Grab The Promo

ATASI MASALAH PORI TERBUKA DENGAN JJ YOUNG

ATASI MASALAH PORI TERBUKA DENGAN JJ YOUNG


Masalah pori-pori terbuka merupakan salah satu masalah kulit wajah di kalangan wanita dan lelaki. Liang roma kita kelihatan seperti berlubang seakan-akan permukaan kulit buah oren. Ia pastinya akan mewujudkan rasa tidak selesa.


ATASI MASALAH PORI TERBUKA DENGAN JJ YOUNG



Biasanya ia terjadi di hidung, dagu dan pipi anda tapi sebenarnya ianya boleh berlaku di mana-mana bahagian wajah anda. 

Pori-peri terbuka menjadi liang pori sebagai pembukaan untuk bulu roma, saiz bulu roma kita bergantung pada saiz liang. Kadang-kadang campuran sel-sel kulit mati menyebabkan liang itu kelihatan lebih terbuka/besar atau tersumbat.

Untuk itu , amatlah penting untuk kita memakai skincare yang boleh merawat masalah ini. Untuk mendapatkan kulit yang licin, flawless, gebu dan cantik perlulah bermula dengan kulit yang tidak berjerawat dan tidak mempunyai masalah liang roma terbuka serta  masalah white heads dan bleakheads.


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC


Untuk itu di sini Cik iena ingin mencadangkan produk yang telah Cik iena cuba dimana ianya adalah bertujuan untuk penjagaan masalah liang roma terbuka besar iaitu produk dari CAOLION Cosmetics.


CAOLION Cosmetics


CAOLION Cosmetics telah memperkenalkan sistem penjagaan pori yang mudah untuk digunakan, JJ YOUNG menggunakan produk dan bahan unik CAOLION Cosmetics untuk sistem penjagaan pori yang sempurna

 JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC'S


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC

Antara produk dari JJ Young yang telah cik iena cuba adalah Steam & Cool Pore Mask, Pore Rosehip Mud Sheet Mask dan Pore Green Tea Mud Sheet Mask .

Unboxing






Steam And Cool Pore Mask




Steam And Cool Pore Mask merupakan mask pembersihan liang yang diaktifkan dengan stim yang membersihkan liang dengan mengeluarkan Blackheads dan Whiteheads. Kesan pendinginan oleh Cool Pore Mask  pada wajah dapat mengetatkan liang pori-pori yang telah diperbesarkan semasa memakai Steam Pore Mask. Seterusnya ia dapat mengawal liang pori dan kawalan sebum pada wajah.


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC

Hot + Pore Cleansing + Blackheads

  • Berfungsi untuk Menghilangkan sel-sel kulit mati, sebum, dan bintik hitam di dalam liang pori.
     
  • Menghilangkan kekotoran dalam liang dengan kandungan Kaolin, Charcoal Powder, dan Juglans Regia Shell Powder yang terkandung didalamnya
     
  • Meningkatkan penegangan kulit wajah dengan membuka dan membersihkan kekotoran dalam liang-liang pori.

Cooling + Pore Minimizing + Sebum Control


  • Memperbaharui kulit dengan mengetatkan liang-liang pori
  • KAndungan Bentonite, Charcoal, Volcanic Ash dan Kaolin berfungsi menegangkan kulit semasa menghilangkan kekotoran dan mengawal sebum.
  • Kandungan Vitis Vinifera Seed Oil dan Menthol menenangkan kulit dan membuatkakn kulit berasa sejuk dan segar.



Kandungan

Steam Mask:  Charcoal Powder, Juglans Regia Shell Powder ,Betaine dan Prunus Mume Fruit Extract
Cool Mask:  Volcanic Ash, Bentonite,  Vitis Vinifera  Seed Oil dan Menthol


Cara Penggunaan


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC


Langkah 1. HOT Pore Cleansing - JJ Young Pore Steam Mask


Sapukan jumlah yang mencukupi (3g) pada wajah anda. Urut perlahan selama 1 hingga  2 minit , biarkan selama 5 hingga  10 minit.  Kemudian Bilas bersih dengan air sejuk (untuk seluruh muka atau kawasan sasaran)

JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC

Langkah 2. COOL Pore Minimizing - JJ Young Pore Cool Mask 

Sapukan jumlah yang mencukupi (3g) pada wajah anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas bersih dengan air suam. (Untuk seluruh muka atau kawasan sasaran)


JJ Young Pore Steaming And Cooling Mask First Impressions



First Impressions Cik iena bila menggunakan mask ini, pertama sekali yang Hot Pore Cleansing sangat panas. Terasa pijau muka macam kene cili api . Tapi selepas 10 minit kepanasan beransur kurang.  Lepastu Cik iena cuci dan selepas pakai Cool Pore Minimizing kulit terasa sangat segar dan sejuk berangin rasa kulit wajah.

JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC


JJ Young Pore Steaming And Cooling Mask Review


Cik iena suka kombinasi kedua-dua mask ini kerna kulit cik iena dapat merasakan perbezaan apabila memakai kedua-dua mask ini terutama Hot Pore Cleansing. Walaupun wajah terasa sangat panas tetapi selepas memakainya kulit berasa sangat lembut dan lembab.


Kemudian selepas  memakai Cooling Mask kulit terasa bersih segar serta tegang. Cik iena sangat suka mask ini kerana terasa mask ini bekerja untuk mencantikkan kulit wajah cik iena. Walaubagaimanapun adalah di nasihatkan supaya memakai mask ini pada waktu malam sahaja kerana Hot Pore Cleansing mask sangat panas seperti pijau terkena cili api.

JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC


Selepas memakai kedua-dua mask ini adalah lebih bagus jika kita memakai  Pore Rosehip Mud Sheet Mask atau Pore Green Tea Mud Sheet Mask.

Rating

 9/10



Pore Rosehip Mud Sheet Mask


Ia dikatakan mampu meningkatkan keanjalan kulit dan kecergasan tanpa rasa iritasi pada wajah. . Mask ini merupakan Produk untuk kulit yang mudah digunakan dimana ianya meresap jauh ke dalam kulit dengan manfaat lumpur/mud.


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC


Kandungan bentonit dan Kaolin yang terdapat dalam masker ini juga membantu mengawal sebum dan memberikan ketegangan pada wajah. Selain itu terdapat Ekstrak Rosehip yang mengandungi vitamin dimana ianya bertujuan untuk menguatkan kulit serta mengawal sebum pada wajah.

Kandungan Betaine pula mampu menghalang kehilangan penghidratan dan meninggalkan kelembapan kulit agar kelihatan lebih sihat, segar dan bermaya.


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC


Kandungan

Rosa Cania Fruit, Kaolin, Bentonite dan  Betaine

Cara Penggunaan


  1. Selepas bersihkan muka,gunakan toner pada wajah.
  2. Ambil bahagian atas topeng, tanggalkan clear film dan pakai pada kawasan dahi (Bahagian yang menghadap clear film yang ditanggalkan keluar mesti diletakkan pada kulit wajah)
  3. Sapukan topeng sebelah bawah pada kulit di sekitar kawasan bibir dengan cara yang sama (kedua-dua topeng harus bertindih)
  4. Biarkan selama 20 ~ 40 minit sehingga topeng benar-benar kering.
  5. Setelah kering, ambil topeng bahagian atas dan bahagian atas dan keluarkan secara perlahan.
  6. Bilas muka dengan air dan teruskan dengan pemakaian skincare anda yang lain.
-Jumlah masa untuk topeng kering mungkin berbeza bergantung pada jenis kulit dan suhu.

Pore Rosehip Mud Sheet Mask Review


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC

Secara keseluruhannya cik iena sangat suka mask ini . Rasa segar sangat selepas buka mask ni. Tapi mask ni tak boleh bawa tidur sebab kandungan lumpur akan mencomotkan bantal :)


Rating

10/10

Pore Green Tea Mud Sheet Mask


Mask  ini berfungsi untuk melembapkan dan menenangkan kulit dengan ekstrak daun teh hijau. Ianya berfungsi untuk mengawal sebum yang berlebihan dan membersihkan semua liang .

JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC


Kandungan

Camellia Sinensis Leaf Extract, Kaolin, Sea Silt dan Betaine 

Cara Penggunaan


  1. Selepas bersihkan muka,gunakan toner pada wajah.
  2. Ambil bahagian atas topeng, tanggalkan clear film dan pakai pada kawasan dahi (Bahagian yang menghadap clear film yang ditanggalkan keluar mesti diletakkan pada kulit wajah)
  3. Sapukan topeng sebelah bawah pada kulit di sekitar kawasan bibir dengan cara yang sama (kedua-dua topeng harus bertindih)
  4. Biarkan selama 20 ~ 40 minit sehingga topeng benar-benar kering.
  5. Setelah kering, ambil topeng bahagian atas dan bahagian atas dan keluarkan secara perlahan.
  6. Bilas muka dengan air dan teruskan dengan pemakaian skincare anda yang lain.
-Jumlah masa untuk topeng kering mungkin berbeza bergantung pada jenis kulit dan suhu.



Pore Green Tea Mud Sheet Mask Review


Sama seperti Pore Rosehip Mud Sheet Mask, cik iena sangat suka mask ini . Rasa segar sangat selepas buka mask ni. Tapi mask ni tak boleh bawa tidur sebab kandungan lumpur akan mencomotkan bantal :)

Rating

10/10


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC

VIDEO REVIEW




Kepada anda diluar sana yang ingin mencuba produk ini boleh dapatkan di Sephora tidak lama lagi kerana produk ini akan di pasarkan di Sephora secara global dalam masa terdekat. Atau anda juga boleh beli secara online di laman web mereka.


Untuk Maklumat LAnjut :


Website : http://www.caolion.com/
FAcebook: https://www.facebook.com/caolion
Instagram : https://www.instagram.com/caolion_korea/


JJ YOUNG BY CAOLION COSMETIC



 Secara keseluruhan Cik iena sangat suka mask JJ Young ni .Kalau rajin amalkan memang kulit akan licin tiada masalah pori terbuka . Takde la nampak muka macam berlopak-lopak tu. KAdang-kadang tengok muka orang takde jerawat tapi nampak kasar.  Itu sebab dia mengalami masalah pori terbuka.

MAsalah pori terbuka ni pun boleh membuatkan wajah kita tua dari usia. JAdi jangan lupa atasi masalah pori terbuka okay (^_~)















0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve