Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Menjamu selera dengan hidangan makanan laut segar bersama keluarga atau rakan-rakan pastinya memberikan satu pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Keenakan masakan makanan laut segar yang di hidangkan menjadi sukar dilupakan dengan hidangan pencuci mulut yang unik. lagi menarik.

Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti  yang di hidangkan khusus buat pelanggan yang hadir. Selain menghidangkan makanan laut segar yang segar serta enak Kualiti masakan yang ditawarkan juga setanding rasanya dengan restoran makanan laut ternama .



Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Baru-baru ini Cik iena sendiri berpeluang mencuba keenakan masakan laut di Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Selain masakan laut yang enak Ombak Kitchen juga menampilkan menu pencuci mulut yang unik lagi menarik.


Ombak Hot Cajun
Ombak Hot Cajun


Untuk pengetahuan, di Ombak Kitchen mereka menggunakan makanan laut yang segar  untuk di hidangkan kepada para pelanggan dan  mereka juga memasak menggunakan kaedah merebus bagi memastikan kesegaran dan 'juicyness'  makanan laut itu terasa dan terpelihara. Menarik bukan ?  Ianya tidak di masak menggunakan wok-fried atau deep-fried seafood . Jadi , kesegaran makanan laut dapat di kekalkan dan anda dapat  rasakan kesegarannya .



Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Makanan Laut Segar Berkualiti
Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Makanan Laut Segar Berkualiti




Selain dari menghidangkan makanan laut yang segar,mereka juga menghidangkan Udang dalam size Extra Large saja. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan Ombak Kitchen. Kerang Hamaguri juga  di import khas dari Jepun kerana mempunyai isi yang lebih banyak jika nak dibandingkan dengan kerang tempatan.


Ombak Kitchen juga turut menghidangkan Alaskan King Crab , Canadian Red Lobster yang di import dan banyak lagi makanan laut segar.  Apa yang menariknya di sini  lagi adalah mereka menghidangkan sos yang hanya menggunakan Western Sauce seperti Cajun Seasoning  dan Old Bay  Seasoning .


Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti

Tambah Istimewa lagi mereka  masak menggunakan butter dan bukannya minyak masak bagi mengekalkan rasa pada masakan tersebut dan mereka juga menggunakan Rempah yang import khas .Nasi yang dihidangkan di sini juga memang menggunakan beras yang bermutu tinggi.


Pakai Tangan Jer

Pakai Tangan Jer
Pakai Tangan Jer


Menggunakan Tagline yang kreatif lagi menarik yang melambangkan ciri kemelayuan .  "Pakai Tangan Jer " . Di sini anda boleh makan menggunakan tangan tanpa rasa segan silu. Makan seperti anda berada di rumah sendiri .



Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Makanan Laut Segar Berkualiti
Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Makanan Laut Segar Berkualiti



Tak perlu rasa segan di sini jika anda tidak tau mengupas ketam dan sebagainya kerana pelayan di sini sedia membantu . Cik iena memang tak pandai makan ketam. Kebiasaannya ayah Cik iena yang akan kupaskan isi ketam bagi Cik iena . Di sini ada pelayan yang sangat memahami Cik iena . Bagus betul .

Terkial-kial Cik iena macam mana nak makan ketam yang besar ni . Simpan yang last la kononnya (^_~).



Menu di Ombak Kitchen



Menu di Ombak Kitchen

Terdapat 4 Jenis Combo Pilihan iaitu

  1. Combo 1
  2. Combo 2
  3. Combo 3
  4. Combo 


Ombak Kitchen
Terdapat 4 Jenis Combo Pilihan

Terdapat 4 langkah mudah untuk anda membuat pesanan .


STEP 1 :  Pilih menu combo


Ombak Kitchen
Pilih menu combo


STEP 2 :  Pilih perasa atau sos


 Pilih perasa atau sos
Pilih perasa atau sos

Tiga jenis sos istimewa Ombak Kitchen :

  • Ombak Hot Cajun
  • Dark Chili Chocolate
  • Zesty Lemon Butter 


Ombak Hot Cajun
Ombak Hot Cajun

Dark Chili Chocolate
Dark Chili Chocolate

Zesty Lemon Butter
Zesty Lemon Butter


STEP 3 :  Pilih tahap kepedasan 



Pilih tahap kepedasan
Pilih tahap kepedasan

  • Pedas sederhana
  • Pedas Biasa jer
  • Boom Super Pedas

STEP 4 : Pilih Add On Item


Pilih Add On Item
Pilih Add On Item





Review Ombak Hot Cajun di Ombak Kitchen


Ombak Hot Cajun merupakan menu yang paling di gemari oleh pelanggan yang hadir ke Ombak Kitchen . Cik iena sendiri telah merasa keenakan Ombak Hot Cajun ini . Rasa rempah yang di gunakan sangat berasa sehingga menjilat jari dan sehingga Fikiran Cik iena melayang memikirkan rempah apakah yang di gunakan sehinggakan rasanya menyentuh selera Cik iena.


Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Cik iena memang sangat suka Ombak Hot Cajun . Pada yang suka makan pedas di cadangkan cuba Ombak Hot Cajun . Anda boleh ambil  tahap kepedasan sederhana bagi yang kurang makan pedas seperti Cik iena . Kalau yang ok makan pedas boleh cuba Boom Super pedas.


Jika sebelum ini Cik iena pernah memakan makanan laut sebegini yang di taburkan diatas meja tapi rasanya berbeza dengan Ombak Hot Cajun di Ombak Kitchen . Dari segi kualiti makanan laut juga berbeza. Di Ombak Kitchen makanan laut yang di gunakan adalah segar dan bersaiz besar. Sangat puas hati.


Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Harga juga boleh dikatakan murah dengan kualiti kesegaran makanan laut yang di hidangkan . Kepada anda di luar sana yang menggemari makanan laut Cik iena cadangkan makan di Ombak Kitchen dan cuba Ombak Hot Cajun.  Cik iena yakin anda akan suka flavour ini.


Ombak Chili Hot Cajun di Ombak Kitchen 





Menikmati Keenakan Ombak Chili Hot Cajun di Ombak Kitchen





Hidangan Appetizer 


Sebelum menikmati keenakan Ombak Hot Cajun, Cik iena telah mencuba dua hidangan Appetizer yang sememangnya sangat Cik iena gemari . Walaupun Cik iena sebenarnya tak makan daging . Beef Meat Ball dia memang sangat sedap. Cik iena boleh makan.


Beef Meat Ball
Beef Meat Ball


Kebiasaannya Cik iena akan Cuba dulu Beef, kalau tak boleh telan baru Cik iena Stop. Beef Meat Ball dia memang sedap , Cik iena boleh makan. Digandingkan dengan Blackpepper sauce yang agak manis sedikit tapi pekat likat dan sedap.



Sup Ketam
Sup Ketam

Satu lagu menu appetizer yang Cik iena cuba adalah Sup Ketam. Wow pertama kali Cik iena cuba memang sedap. Kalau tengok gambar memang takde ketam . Sup ini menggunakan air rebusan ketam dan juga ada isi ketam dan ditambah dengan tomato dan jagung. Wah sedap bangat. Memang Cik iena suka .



Sup Ketam Sedap
Sup Ketam Sedap



Heavenly Manis Dessert



Heavenly Manis Dessert

Selepas menikmati hidangan  Ombak Hot Cajun ni Cik iena makan Pencuci mulut atau dessert yang paling menarik dan unik pernah Cik iena cuba kerana ianya di lukis seperti anda sedang melihat pantai dan ombak di tepi pantai . Ehh apa iena tulis.


Heavenly Manis Dessert
Heavenly Manis Dessert


Okay boleh lihat gambar di bawah tau . Ini memang sangat mengujakan Cik iena. Excited sangat bila dia datang dan cakap nak lukis Dessert . Terkejut jugak  masa dia datang sebab dah sampai waktu dessert tapi bawa dulang berisi sos, buah, durian crepe . Tapi dalam dulang tanpa deco . Rupanya dia nak lukis pantai dan ombak :)


Heavenly Manis Dessert

Pencuci mulut ini sangat menarik dan sangat sesuai buat anda yang bekeluarga. Kanak-kanak pasti menggemari dessert ni . Jadi luangkan lah masa bersama keluarga datang sendiri ke sini selain mencuba Ombak Hot Cajun yang sedap. Boleh juga cu Dessert istimewa mereka yang di beri nama Heavenly Manis.



Heavenly Manis Dessert
Heavenly Manis Dessert

Heavenly Manis Dessert di ombak kitchen






Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.




Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.

Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.


Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.

Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.

Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.


Dekorasi Ruang Restoran Ombak Kitchen.






Ombak Kitchen Tampil Dengan Menu Dessert Istimewa Dan Makanan Laut Segar Berkualiti


Kepada anda penggemar makanan laut jangan lupa Cuba sendiri keenakan masakan di Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutung Shah Alam . Waktu beroperasinya adalah  :-

Selasa - Jumaat  : 5.00 PM Hinggan 11.00PM
Sabtu - Ahad : 12.00 PM Hingga 12 AM
Isnin Cuti.




Untuk Maklumat Lanjut :

Facebook : https://www.facebook.com/ombakkitchen/
Instagram : https://www.instagram.com/ombakkitchen/
Alamat : No.5.G.01 D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam.
Shah Alam
Telefon : 03-7734 4699



3 comments:

  1. ada set combo tu senang juga...meriah tgk video iena mkn2 tu...hah jgn berckp sambil mkn, nanti makmertua reject hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la kak payah nk buang perangan makan sambil bercakap tu haha..
      lagi2 kalau makan dgn geng mak jemah ..makcik bawang..hahah

      Delete
  2. Menariknya tengok saiz seafood tu besau. Siap ada lukis-lukis pulak tu dessertnya haha

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve