Review Althea Party All Night Box


Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Walaupun telah memiliki beberapa set kecantkan mahupun set solekan pasti akan ada rasa ingin membeli pelbagai lagi produk .  Cik iena adalah salah seorang daripadanya. Walaupun beg mekap Cik iena dah penuh . Cik iena tetap mempunyai keinginan untuk mengumpul alat solek terutamanya.

Review Althea Party All Night Box


Di sini Cik iena ingin kongsikan tempat di mana anda boleh mendapat kan set solekan pada harga yang lebih murah berbanding dengan harga loose item . Anda boleh dapatkan pelbagai Set Beauty Box dari Althea .

Althea Beauty Box


Althea Beauty Box adalah salah satu program dari althea yang  mana ianya merupakan kotak  kecantikan atau beauty box yang didalamnya mengandungi 6-12 produk  K-beauty yang ianya   disesuaikan dengan tema dari kotak tersebut.

Review Althea Party All Night Box
Althea Party All Night Box

Mengapa Althea Beauty Box ini bernilai untuk anda beli? 


  1. Kotak tema-tema yang diberikan cukup menarik
  2. Harga dari 1 (satu) kotak kecantikannya lebih murah dibandingkan jika kita membeli unit harga dari produk-produk yang terdapat di dalam kotak itu
  3. Kotak kecantikan ini tidak perlu menggunakan program  langganan seperti kebanyakan kotak kecantikan yang diluar sana.
  4. Semua kotak  merupakan edisi terhad .


 Althea Party All Night Box
hasil solekan menggunakan  Althea Party All Night Box

Althea Beauty Box sendiri mempunyai kotak kecantikan 2 (dua) jenis iaitu:


ALTHEA BOX: Beauty Box ini berdasarkan tema tertentu, dimana isi dalam kotak itu merupakan campuran dari  produk yang terkenal dan produk kegemaran ramai yang terbaru.


TREND BOX: Beauty Box   ini berdasarkan dari trend kecantikan semasa di Korea. Di lengkapi  dengan produk K-Beauty yang paling terkenal (baik dari jenama baru atau produk terbaru dari jenama yang sudah sedia ada).


 Althea Party All Night Box
Hasil solekan menggunakan  Althea Party All Night Box

Baru-baru ini cik iena di beri kesempatan untuk review  Althea Party All Night Box.  Jom lihat apa yang ada di dalam Beauty Box ini dan review dari cik iena :)


Althea 'Party All Night' Beauty Box


Review Althea Party All Night Box
Althea Party All Night Box


Produk kecantikan yang terdapat di dalam box ini adalah :

  1. Konstante Elganz Fixer
  2. Water Lip Tattoo 
  3. Full Cover Liquid Concealer (2017 New)
  4. Power 10 Formula Samples
  5. Max Change Oil Foam Sample
  6. 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


 Althea Party All Night Box
hasil solekan menggunakan  Althea Party All Night Box


Untuk pengetahuan anda di dalam box ini mengandungi produk bersaiz penuh iaitu Konstante Elganz Fixer (50ml), Water Lip Tatoo #rosegold,  Full Cover Liquid Concealer (2017 New) #sandbeige,
 dan 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco . Manakala terdapat dua produk dalam saiz sample iaitu Max Change Oil Foam dan Power 10 Formula .


 Althea Party All Night Box
 Althea Party All Night Box

Box kecantikan ini di jual pada harga RM 118 diamana harga asal untuk kesemua produk di dalam box  adalah RM 369 . Untuk Althea PArty All Night Box ini anda dapat jimat RM251.


Video Unboxing Althea Party All Night Box 




Murah bukan Harga yang ditawarkan . Sememangnya ianya sangat-sangat  berbaloi untuk anda miliki.



 Video Review Althea 'Party All Night' Beauty Box



Althea Party All Night Box


1.  Konstante Elganz Fixer

Konstante Elganz Fixer merupakan spray wajah yang bertujuan untuk mengekalkan solekan . Ianya di gunakan agar solekan lebih tahan lama dan lebih menyerlah . Selain dari mengekalkan solekan ianya juga memberikan kelembapan pada wajah dan seterusnya memberikan efek  glowing pada solekan.


 Konstante Elganz Fixer

Konstante Elganz Fixer



Konstante Elganz Fixer ini mempunyai tekstur yang tidak melekit dan sangat selesa ketika anda menyemburkannya pada wajah di tambah dengan haruman yang menenangkan.


Konstante Elganz Fixer Sesuai Untuk :-

  • Anda yang sering risau mascara anda akan comot
  • Anda yang risau eye liner anda akan comot
  • Anda yang sering risau solekan tidak tahan lama
  • Anda yang inginkan hasil solekan yang flawless
  • Anda yang inginkan warna pembayang mata serta blusher tampak lebih menyerlah. 
  • Anda yang risau solekan anda akan hilang jika terkena peluh mahupun air hujan
    Anda yang mempunyai masalah rambut suka melekat pada solekan yang sticky



 Konstante Elganz Fixer
 Konstante Elganz Fixer

Cara Penggunaan : 


Selepas anda selesai bersolek, sembur Konstante Elganz Fixer  pada wajah anda. Jarakkan 20 cm ke 30 cm daripada wajah ketika anda menyembur Konstante Elganz Fixer. Boleh juga di gunakan sebelum mengenakan solekan.


Kandungan :


water, Glycerin Methylpropanediol, Polyesters-5, Panthenol, Pentylene Glycol, Pro panediol, Alcohol, Chlorphenesin, Phaseolus RadiatusSeed Extract, Cimicifuga Dahurica Root Extract, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Extract, Punica Granatum Fruit Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Zingiber officinalel (Ginger) Root Extract, Schizandra ChinensisFruit Extract, Coptis Chinensis Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Butylene Glycol, 1,2Hexanediol, Propolis Wax, Disodium EDTA, Caprylyl Glycol, Ethylexylglycerin, Phenoxyethanol



 Konstante Elganz Fixer
 Konstante Elganz Fixer

Review Konstante Elganz Fixer

Cik iena suka make up fixer ini. Selepas sembur pada wajah, kulit wajah  menjadi lembut dan lembab, tak rasa seperti pakai maku up walaupun kita bermake up tebal . Solekan nampak lebih menarik. Warna pembayang mata , pemerah pipi serta shading dan highlight menyerlah dari sebelum di sembur fixer.


Solekan juga menjadi tahan lama di samping memberi efek glowing pada wajah.

Rating :

10/10




2. Water Lip Tattoo (Rose Gold)


Water Lip Tattoo merupakan Lip Tattoo berasaskan air diaman seperti yang anda sedia maklum Lip Tatto kebiasaannya adalah berbentuk Gel dan ianya perlu di kupas selepas ianya kering untuk mendapatkan warna bibir yang cantik semulajadi.  Berbeza dengan Water Lip Tattoo  ini ianya tidak perlu di kupas namun hasilnya tetap cantik.



Water Lip Tattoo (Rose Gold)

Water Lip Tattoo (Rose Gold)



Ianya mempunyai warna yang sangat pigment. Hanya satu sapuan sahaja warna jelas di bibir.  Ianya juga tahan lama dan waterproof . Ianya juga mengandungi Hydrated Gel formula yang menjadikan bibir anda kekal lembab. Warna tahan lama dan cantik tanpa rekahan.





Cara Penggunaan : 


Sapukan pada bibir sama ada  keseluruhan bibir ataupun hanya aplikasi di bahagian tengah bibir :)



Water Lip Tattoo (Rose Gold)
Water Lip Tattoo (Rose Gold)

Review Water Lip Tattoo

Cik iena suka Tekstur lembut Water lip tattoo ni . Warnanya sangat pigment. Hanya satu sapuan dah nampak terang warnanya. Selain menggunakannya di bibir. Cik iena juga guna sebagai based untuk shading di pipi dan tulang rahang bawah pipi untuk menampakkan efek pipi kurus .

Rating :

9/10


3. Full Cover Liquid Concealer (2017 New)


Full Cover Liquid Concealer di gunakan sebagai asas solekan bagi menaikkan lagi seri wajah serta menutup cela pada wajah . ianya mampu menutup parut jerawat , bintik-bintik hitam dan parut-parut lain di wajah serta ianya juga dapat menutup lingkaran gelap bawah mata.


Full Cover Liquid Concealer
Full Cover Liquid Concealer


Ianya juga boleh di gunakan untuk membentuk kening supaya dapat menghasilkan kening yang cantik dengan menggunakan Full Cover Liquid Concealer di bahagian bawah dan atas kening bagi menutup bulu-bulu halus kening.



Cara Penggunaan : 

Sapu kan Full Cover Liquid Concealer pada wajah dan blend menggunakan beauty sponge atau berus . Cik iena lebih gemar memakai beauty sponge. Untuk menutup cela seperti parut jerawat atau lingkaran gelap bawah mata letakkan amoun lebih sedikit berbanding bahagian lain dan blend agar nampak sekata.


Full Cover Liquid Concealer
Full Cover Liquid Concealer


Review Full Cover Liquid Concealer (2017 New)

Cik iena suka Tekstur Full cover liquid concealer ni . Ianya mudah untuk diaplikasikan dan tahan lama. Ianya juga dapat menutup parut-parut yang terdapat pada wajah dan juga mampu menutup lingkaran gelap bawah mata.

Rating :

9/10


4. Power 10 Formula Samples


Terdapat pelbagai rangkaian jenis Power 10 Formula yang memberi Boosting pada wajah mengikut jenis kulit wajah anda. IAnya sangat cepat meresap pada wajah justeru itu khasiat kebaikannya di perolehi dengan pantas.

Untuk beauty box ini Cik iena dapat Power 10 Formula Syn-Ake dan Power 10 Formula WH Effector


Power 10 Formula Syn-Ake  adalah untuk kulit kering manakala Power 10 Formula WH Effector  adalah untuk kulit normal kepada kering iaitu kulit Combination.




Power 10 Formula Samples
Power 10 Formula Samples yang dua pakacing kecil


Cara Penggunaan : 

Sapukan Power 10 formula ini selepas mencuci wajah dan sebelum mengenakan apa-apa krim penjagaan wajah anda yang lain.


Kandungan :



Review  Power 10 Formula Samples

Power 10 Formula WH Effector  sangat sesuai dengan kulit kombinasi Cik iena . Kulit rasa lembut selepas mengaplikasikannya . Boleh beli saiz penuh :)

Manakala Power 10 Formula Syn-Ake pula untuk anda yang mengalami masalah kulit kering . Cik iena pakai semestinya rasa lembab kerana ianya berfungsi untuk melembabkan tekstur kulit anda yang berjenis kulit kering.  Namun Cik iena lebih prefer Power 10 Formula WH Effector  untuk kulit kombinasi Cik iena.

Rating :

8/10



5. Max Change Oil Foam Sample


Max Change Oil Foam ni mengandungi Hyluranic Asid  di mana ianya sangat bagus untuk melembabkan kulit wajah . Selain Hyluranic asid yang bagus untuk melembabkan wajah ianya juga mengandungi Amino asid yang bertujuan untuk menganjal dan menegangkan kulit wajah di samping mengandungi Ceramide yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan .



Max Change Oil Foam Sample

Max Change Oil Foam Sample yang bewarna hijau



Cara Penggunaan : 

Cuci wajah dengan air bersih dan MAx change oil foam . Ratakan pada wajah, gosok sehingga berbusa dan bersihkan busa atau buih dari wajah.




Review Max Change Oil Foam Sample

Cik iena suka Tekstur lembut halus dan berbusa cleansing foam ini. Haruman nya juga sangat mendamaikan dan menyegarkan. Apabila selesai mencuci wajah, wajah terasa segar dan bersih . Terasa kekototan pada wajah hilang dan wajah tidak berminyak
serta kulit menjadi lembut dan lembab.

PAda anda yang seusia Cik iena iaitu 30 an, Cik iena sangat cadangkan pencuci wajah ini kerana ianya melembab serta mengekalkan kelembapan kulit wajah . Tiada masalah garis-garis halus yang akan muncul jika anda mengamalkan pencuci wajah yang mengandungi Hyluranic Asid .

Rating :

10/10



6. 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


16 Brickit Shadow Hit 10 Choco mempunyai 10 tona warna pembayang mata yang menarik dimana ianya sesuai di gunakan untuk solekan harian mahupun solekan untuk ke majlis-majlis tertentu.


16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


Mempunyai dua berus yang mana berus besar di gunakan untuk mengaplikasikan pembayang mata pada seluruh kelopak mata. Manakala berus kecil dan runcing di guna untuk membentuk solekan  mata atau membentuk smokey eyes.



16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


10 tona warna yang terdapat dalam 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco

  1. Egg Nog
  2. Cotton Sugar
  3. Sweet Latte
  4. Milk Coco
  5. Rose Macaron
  6. Hazelnut Syrup
  7. Cinamon Powder
  8. Deep Brownie
  9. Melting Ganache
  10. Cacao 100


5 tona warna awal iaitu Egg Nog, Cotton Sugar, Sweet Latte, Milk Coco dan Rose Macaron sangat sesuai untuk anda yang sukakan solekan ringkas ke pejabat. Ianya sesuai untuk penggunaan harian.

Manakala 5 tona warna seterusnya iaitu Hazelnut Syrup, Cinamon Powder, Deep Brownie, Melting, Ganache dan Cacao 100 sesuai untuk majlis-majlis tertentu atau sesuai untuk anda yang gemarkan solekan menonjol pada bahagian mata.


Cara Penggunaan : 


Sapu 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco pada kelopak mata . Ianya juga boleh di guna sebagai shading dengan menggunakan warna Milk Coco dan gunakan warna Egg Nog sebagai Highlight.



16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
16 Brickit Shadow Hit 10 Choco

Kandungan :


Talc, Synthetic Fluorphlogopite, Mica (CI 77019), Slica, Boron Nitride, Nylon-12, Titanium Dioxide (CI 77891), Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Phenyl Trimethicone, Dimethicone, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Magnesium Stearate, Magnesium Myristate, Propanediol, Polybutene, Dimethiconol Stearate, Triethoxycaprylylsilane, Methicone, Yellow Oxide of Iron (CI 77492), Black Oxide of Iron (CI 77499), Red Oxide of Iron (CI 77491), Neopentyl Glycol Diethylhexanoate, Diisostearyl Malate, Dipentaerythrityl Hexahydroxystearate/Hexastearate/Hexarosinate, Isostearyl Neopentanoate, Lauroyl Lysine, Glass, PTFE (Polytetrafluoroethylene), Methyl Methacrylate Crosspolymer, Calcium Sodium Borosilicate, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Triethylhexanoin, Carmine (CI 75470), Manganese Violet (CI 77742), Ultramarines (CI 77007), Acid Yellow 23 (Yellow 5) (CI 19140), Tin Oxide (CI 77861)




16 Brickit Shadow Hit 10 Choco


Review 16 Brickit Shadow Hit 10 Choco

Cik iena suka kesemua tona warna dalam palette ini. Semua warna yang terdapat dalam pallete ini adalah warna yang sesuai di gunakan untuk penggunaan harian mahupun penggunaan solekan ke majlis-majlis tertentu. Warna nya juga sangat shimering. Cik iena suka warna shimering dari pallete ini.  Selain pembayang mata. Cik iena juga gunakan sebahagian dari warna dalam palette ini untuk shading dan highlight.

Rating :

10/10




16 Brickit Shadow Hit 10 Choco
Hasil solekan dari Althea Party All Night Box


Menarik bukan box ajaib nie ? Cik iena suka sangat Box ni sebab ianya hampir lengkap untuk sesuatu solekan. Selain untuk pembayang mata  16 Brickit Shadow Hit 10 Choco juga boleh di gunakan untuk shading dan highlight. 

Manakala Water Lip Tattoo (Rose Gold) pula selain untuk bibir ianya boleh di gunakan untuk membuat shading based bagi menyerlahkan lagi hasil shading. 

Full Cover Liquid Concealer pula selain untuk asas solekan sebagai foundation, ianya juga boleh di gunakan bagi membentuk kening untuk menutup anak-anak rambut halus kening supaya dapat menghasilkan kening yang cantik. Selaint itu ianya juga boleh menutup parut degil da n juga lingkaran gelap bawah mata.


Konstante Elganz Fixer  pula sangat membantu untuk menaikkan lagi seri solekan serta menjadikan solekan tahan lama di samping melembabkan wajah .


Untuk mendapatkan Althea Party All Night Beauty Box ini sila layari  http://my.althea.kr/party-makeup-box
Selain Althea Party All Night Beauty Box ini anda juga boleh mendapatkan Beauty Box yang lain di http://my.althea.kr/althea-box



Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : http://my.althea.kr
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea
Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/










3 comments:

  1. Berkenan giler dengan eyeshadownya. Semua warna ena suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan warna-warna dia :)
      akak pn suka sb blh buat highlight n shading sekali , xyah bawak banyak2 mekap :D

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve