Berubah
Kau Memang Sebegitu Saja.

Memang Salah Diriku,
Tak Peduli Perasaanmu
Yang Seharusnya Tahu Tak Lagi Dihatiku,

Tak layak kau Miliki Cinta Yang Suci
Kan Kini Dan Hingga Selamanya,

Ku Simpankan Semua Detik Terindah
Dalam Kenangan Cinta
Kerana Masa Telah Merubah Jiwa
Kita Harus Terima Begini Suratannya.

Tolong Maafkan
Mudah bagi Dirimu.

Ku Simpankan Semua Detik Terindah
Dalam Kenangan Cinta,
Kerana Masa Telah Merubah Jiwa
Kita Harus Terima Begini Suratannya.

Kerana Masa Telah Merubah Jiwa
Kita Harus Terima Begini Suratannya,


Ini Bukan Lagu Cinta Kita Yang Dulu
Saat Itu Ku fikirkan Cinta Matiku,

Namun Kini Ternyatalah
Hatimu Milik Dia
Bukan Aku Seperti Ku Sangka.
Tolong Maafkan Aku
Mudah Bagi Dirimu





Video Pinjamkan Hatiku By Ayda Jebat & Adi Priyo - OST Filem Pinjamkan Hatiku











Penyanyi : Hafiz Suip
Judul Lagu : Lepaskan Pergi
Album: Single
Label : Paranormal Records

Lirik Lepaskan Pergi by Hafiz Suip OST Filem Pinjamkan Hatiku


aku akan pergi dulu
sudah tertulis sebegitu
kau simpan lah semua kenangan
untuk kau teruskan perjalanan
usap airmatamu
ukirkan senyuman di bibirmu
cinta kita dibataskan masa
kau harus bangkit semula

hatiku yang pernah ku pinjamkan
ku ambil kembali tuk bawa pergi
sakit ini tiada tertahan
t’lah sampai waktunya, engkau relakan

kubawa cintamu ke akhirnya
hanya yang kupinta kau lepaskanlah
lepaskanlah.. aku pergi

hatiku yang pernah ku pinjamkan
ku ambil kembali tuk bawa pergi
sakit ini tiada tertahan
t’lah sampai waktunya, engkau relakan

kubawa cintamu ke akhirnya
hanya yang kupinta kau lepaskanlah
lepaskanlah.. aku pergi

aku akan pergi dulu
sudah tertulis sebegitu
kau simpanlah semua kenangan
untuk kau teruskan perjalanan


Video Lepaskan Pergi by Hafiz Suip OST Filem Pinjamkan Hatiku











Filem Pinjamkan Hatiku 2017


Filem Pinjamkan Hatiku diterbitkan oleh AURAWHITE GLOBAL SDN BHD dan kerjasama NUANSA  PRODUCTION ini di bawah arahan Osman Ali yang popular dengan filem seperti Anak Halal, Ombak Rindu dan Jwanita.

Profil Filem Pinjamkan Hatiku 2017


Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Ayda Jebat sebagai Laila Safitri, Shaheizy Sam sebagai Naufal, Farid Kamil sebagai Hasnan, Lia Natalia sebagai Latifah, Normah Damanhuri,
Tarikh Tayangan : 30 November 2017

Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku 2017


Dikisahkan di filem ini bahwa Laila Safitri [Ayda Jebat] berdepan dilema untuk memilih antara kawan lama, Naufal [Shaheizy Sam] atau Doktor Hasnan [Farid Kamil] yang merawat Naufal ketika sakit.

Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain.

Gelak tawa dan riang bersama menjadi makanan harian mereka sehingga datangnya seorang pemuda yang bernama Dr.Hasnan yang merubah segala corak cerita cinta Laila dan Naufal.
Apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Berjayakah Dr. Hasnan memaut hati Laila Safitri sedangkan hati Naufal ada apa Laila?


‘Setiap Degup Jantung Ini Milik Kamu”


Filem Pinjamkan hatiku
Behind the scene Filem Pinjamkan hatiku



Sepanjang pembikinan filem ini, pelbagai halangan terpaksa ditempuhi oleh kru bertugas dan para pelakon. Memanjat bukit dan hutan seawal jam 4 pagi bagi merakamkan pelangi sebenar di Air Terjun Pelangi, pelakon Ayda Jebat dan yang lain mengalami beberapa kecederaan merupakan salah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan.


Behind the scene Filem Pinjamkan hatiku
Behind the scene Filem Pinjamkan hatiku


Selain daripada itu, dimaklumkan bahawa seorang kru audio (audio man) juga meninggal dunia dalam  kemalangan sewaktu menyudahkan penggambaran filem ini. Al-Fatihah buat Arwah Azmir Sharim. Diharapkan, segala penat lelah duka lara yang dihadapi berbaloi dan memberikan sesuatu yang luar biasa kepada penonton yang akan menyaksikan Pinjamkan Hatiku di layar lebar.



Review Filem Pinjamkan Hatiku

Filem Pinjamkan hatiku


yeay macam tak percaya je cik iena beli tiket pergi tengok wayang dengan adik-adik. Biasanya pergi Movie review. Hari pertama di tayangkan cik iena pergi okay. haha ni sebab cik iena rasa tertanya-tanya apakah cerita di sebalik MV Pinjamkan hatiku dari Ayda jebat and Adi Priyo yang cik iena selalu tengok hari-hari.

Biar betul hari-hari. ya hari-hari. Macam  berhantu pulak lagu tu. Maka di sebabkan itu cik iena pergi tegok filem ni dengan adik-adik. Dan Tak Rugi beli tiket haha.Selalu free je kan. Okay lah untuk seketul perempuan jiwang macam cik iena ni, cik iena suka filem romantis ni .

Memang menangis je dari pertengahan cerita. Asal lagu sedih tu keluar iena mesti nangis lagi-lagi kalau time laila dan naufal nyanyi masa dua-duanya terlantar sakit. Sedih banget T____T

Balik dari tengok movie nak cari lagu tu tapi tak sempat sebab sibuk dengan majlis perkahwinan sepupu. Bila balik KL semula baru cari :)

Filem Pinjamkan hatiku



Rating 

8/10


Jemput baca artikel mengenai misi menjejak air terjun pelangi oleh cik iena di http://www.ienaeliena.com/2018/02/air-terjun-pelangi-sungai-lembing-pahang.html


6 comments:

  1. best cerita ni, nak menitik jugak la nasib baik tahan je.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan :)
      hehe iena memang nangis..tak boleh tahan
      kene gelak dengan adik2..
      time nak balik tu malu nak kelaur awal haha

      Delete
  2. Matamu.... bersinar bagai pelangi
    Ingin ku lukis wajah mu
    Buat peneman mimpi
    Izinkan aku pinjam hati mu
    Agar dapat ku rasa
    Bagaimanakah cinta
    .
    Rela.... ku serahkan seluruh hati ku
    Selama mana yang termampu
    Cinta ini hanya untuk kamu
    Biarpun hanya seketika
    Untuk kita berdua
    Untuk kita berdua

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy tq bg lirik full
      nty iena update..
      suka sangat lagu ni..kalau dengar yg video iena letak ni versi happy..
      masa dorang nyanyi time memasing sakit tu..
      meleleh air mata T____T
      hishh cengeng iena ni :(

      Delete
    2. haha sama sama..
      nak kredit ke?
      letak je name arm azman, do follow my ig.
      haha puih

      Delete
  3. Sedih cite ni...Best gile cam nk tgk tiap² ari
    Lai

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve