Grab The Promo

Shukri Yahaya Memang Lawak Comel Dalam Filem Surf This Love


Baru-baru ini Cik iena telah di jemput ke Malam Gala Filem Surf This Love dan saksikan sendiri filem Surf This Love. Filem ini akan di tayangkan di pawagam bermula 22 February 2018.  Disini cik iena ingin berkongsi mengenai review cik iena tentang filem romantik/ komedi ini.

REVIEW FILEM SURF THIS LOVE


Trailer Filem Surf This Love




Review Filem Surf This Love


Surf This Love , jika dengar pada tajuknya ada yang beranggapan ianya merupakan sebuah Filem berbahasa English tetapi tidak. Ianya merupakan Filem berbahasa Malaysia di mana ianya juga adalah filem pertama mengenai Sukan Surfing di Malaysia.


Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena di Malam Gala Filem Surf This Love dengan tema Black & Gold


Jika rujuk pada Genre filem tersebut adalah Romantik/Komedi , pasti anda beranggapan  ianya merupakan filem yang banyak unsur cinta . Bagi cik iena tidak banyak unsur cinta yang di tekankan dalam filem ini.

Apa yang banyak di ketengahkan adalah tentang semangat anak muda bernama Billie untuk mempelajari secara mendalam tentang sukan surfing bagi meneruskan kerjaya sukan surfing Arwah abang beliau iaitu Bobby .

Bobby merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal . Beliau telah mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali .

Shukri Yahaya dan Syuhaida Abraz Memang Lawak !


Filem bergenre Romantik/komedi ini sememangnya membuat Cik iena tidak kering gusi. Sejujurnya jalan cerita agak biasa tetapi unsur lawak yang di lakonkan oleh Syukri Yahaya dan dottie (Syuhaida Abraz) sememangnya bakal membuat anda yang menonton tergelak dan enjoy menonton filem ini.


Cik iena dan Syuhaida Abraz
Cik iena dan Syuhaida Abraz

Kedua-dua mereka melakonkan watak komedi bersahaja yang sangat baik . Mereka berdua begitu menjiwai watak dan pasti membuat penonton terhibur .

Sebenarnya Cik iena merupakan peminat Shukri Yahaya . Lakonan beliau sememangnya tidak pernah menghampakan CIk iena. Beliau sememangnya pelakon yang berbakat dan sangat menjiwai watak.

Cik iena dan Shukri Yahaya
Cik iena dan Shukri Yahaya

Kebelakangan ini Cik iena memang jarang hadiri Event kerana masalah kesihatan berbeza dengan jemputan kali ini. Antara sebab utama Cik iena rsvp kehadiran ke Malam gala ini adalah Shukri Yahaya.




Papar Kisah Kehidupan Blogger | Christine Suzanna sebagai Mia Seorang Blogger


Menariknya lagi tentang cerita ini bagi cik iena adalah ianya mengisahkan tentang seorang blogger bernama Mia yang dilakonkan oleh Christine Suzanna. Dimana Mia ingin membuat kajian tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya . Seperti yang anda sedia maklum Cik iena sendiri merupakan seorang blogger .

Cik iena dan Christine Suzanna
Cik iena dan Christine Suzanna

Cik iena juga seperti Mia jika ke tempat percutian, akan mencari sesuatu yang istimewa mengenai tempat itu dan ceritakan di dalam Blog. Berjalan-jalan dan mengambil gambar-gambar yang menarik. Terasa lah kerjaya seperti blogger ni juga di hargai oleh pembikin Filem gitu (^_~)


Watak Mia yang dibawa oleh Christine Suzanna merupakan salah satu tunjang utama filem ini. ia di lakonkan dengan baik oleh Christine Suzanna. Seorang blogger perempuan yang agak kasar. Berkelakuan seperti lelaki.

Pekin Ibrahim Menjiwai Watak


Bila cik iena tonton filem ni rasa macam eh dah kenapa Pekin Ibrahim ni, emo je. Suka perli-perli . Banyak berkias pun ya. Cik iena jadi tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi dengan Tiga sahabat karib yang terkenal suatu ketika dahulu dalam sukan surfing ini iaitu jimmy, bobby n mike malaya.

Ardell Aryana Berhijab Selepas Filem Surf This Love di rakamkan


Terlalu berahsia pekin ni. Haa bermaksud lakonan pekin pun best selain Shukri Yahaya ,Christine Suzanna dan dottie . Ardell Aryana juga tidak kurang hebat nya dia berlakon. Cik iena suka wajah comel dia lagi-lagi masa malam gala filem ini Ardell Aryana dah berhijab. Terserlah keayuan Ardell Aryana.

Untuk pengetahuan semasa pembikinan filem ini beliau masih belum berhijab dimana filem ini dirakam pada tahun 2017 dan kini Ardell Aryana telah berhijab. Cik iena lebih suka beliau bertudung. sangat cantik. Semoga bertambah rezeki beliau dengan penghijrahan baru ni. (Eh terkeluar topik)


Berjayakah Billie Menjadikan Mia Sebagai Permaisuri Hidupnya?


Kalau Cik iena cerita semua mengenai filem ni rasa tak best pula. Ada baiknya anda tonton sendiri filem ini. Adakah Billie berjaya memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya ?

Jika merujuk pada sinopsis(sinopsis sila baca di bawah) yang Bille nak memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya. Jika sebut permaisuri hidup mesti ada kaitan dengan majlis perkahwinan.

Adakah kesudahan filem ini berakhir di jinjang pelamin?

Anda tonton sendiri okay (^_~)

Rating

7/10


Malam Gala Filem Surf This Love


Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan Dottie di Malam Gala Filem Surf This Love

Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan Christine Suzanna di Malam Gala Filem Surf This Love


Malam Gala Filem Surf This Love
haha maaf saya peminat Shukri yahaya, banyak ambil gambar dia je

Malam Gala Filem Surf This Love
haha maaf saya peminat Shukri yahaya, banyak ambil gambar dia je



Malam Gala Filem Surf This Love
barisan pelakon dan krew

Malam Gala Filem Surf This Love
Malam Gala Filem Surf This Love

Malam Gala Filem Surf This Love
haha maaf saya peminat Shukri yahaya, banyak ambil gambar dia je..alahai comelnya dia gelak haha

Malam Gala Filem Surf This Love
haha maaf saya peminat Shukri yahaya, banyak ambil gambar dia je

Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan rakan blogger bergambar bersama pelakon utama Shukri Yahaya di Malam Gala Filem Surf This Love



Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan rakan blogger rafzan





Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena dan rakan blogger Nisa Kay

Wokay untuk pengetahuan semua pada malam gala tersebut ada tema iaitu Black and Gold. Cik iena sememangnya suka memakai mengikut tema.  Kalau dah kene ikut tema Cik iena grab apa je baju yang sesuai dengan tema. 

Bila tengok balik macam pelik baju ni pakai dengan skirt ni. Sepatutnya untuk skirt ni perlu pakai baju yang fit saiz badan tapi tak terlalu ketat supaya tak nampak gemok. jadi masa malam kejadian Cik iena kelihatan agak gemok haha.

Berikut merupakan gambar cik iena dengan tema Black and gold. Kali ini cik iena cuma mengenakan solekan ringkas. 



Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena di Malam Gala Filem Surf This Love dengan tema Black & Gold


Malam Gala Filem Surf This Love
Cik iena di Malam Gala Filem Surf This Love dengan tema Black & Gold



SURF THIS LOVE : GELORA JUARA
TARIKH TAYANGAN: 22 Februari 2018
GENRE: Romantik / Komedi
PELAKON: Shukri Yahaya, Christine Suzanna, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz
PENGARAH: Waan Hafiz
EDARAN: EmpireFilm Solutions



SINOPSIS FILEM SURF THIS LOVE



Billie (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal.


FILEM SURF THIS LOVE
FILEM SURF THIS LOVE


Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie. Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak.

Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki.


Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billie terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun.

Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur. Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang.


Walaupun Mia 1st time sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai. 

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billie.


Billie lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billie yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billie dalam sukan surfing walaupun Billie sering gagal dan tidak pandai dalam sukan itu.

Bagi Billie pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti kakaknya, tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.  Kini, Billie mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu menjadi juara sukan luncur ombak, dan memenangi hati Mia yang baru dikenalinya.


Hancur luluh hati Billie apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billie lebih frust lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. Terpaksalah Billie melupakan Mia dan menumpukan perhatiannya pada cita-cita asalnya.

Kehadiran Mike Malaya ke pulau itu memberikan semangat baru kepada Billie. Billie menemui Mike Malaya dan memperkenalkan dirinya sebagai adik kepada Bobby. Mike Malaya yang agak sinis dan sambil berseloroh cuba ‘meraikan’ perkenalan singkat itu.

Billie dengan yakin dan bersemangat, meminta Mike Malaya mengajarnya cara-cara surfing yang betul. Mike Malaya dengan berat hati bersetuju dan meminta Billie menunggunya malam itu di pantai. Pada mulanya Billie agak hairan kenapa Mike Malaya mahu mengajarnya surfing waktu malam tetapi dia tetap bersangka baik dengan Mike Malaya.

Walaubagaimanapun, Mike Malaya tidak mengotakan janjinya. Mike hanya mahu memperdayakan si Billie semata. Billie rasa terhina dengan perbuatan Mike Malaya dan sejak dari peristiwa itu, Billie tidak mengharap pada sesiapa lagi. Dia sudah hilang rasa hormat pada Mike Malaya.


Pada masa yang sama, Mike Malaya mahu melamar Mia di pulau itu. Mia agak terkejut dengan lamaran itu, akhirnya bersetuju dengan permintaan Mike untuk menjemput ahli keluarga kedua pihak bagi meraikan malam pengumuman tentang tarikh pernikahan mereka berdua.

Jimmy tidak gembira dengan kedatangan Mike Malaya ke pulau itu. Billie dan Lia hairan, kenapa dua sahabat itu kini dingin hubungan mereka. Lia dapat rasakan ada sesuatu rahsia besar yang pernah terjadi antara persahabatan ketiga-tiga juara luncur ombak itu.

Oleh kerana tidak tahan dengan hinaan Mike Malaya, Jimmy yang selama ini enggan mengajar Billie, berubah fikiran. Dia berjanji dan bertekad, akan memastikan Billie terus belajar dan handal meluncur di ombak seperti arwah Bobby dahulu.

Pada malam majlis pengumuman, Mike Malaya telah dimalukan oleh Mia. Hasratnya untuk melamar Mia bertukar menjadi peristiwa yang sangat memalukan. Mia bukan sahaja memutuskan perhubungan mereka berdua, malah memperkenalkan kekasih gelap Mike yang kini sedang hamil anak Mike sendiri.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku kini, tidak mematahkan semangat Billie. Malah Billie kini lebih bersemangat untuk menjadi juara sukan luncur ombak, dan sekaligus memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya.



Malam Gala Filem Surf This Love
Peace jangan lupa tengok tau . Bestttttttt



Wokay jangan lupa tau hari ni filem ini di tayangkan . Jangan lupa tonton, bawa keluarga sama-sama tengok. Memang anda semua akan ketawa :)

Tapi sejujurnya iena tak suka ending dia. We want more we want more. hahah rasa macam aik dah habis. Macam tu je ke . Haaa nak tau kenapa jangan lupa tengok okay . Mungkin kah akan ada Surf This Love 2 hahaha.







1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve