Buy 3 Free 3 Sunway Lagoon Theme Park Ticket

Cuti Sekolah pasti lebih menyeronokkan jika kita bawa keluarga bercuti atau ke taman tema untuk berhibur. Sekali sekala bawa keluarga berhibur dan bergembira akan lebih mengeratkan sillaturrahim. Baru-baru ini Cik iena dan Keluarga meluankan masa bersama di Sunway Lagoon.


Sunway Lagoon Theme Park Ticket


Sebelum ini keluarga kakak ke taman tema Air di Bangi  dan anak-anaknya bercerita pada adik bongsu . Macam biasalah budak-budak bila dengar dia pun rasa nak pergi. Dia tanya bila nak bawa Arif mandi Kolam ?. Kebiasaannya Cik iena bawa bercuti di Hotel yang ada Swimming Pool dan biarkan dia mandi di Pool.

Kali ni dia request taman tema macam anak buah dia pergi. Maka dengan itu Cik iena bawa Arif ke Sunway Lagoon . Suka tak terkata dia. Bersemangat je masa kakngah jemput dia dari Kampung. Kami tiba di Sunway Lagooon sewal jam 9.40 pagi tapi kaunter sudah pun penuh. Jadi kepada anda di luar sana di nasihatkan datang lebih awal pada yang masih belum membeli tiket.


Sunway Lagoon Theme Park Ticket


Untuk pengetahuan anda Promosi yang sangat mendapat sambutan sekarang adalah  Buy 3 Free 3 Sunway Lagoon Theme Park Ticket di mana anda membeli 3 Tiket Dewasa dan anda akan mendapat 3 tiket dewasa lagi secara percuma. Untuk mengetahui lebih lengkap teruskan membaca okay :)

Sebelum itu Cik iena kongsikan apa yang menarik di Sunway Lagoon.


Sunway Lagoon Attraction


Sunway Lagoon Theme Park Ticket

Untuk pengetahuan anda terdapat banyak tempat menarik  di Sunway Lagoon . Antaranya  adalah

  1. Nickelodeon Lost Lagoon 
  2. Sunway Lagoon Water Park 
  3. Sunway Lagoon Amusement Park
  4. Sunway Lagoon Wildlife Park
  5. Sunway  Lagoon Scream Park
     
Diantara ke lima-lima tempat yang Cik iena nyatakan diatas Cik iena cuma sempat ke
  • Pedestrian Suspension Bridge di Sunway Lagoon Amusement Park
  • Spongebon Splash , Splish Splash dan Primeval di Nickelodeon Lagoon.
  • Surf Beach di Sunway Lagoon Waterpark
  • Sunway Lagoon Wildlife Park

Sunway Lagoon Theme Park Ticket



Sangat banyak tempat yang Cik iena tak sempat terokai sebenarnya . Memandangkan Cik iena datang bersama adik yang berusia 6 tahun seharusnya Cik iena mengalah untuk memenuhi kehendak Si Bongsu terlebih dahulu. Jadi Cik iena tak sempat nak jalan kesemua tempat di Sunway Lagoon.

Insya Allah jika ada rezeki Cik iena akan datang sekali lagi bersama teman pula supaya Cik iena dapat Explore semua tempat di sini.



Sunway Lagoon Theme Park Ticket


Sebelum Cik iena kongsikan gambar-gambar bersama keluarga sepanjang berada di Sunway Lagoon baru baru ini, Cik iena kongsikan terlebih dahulu tempat-tempat menarik yang ada di Sunway Lagoon.



Nickelodeon Lost Lagoon 


Nickelodeon Lost Lagoon
Kunjungi Nickelodeon Lost Lagoon dan anda pasti terpesona dengan  tempat yang dikelilingi oleh hutan hujan semulajadi yang subur. 

Pengembaraan  anda pasti menarik semasa anda menerokai kawasan fantasi ini yang penuh dengan permainan air yang besar dan taman permainan air.

Terdapat juga laluan berjalan kaki berkanopi dan laluan melayari serta terdapat  air terjun yang indah dan tapak perkhemahan rekreasi. 

Terletak di tengah-tengah 10 ekar hutan hujan tropika yang rimbun dengan lebih daripada 12 rides dan atraksi yang menarik dan menyeronokkan serta mesra keluarga dan sesuai untuk  semua peringkat umur.

Antara tempat yang menarik di Nickelodeon Lost Lagoon adalah
  1. SpongeBob Splash Adventure
  2. Monsoon 360
  3. Jungle Fury
  4. Kubarango
  5. Splish Splash
  6. Primeval
  7. Hippo Valley
  8. Wonder Steps
  9. Explorer’s Campsite
  10. Explorers’ Trail

Show And Activity


Slime Time!
Time: Daily 4:00pm
Location: SpongeBob Splash Adventure

Nickelodeon Characters Meet & Greet


SpongeBob & Patrick

Time: 12:00pm – 12:20pm
           5:30pm – 5:50pm

TMNT And Asia’s First Shellraiser

Time: 12:30pm – 12:50pm
             4:40pm – 5:00pm

Dora the Explorer & Boots

Time: 2:00pm – 2:20pm


Sunway Lagoon Water Park



Sunway Lagoon Water Park

Rasai pengalaman yang lebih mencabar dari the Waters of Africa di Sunway Lagoon!  Rasai putaran di the loops of the African Pythons, atau anda boleh juga berlumba bersama rakan-rakan anda dalam  adrenalin-pumping ride head .  Anda juga boleh melakukan pendakian Cameroon, turun 15 meter kemudian menembak kembali 8 meter untuk keseronokan yang berpanjangan.

Antara tempat yang menarik di Sunway Lagoon Water Park adalah

  1. Vuvuzela
  2. Little Zimbabwe
  3. Waterplexx 5D
  4. Surf Beach
  5. Surf  Pool
  6. African Phyton
  7. Congo Challenge
  8. Cameroon Climb
  9. Giant Tipping Bucket
  10. Kalahari Kids
  11. Lake Kariba
  12. Wave Pool
  13. Zamberi River and victoria Falls

Show And Activity

Waves of Fun

Time: Daily 4:00pm
Location: Surf Beach

Surfing

Time: 6:30pm – 7:00pm
Location: Surf Pool

Sunway Lagoon Amusement Park

 

Sunway Lagoon Amusement Park


Selain mandi-manda anda juga boleh Pergi ke Sunway Lagoon Amusement Park untuk pengembaraan yang hebat. Lihat pemandangan indah keseluruhan kawasan Sunway Lagoon di Malaysia’s Longest Pedestrian Suspension Bridge (Jambatan Suspensi Pedalaman Terpanjang Malaysia).

Selain itu anda juga boleh melihat dunia terbalik apabila anda berputar 360 darjah pada Tomahawk dan Revenge Pirate.



Antara tempat yang menarik di Sunway Lagoon Amusement Park adalah


Non-Stop Fun And Games :-

  1. Carousel
  2. Captain Kids’ Candyland
  3. Fun World

World Of Adventure :-

  1. Pirate’s Revenge
  2. Pedestrian Suspension Bridge
  3. Lost City of Gold Scream Coaster

It’s The Wild, Wild West! :-

  1. Butch Cassidy Trail
  2. Colorado Splash
  3. Grand Canyon River Rapids

Sunway Lagoon Wildlife Park


Sunway Lagoon Wildlife Park


Merupakan Malaysia's Zoo yang terdapat di Sunway Lagoon di mana anda dapat melihat lebih daripada 150 spesies haiwan dari seluruh dunia di Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon atau Sunway Lagoon Wildlife Park.

Tarikan zoo yang interaktif sepenuhnya, dari perjalanan pembelajaran melalui Wildlife Encounters yang unik.Selain daripada itu anda juga akan di hiburkan oleh bintang-bintang dan haiwan yang berbakat di Teater Hidupan Liar .

Anda juga berpeluang memberi makan dengan sendiri kepada haiwan tertentu di the Pet Village atau Kampung Pet. Terdapat pelbagai aktiviti pendidikan dan aktiviti menarik yang lain untuk anda sekeluarga di sini.


Antara tempat yang menarik di Sunway Lagoon Wildlife Park adalah :-

  1. Tiger Land
  2. Enchanting Exhibits
  3. Wild Encounters
  4. The White Lion Kingdom
  5. Aviary
  6. Bird Savannah
  7. Jungle Trail
  8. Koi Pond
  9. Lake
  10. New Word Monkey
  11. Tree Top Terrace
  12. Pet Village
  13. Rimba
  14. Multi Animal Show


Wildlife Multi-animal Show


Time: 3:00pm to 3:15pm
Location: Wildlife Theatre


Sunway Lagoon Extreme Park


Sunway Lagoon Extreme Park





Extreme Park sangat sesuai untuk anda penggemar aktiviti lasak.  Jangan lupa rasakan pengembaraan udara dengan menaiki Flying Fox terpanjang di Malaysia  dan melompat ke tahap yang lebih hebat dan extreme dengan Jump Bungee.  Selain itu boleh juga menaiki Go Kart atau ATV untuk memeriahkan lagi lawatan anda kesini.

Antara tempat yang menarik di Sunway Lagoon Extreme Park adalah :-


A Rush Of Adrenalin

  • Bungee Jump
  • G-Force X
  • Go Kart



Awesome Alternative Action

  • Paintball Target Shooting
  • Pedal Boating
  • Archery
  • ATV
  • Beach Volley Ball
  • Bungee Trampoline
  • Flying Fox
  • Kayak


Sunway  Lagoon Scream Park



Sunway  Lagoon Scream Park

Kepada anda yang meminati filem seram dan anda yang sukakan cabaran. Jangan lupa ke Sunway  Lagoon Scream Park bagi merasakan sendiri pengalaman seram di Sunway  Lagoon Scream Park ini.

Antara tempat menarik yang berada di Sunway  Lagoon Scream Park adalah :-

  • Ghostbusters Adventure-Live!
  • Nights Of Fright


Pengalaman Bersama  Keluarga di Sunway Lagoon Theme Park



Sunway Lagoon Theme Park

Sudah pastinya ini pengalaman yang sangat menyeronokkan untuk Cik iena dan keluarga terutamanya adik bongsu kerana sememangnya dia berharap dapat ke Taman Tema Air selepas melihat nak buah nya pergi ke Taman Tema air dan menceritakan tentang keseronokan di sana.


Sunway Lagoon Theme Park

Sepanjang di Sunway Lagon sebenarnya Cik iena banyak habiskan pergi tempat yang sesuai untuk kanak-kanak. Almaklumlah CIk iena bawa adik bongsu. Jadi tak berkesempatan untuk main game atau masuk rumah hantu.


Sunway Lagoon Theme Park

Kebanyakan tempat yang cik iena pergi adalah yang mesra kanak-kanak seperti  Spongebon Splash , Splish Splash dan Primeval di Nickelodeon Lagoon, Surf Beach di Sunway Lagoon Waterpark dan Sunway Lagoon Wildlife Park .



Sunway Lagoon Theme Park



Sunway Lagoon Theme Park

Sunway Lagoon Theme Park



Tapi Pedestrian Suspension Bridge di Sunway Lagoon Amusement Park  , mak dan adik bongsu tak ikut sebab tinggi nak mendaki tangga dan jambatan nya juga sangat panjang. Jadi masa ni mak dan adik tunggu di tempat lain.


Sunway Lagoon Theme Park


Sunway Lagoon Theme Park

Sunway Lagoon Theme Park

Sunway Lagoon Theme Park

Sunway Lagoon Theme Park

Okay sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak boleh letak semua dekat blog, meletup nanti haha..ok nak tengok gambar lagi boleh lihat di fanpage Cik iena Sunway Lagoo Theme PArk Album

Menarik kan? Walaupun Cik iena tak dapat explore semua tempat tetap seronok. Mungkin untuk masa akan datang Cik iena akan datang bersama raka-rakan supaya Cik iena dapat kunjungi semua tempat menarik di sini.

Kepada anda yang berminat untuk ke Sunway Lagoon , Cik iena kongsikan juga senarai harga beserta promosi semasa yang ada di bawah :)


Harga Tiket Sunway Lagoon | Sunway LagoonTicket Price


  1. Dewasa (13 tahun dan keatas) : RM170
  2. Kanak-Kanak (12 tahun kebawah) : RM140
  3. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM140

Pay-Per-Ride (Single Ride)

  • Bungee Jump : RM 138 (RM 80 for MyKad holders)
  • G-Force X : RM 64 (RM 32 for MyKad holders)
  • Go Kart : Single Seater – RM 22 per ride, Double Seater – RM 27 per ride

Pay-Per-Ride (Combo Ride)

  • Bungee Jump & G-Force X Combo : RM 160 (RM 101 for MyKad holders)

Equipment Rental

  • Double tube     RM10 (deposit)    RM16 (Rental)     RM26 (Total Inclusive 6% gst)
  • Surfboard     RM20 (deposit)     RM32 (Rental)     RM52 (Total Inclusive 6% gst)
  • Wheel Chair     RM50 (deposit)     RM20 (Rental)     RM70 (Total Inclusive 6% gst)
  • Motorised Wheel Chair     RM150 (deposit)     RM30 (Rental)     RM180 (Total Inclusive 6% gst)
  • Stroller     RM50 (deposit)     RM20 (Rental)     RM70 (Total Inclusive 6% gst)

Locker Rental

  • Multiple time usage : RM 22 (Total Inclusive 6% gst)
  • Luggage : RM 43 (Total Inclusive 6% gst)

Untuk maklumat lanjut mengenai harga sila rujuk https://sunwaylagoon.com/pricing/



BEAT THE QUEUE with Sunway Lagoon’s Quack Xpress! 


Quack Xpress adalah pas ekspres yang membolehkan anda mengakses lorong express khusus supaya anda boleh melangkau barisan dan menikmati lebih banyak perjalanan dan tarikan.

Untuk Maklumat lanjut mengenai Quack Xpress sila rujuk http://sunwaylagoon.com/quack-xpress/


PROMOSI SUNWAY LAGOON


Buy 3 Free 3


Menarik bukan ? Beli 3 tiket dewasa yang berjumlah RM510 dan anda akan mendapat 3 Tiket Dewasa Percuma.  Promosi Ini Hanya Sah Sehingga 31 Disember 2017

Sah untuk kesemua akses kecuali  pay-per-ride activities: Bungee Jump, G-Force X and Go Kart


Quacktastic Tuesday


Tiket beharga RM60 untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas untuk kesemua akses kecuali  pay-per-ride activities: Bungee Jump, G-Force X and Go Kart.

N/P: RM65 per person and promotion ends 31 Dec 2017.

Quacktastic Dates: 2 Jan 2018 | 6 Feb 2018 | 6 Mar 2018 | 3 Apr 2018 | 8 May 2018 | 5 June 2018 | 3 July 2018 | 7 Aug 2018 | 4 Sept 2018 | 2 Oct 2018 | 13 Nov 2018


Quacktastic Tuesday COMBO


Tiket beharga RM100 untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas untuk kesemua akses kecuali  pay-per-ride activities: Bungee Jump, G-Force X and Go Kart

N/P: RM105 per person and promotion ends 31 Dec 2017.

Quacktastic Dates: 2 Jan 2018 | 6 Feb 2018 | 6 Mar 2018 | 3 Apr 2018 | 8 May 2018 | 5 June 2018 | 3 July 2018 | 7 Aug 2018 | 4 Sept 2018 | 2 Oct 2018 | 13 Nov 2018



Untuk melihat lebih banyak promosi terkini sila layari https://sunwaylagoon.com/promotions/


Waktu Beroperasi Sunway Lagoon | sunway lagoon opening hours


Waktu beroperasi bagi Theme park dan water park adalah dari jam 10 pagi sehingga 6 Petang . Setiap Hari.

Manakala Waktu operasi bagi  Nickelodeon Lost Lagoon pula adalah :
  • Weekdays: 11:00am till 6:00pm
  • Weekends: 10:00am till 6:00pm



Kadar Parking  Sunway Lagoon.


Semasa Cik iena datang ke sini Cik iena parking dalam Sunway Pyramid Mall je . Maximum per day RM12 untuk weekday dan weekend RM15.

Jadi memandangkan Cik iena datang pada hari ahad Cik iena bayar parking RM15  :)



Untuk Maklumat Lanjut Layari :


Website : https://sunwaylagoon.com
Facebook : https://www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia/
Twitter : https://twitter.com/SunwayLagoonMY
Instagram : https://www.instagram.com/sunwaylagoonmalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCGND8axTQQrSKZjxa2jymLw

Lokasi : No 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, | Bandar Sunway, Petaling Jaya 47500, Malaysia

Theme park tel: +603 5639 0000
Fax: +603 5639 0050
Email: ask_lagoon@sunway.com.my

Theme Park Operation Hours

Open Daily: 10:00am till 6:00pm

Nickelodeon Lost Lagoon Operation Hours

Weekdays: 11:00am till 6:00pm
Weekends: 10:00am till 6:00pm












2 comments:

  1. dua kali pergi SL tak naik jambatan gantung tu.. hahah tak gigih nak naik dengan anak kecik.. next time boleh pergi lagi.. mcm teruja tiket 1 tahun rm150 tu.. menarik yg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe klu bawak budak susah.. adek iena yg bongsu tu tak ikut naik jambatan gantung..dia dengan mak tunggu dekat tempat ombak tu hehe..
      iena dengan deqnor je pergi jambatan gantung..
      penat gile haha
      tiga hari sakit kaki T___T

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog