Grab The Promo

ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK DAN KUSAM DENGAN AR BEAUTY BY DIVINE


Wanita dan kecantikan berpisah tiada . Setiap wanita pasti mendambakan kulit yang bersih , sihat serta cantik . Tidak kurangnya nya juga seperti Cik iena . Cik iena sentiasa inginkan kulit yang  cantik dan bebas dari masalah jerawat terutamanya.

AR BEAUTY BY DIVINE


Alhamdulillah kulit Cik iena kurang mengalami masalah seperti jerawat akan tetapi cik iena mengalami masalah kulit kering dan agak sedikit kusam kerana kerap bersolek. Kulit kering adalah di sebabkan faktor usia cik iena yang sudah memasuki alam 30 an.

Di sebabkan Cik iena gemar bersolek , jadi Cik iena perlu memakai produk penjagaan wajah yang mampu memulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik. Tanpa anda sedari penggunaan kosmetik yang terlalu kerap juga boleh mrosakkan kulit. Jadi anda perlu menyeimbangkan penggunaan kosmetik dengan produk penjagaan wajah yang di gunakan agar kulit anda tidak rosak.



AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE

ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK DAN KUSAM DENGAN AR BEAUTY BY DIVINE


Kepada anda di luar sana yang mengalami masalah kulit seperti

  • Parut
  • Jerawat yang teruk
  • Jeragat
  • Penuaan 
  • Tona tidak sekata 

Cik iena cadangkan anda untuk mencuba set penjagaan wajah dari AR Beauty By Divine .  Untuk pengetahuan Produk ini mempunyai Kelulusan KKM dan pengiktirafan GMP .Ianya 100% tidak mempunyai bahan yang merbahaya.

AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE


Selain daripada itu ianya Kaya dengan bahan-bahan yang berkualiti, Peptide, Vitamin A, C, E, Amino Asid, Royal Jelly Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract dan banyak lagi bahan yang selamat digunakan.

Antara Produk AR BEAUTY BY DIVINE yang perlu anda cuba adalah seperti berikut :-
  1. GENTLE FACIAL CLEANSER
  2. GENTLE FACIAL ACTIVATOR
  3. REVITALIZING SERUM
  4. NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15
  5. REPLENISHING NIGHT CREAM

Untuk Cik iena produk ini sesuai untuk kulit cik iena yang agak kusam dan kering . Dari segi masalah jerawat dan jeragat, Alhamdulillah wajah Cik iena jarang ada jerawat. Kalau ada pun ketika datang bulan dan hanya sebutir dua sahaja.


AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE



Berikut cik iena kongsi sedikit info yang cik iena dapat mengenai produk ini serta review dari cik iena setelah 3 minggu penggunaan.


GENTLE FACIAL CLEANSER


Untuk pengetahuan, Bahan yang digunakan mengandungi BIOSACCHARIDE GUM-I dan ALPHA-GLUCAN OLIGOSACCHARIDE. Ia merupakan Formula yang tidak menghakis kulit dan ianya bertekstur halus serta membersihkan kulit secara mendalam.

GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE

KANDUNGAN


Aqua, tetrasodium EDTA, Glycerin, methyl propanediol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Lauryl Glucoside, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Disodium Laureth Sulfosuccinate, TEA-Lauryl Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Cocamide DEA, PEG-150 Distearate, Betaine Trimethyglycine, Biosaccharide Gum -1, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Fragrance, Phemoxyethanol, Ethylhexylgycerin.

KEBAIKAN GENTLE FACIAL CLEANSER


• Diformulasikan dengan PREBIOTIK yang melindungi ekosistem kulit dengan stimulasi mikrobiologikal ( eko-flora ) dan biologi ( Anti-Microbial Peptide ) penghadang kulit.
• Kulit lebih lembap dan segar
• Kulit kelihatan licin dan lembut
• Menghidrasikan dan menggantikan kulit secara perlahan

GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE

CARA PENGGUNAAN

Cuci wajah anda dengan menggunakan air bersih dan Gentle Facial Cleanser . Kemudian biar ianya kering sendiri atau lap dengan tuala bersih.

REVIEW GENTLE FACIAL CLEANSER

Review cik iena untuk Gentle Facial Cleanser ini ianya kurang berbusa berbanding pencuci muka lain yang cik iena cuba. Jika anda inginkan buih yang banyak anda perlu memakai dalam jumlah yang lebih banyak dalam dua pam untuk sekali pencucian.

Bagi Cik iena yang gemar bersolek Cik iena perlu membersihkan solekan terlebih dahulu kerana apa yang cik iena dapati jika Cik iena tidak membuang solekan menggunakan make up remover, akan ada sisa solekan yang tinggal .

GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL CLEANSER AR BEAUTY BY DIVINE

Jika Cik iena tidak menggunakan make up remover Cik iena perlu mencuci muka dua kali supaya rasa lebih bersih .

Walaubagaimanapun haruman dari Gentle Facial Cleanser ini memang harum dan menenangkan cik iena . Kulit wajah terasa lembut dan lembab selepas membersihan wajah

Disebabkan Cik iena cuci dua kali jadi satu botal cleanser ni cik iena habiskan dalam masa dua minggu . Cik iena memang sejenis orang yang kalau rasa tak bersih akan cuci sampai cik iena puas hati dan rasa bersih. (^_~)

RATING

6/10


GENTLE FACIAL ACTIVATOR


Ia direka khas dengan menggunakan teknologi terkini dan  hanya menggunakan ramuan melembapkan serta menghaluskan kulit yang terpilih daripada ekstrak bahan tumbuhan semulajadi terutamanya dalam merawatkulit sensitif . Selain itu ia mengandungi bahan Royal Jelly Extract dan Aloe Barbadensis Leaf Extract .


GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE


KANDUNGAN

Aqua, tetrasodium EDTA, Denatured Alcohol, Biosaccahride Gum-1, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Propylene glycol, royal jelly extract, betaine trimethyglycine, cucumis sativus (cucumber) fruit extract, glycerin, glycolic acid, malic acid, sodium citrate, sodium lactate, sucrose, tartaric acid, urea, allantion, panthenol, polysorbate 20, fragrance, phenoxyethanol, ethylhexylglycerin.

KEBAIKAN GENTLE FACIAL ACTIVATOR


• Kulit menjadi lembut, segar dan kelihatan sihat berseri
• Mengecilkan Pori
• Mengembalikan PH kulit dan menstabilkan serta menghidrasikan kulit
• Memperbaharui lapisan kulit
• Mengurangkan kegatalan & keradangan
• Mengawal sebum minyak & pertumbuhan jerawat



GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE

 



CARA PENGGUNAAN


Selepas membersihkan wajah dengan menggunakan  Gentle Facial Cleanser,  sembur Gentle Facial Activator pada wajah kemudian ambil kapas muka, ratakan keseluruh wajah dengan menggunakan kapas muka.

REVIEW GENTLE FACIAL ACTIVATOR

Cik iena sangat suka memakai Gentle Facial Activator ini pada wajah kerana terasa kulit segar dan lembab serta harumannya juga wangi yang mampu menenangkan minda.  Setelah tiga minggu penggunaan, facial activotor masih ada lagi berbanding cleanser.

GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE
GENTLE FACIAL ACTIVATOR AR BEAUTY BY DIVINE

Jadi untuk perkiraan penggunaan cik iena facial activator ini boleh bertahan sebulan .


RATING

7/10


REVITALIZING SERUM


Mengandungi Peptide yang berfungsi sebagai tahap Neurokimia untuk membantu stimulasi untuk menghasilkan lapisan kulit yang tegang seperti kolagen dan Elastin. Selain daripada itu ianya dikatakan dapat membantu menghidupkan, memulihkan dan meremajakan sistem imun kesihatan kulit seterusnya ia dapat menggalakkan pertumbuhan semula sel untuk kesan anti penuan agar wajah keliahatn mudia dari usia.

REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE
REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE
 

KANDUNGAN

Aqua, Hydroxypropyl methyl cellulose, xylitol, sodium phosphate, leuconostoc/radish root ferment filtare, pisum sativum (pea) peptide, pentapetide-48, hydrogenated lecithin (and) glycerin, butyrospermum parkii (shea) butter, phenethyl alcohol, ethylhexylglycerin, maltodextrin, malus domestica fruit cell culture extract, Xanthan Gum, Glycerin, lecithin, polysorbate 20, fragrance, phenoxyetanol, ethylhexylglycerin.


KEBAIKAN  REVITALIZING SERUM


  • Mengurangkan kedutan dan membaikpulih tekstur kulit.
  • Menstimulasikan pembentukan kolagen dalam pembaharuan kulit
  • Mengurangkan pembentukan garis halus, mata sembab serta melembab dan melembut kulit.
  • Menghasilkan pembentukan anti radang, merangsang imuniti kulit serta bertindak sebagai pelindung UV
  • Memperbaharui tona kulit dan meningkatkan keanjalan kulit wajah
  • Anti-jerawat dan anti-mikrobial


REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE
REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE

CARA PENGGUNAAN


Selepas menggunakan Gentle Facial Activator, titiskan sedikit serum di wajah, ratakan dengan pantas kerana ianya cepat meresap  . Gunakan serum hanya sedikit tetapi mencukupi satu wajah

REVIEW REVITALIZING SERUM 

Cik iena suka serum ini ianya  berbau harum dan mudah meresap namun teksturnya agak sedikit melekit berbeza dengan serum terbaru yang pernah cik iena cuba sebelum ini . Kulit akan terasa lembab dan anjal selepas memakai serum ini.

REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE
REVITALIZING SERUM AR BEAUTY BY DIVINE

Kebiasaannya cik iena akan terus memakai day cream atau night cream dengan pantas selepas memakai serum kerana apabila ianya kering , krim siang dan malam agak susah untuk di aplikasikan . Maksud cik iena susah untuk di ratakan.

Ini mungkin juga kerana cik iena berkulit kering. Kesan penguunaan mungkin akan berbeza bagi setiap orang mengikut jenis kulit masing-masing. Untuk penggunaan cik iena serum ini mampu bertahan sebulan.

RATING

9/10


NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15

NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE
NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE

KANDUNGAN

Aqua, tetrasodium EDTA, Sodium Polyacrylate, Dicaprylyl Carbonate, Polyglyceryl-3 Caprate, Titanium Dioxide, Iron Oxide(Cl77492), Cyclopentasiloxane, cyclohexasiloxane, Triethoxycaprylysilane, Irone Oxide (Cl77499), Alumina, Dicaprylyl carboante, Lauryl Laurate, Methyene Bis-Benzotriazolyl Tehtramethylbutylphenol, Decyl Glucoside, propylene Glycol, Xanthan Gum, fragrance, Phenoxyethanol, ehtylhexylglycerin.

KEBAIKAN NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15

  • menghilangkan bintik hitam
  • mencerahkan kulit muka
  • mengurangkan bekas jerawat dan parut
  • menjadikan warna kulit lebih sekata
  • mengurangkan kegatalan serta keradangan
  • menegangkan kulit dan menghaluskan kulit muka
NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE
NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE

CARA PENGGUNAAN


Selepas menggunakan serum, calit day cream ini dan ratakan pada keseluruhan wajah. Ianya di pakai pada waktu siang .

REVIEW NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15


Day Cream ini sesuai di gunakan sebagai asas solekan . Ianya mempunyai kandungan SPF yang melindungi kulit dari sinaran UV selain mempunyai fungsi merawat serta mencerahkan kulit.

Pada anda yang gemar bersolek ringkas juga ianya sesuai kerana ianya seakan anda memakai bb cream atau cc cream yang akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih bermaya dan berseri-seri disamping merawat kulit anda.

Untuk cik iena yang berkulit kering cik iena perlu memakai day cream ini dengan pantas selepas memakai serum di mana keadaan kulit masih lembab. Jika cik iena biar serum kering, agak sukar untuk meratakan krim ini dengan baik .

NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE
NOURISHING DAY CREAM RICH SPF 15 AR BEAUTY BY DIVINE


Ini adalah di sebabkan kulit cik iena yang agak kering. Jadi untuk memastikan krim dapat di sapu atau di aplikasikan dengan lancar , cik iena perlu dengan pantas memakai krim ini selepas mengenakan serum pada wajah.

Haa tak boleh berangan-berangan tengok cermin lama-lama.
Untuk penggunaan Cik iena, cik iena rasa day cream ini mampu bertahan lebih daripada sebulan kerana cik iena tidak menggunakan dalam amaun yang banyak . Setiap orang akan berbeza jumlah yang di pakai jadi cepat habis atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri.

RATING

7/10


REPLENISHING NIGHT CREAM


Night Cream AR Beauty  dirumus dari teknologi peptide yang canggih dimana ianya mengandungi bahan anti penuaan dan  pengelupasan yang maju, kaya dengan emolien,kolagen laut dan  rantai amino asid.

REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE
REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE



Selain daripada itu Night Cream AR Beauty kaya dengan VITAMIN A , VITAMIN C, VITAMIN E dimana Formula khas ini juga dapat membantu untuk menambahkan nutrisi dan air ke dalam kulit

KANDUNGAN 

 Aqua, Glycerin, cetearyl alcohol, ceteareh-20, caprylic/capric trigyceride, sodium ascorbate, tocopheral, retinol, dicaprylyl carbonate, lauryl laurate, potassium azeloyl diglycinate, soluble collagen, acetyl glycyl beta-alanine, lysine, histidine, arginine, aspartic acid, threonine, serine, glutamic acid, proline, glycine, alanine, valine, methionine, isoleucinen, throsine, phenylalanine, cysteine, yogurt filtrate, fragrance, phenoxyehanol, ethylhexyglycerin.

KEBAIKAN REPLENISHING NIGHT CREAM

  • menghilangkan bintik hitam
  • mencerahkan kulit muka
  • mengurangkan bekas jerawat dan parut
  • menjadikan warna kulit lebih sekata
  • mengurangkan kegatalan serta keradangan
  • menegangkan kulit dan menghaluskan kulit muka


REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE
REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE

CARA PENGGUNAAN

Selepas menggunakan serum, calit night cream ini dan ratakan pada keseluruhan wajah. Ianya di pakai pada waktu malam.


REVIEW REPLENISHING NIGHT CREAM


Review cik eina mengenai night cream ini sama seperti day cream, agak sukar di aplikasikan jika kulit cik iena di biarkan kering atau apabila serum meresap dan kering. CIk iena perlu dengan pantas mengaplikasikan Night Cream ini pada wajah selepas memakai serum supaya ianya mudah di ratakan.


REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE
REPLENISHING NIGHT CREAM AR BEAUTY BY DIVINE


Untuk penggunaan Cik iena, cik iena rasa night cream ini mampu bertahan lebih daripada sebulan kerana cik iena tidak menggunakan dalam amaun yang banyak . Setiap orang akan berbeza jumlah yang di pakai jadi cepat habis atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri.


RATING

7/10


REVIEW AR BEAUTY BY DIVINE


Secara keseluruhan Cik iena rasa set kecantikan ini sesuai untuk anda yang berkulit normal ke berminyak . Pendek kata untuk anda yang mempunyai masalah jerawat . Kebiasaannya orang yang mempunyai kulit jenis berminyak ni mudah untuk dapat jerawat.

AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE


Untuk Cik iena yang berkulit kering ianya juga membantu dari segi melembabkan wajah dari dalam. Selain daripada itu apa yang cik iena perasan tona kulit lebih cerah sedikit dari awal pemakaian. Mungkin jika cik iena pakai 3 bulan keatas akan lebih cerah . Selain dari kesan tona kulit bertambah cerah dan melembabkan kulit, cik iena dapati juga parut jerawat datang bulan yang lama semakin pudar dari biasa.


AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE


Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik , anda seharusnya mengamalkan set ini secara konsisten dan berterusan .  Untuk Artikel ini , Cik iena sekadar review untuk tempoh 3 minggu penggunaan sahaja.




AR BEAUTY BY DIVINE
AR BEAUTY BY DIVINE

RATING KESELURUHAN AR BEAUTY BY DIVINE

7.2/10

Kepada anda di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini Sila kunjungi laman sosial mereka :

Facebook : https://www.facebook.com/ArbeautyHQ
Instagram : https://www.instagram.com/arbeautycollection/
Email : arbiznetresources@gmail.com












0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve