Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Pelbagai gelombang elektromagnet terkandung dalam cahaya matahari, yang mana kebanyakannya adalah ultraviolet (UVR) dan radiasi inframerah. UVR dibahagikan kepada 3, iaitu UVA, UVB dan UVC. Radiasi UVA (95%) dan UVB (5%) mencapai permukaan bumi, manakala UVC diserap dengan sempurna oleh lapisan ozon.

Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Bahaya UVR telah lama diketahui oleh pakar. Pelbagai gangguan kulit boleh dicetuskan oleh pendedahankepada UVR. Gangguan kulit boleh berlaku dengan pantas, seperti sinaran matahari yang mengelapkan dan merosakkan kulit. Gangguan secara perlahan juga boleh berlaku, kebiasaannya gangguan perlahan ini menyebabkan masalah kronik seperti kanser kulit dan photoaging.

Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Tahukan anda, Cahaya matahari bertanggungjawab untuk 80% proses penuaan di wajah . Photoaging adalah proses penuaan yang berlaku akibat cahaya matahari, berbeza dengan penuaan kronologi (berdasarkan umur / intrinsik).


Salah satu atu cara untuk mengelakkan kesan buruk cahaya matahari adalah menggunakan pelindung matahari. Sunscreen atau pelindung matahari adalah bahan yang menapis cahaya matahari, mengurangkan jumlah UVR yang mencapai permukaan kulit, yang dijangka dapat mengurangkan kesan buruk UVR.

Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Disini Cik iena ingin berkongsi Sunscreen untuk wajah yang sedang cik iena guna dari The Body Shop iaitu  Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50.


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50 dari The Body Shop


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


The Body Shop memperkenalkan Essence Perlindungan Kulit Baru Perlindungan SPF 50 PA ++++, perlindungan multi-kuat  untuk membantu melindungi kulit anda dari hari demi hari .  Berikut merupakan antara kebaikan Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


  • Perlindungan UVA: PA ++++: Membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA, termasuk sinaran UVA panjang, yang mencapai kedalaman kulit dan mempercepat proses penuaan kulit
     
  • Perlindungan UVB: SPF 50 membantu melindungi kulit daripada sinaran UVB yang mencetuskan kemerahan dan merosakkan permukaan kulit
     
  • Antioksidan: Membantu melindungi kulit daripada penceroboh luar seperti pencemaran alam sekitar yang melemahkan keupayaan kulit untuk kekal sihat
     
  • Anti-kekusaman: Dengan ekstrak alga merah dan vitamin C mencerahkan kulit untuk kulit yang lebih bercahaya
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50 didatangkan dengan dua saiz iaitu 40ml dan 60ml dimana ianya di jual pada harga RM 125.50 (40ml) dan RM155.00 (60ml).

Kandungan


Aqua/Water/Eau, Alcohol Denat., Ethylhexyl Methoxycinnamate, Neopentyl Glycol Diheptanoate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Butylene Glycol, Dimethicone, Glycerin, Polymethyl Methacrylate, Cetearyl Alcohol, Phenoxyethanol, Octocrylene, Chlorphenesin, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Cetearyl Glucoside, Sclerocarya Birrea Seed Oil, Parfum/Fragrance, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Sodium Hydroxide, Palmaria Palmata Extract, Carbomer, Linalool, Tocopherol, Limonene, Citronellol.


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Cara Penggunaan


Sapukan pada muka dan leher,  perlahan-lahan urut ke kulit setiap pagi selepasmemakai krim pelembap harian anda, sebelum menggunakan solekan. Elakkan dari terkena kawasan mata. Sunscreen di gunakan sebelum anda keluar ke tempat yang terdedah kepada sinaran matahari.

Review Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Secara keseluruhan nya Cik iena suka Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50 dari The Body Shop ini. Teksturnya ringan dan diserap dengan baik ke dalam kulit wajah. Selain itu ianya juga tidak membuat kulit cik iena kering. Ia juga tidak meninggalkan apa-apa kesan yang melekit pada kulit.

Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Tekstur Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Harumannya juga sangat Cik iena gemari . Berbau harum dan wangi dan sangat menenagkan. Apa yang paling penting Cik iena boleh berada di luar tanpa kebimbangan bahawa Kulit akan menjadi lebih gelap.


Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
Untuk anda yang tidak gemar bersolek , Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50 ini boleh digunakan selepas anda mencuci wajah, memakai toner, serum dan pelembab . Ianya membantu mengurangkan masalah kulit yang kemerah-merahan jika terkena sinaran matahari.


Pada anda yang gemar bersolek seperti Cik iena sudah pasti ianya di pakai sebelum mengenakan solekan. Apa yang cik iena dapat rasakan. Krim ini mudah untuk diaplikasi dan solekan pun mudah melekat.


Perlu di ingat bahawa kebiasaannya foundation tidak mempunyai fungsi pelindung matahari, jadi walaupun anda bersolek kelihatan putih dek kerana foundation, sekiranya anda tidak memakai krim pelindung matahari kulit anda akan rosak terkena sinaran matahari. Jangan lah sampai cantik di luar rosak didalam :)


Video Review Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50

Rating

10/10

Untuk Maklumat Lanjut dan promosi terkini sila layari dan ikuti mereka di :-


Website :  www.thebodyshop.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/TheBodyShopMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/thebodyshopmalaysia/
Youtube  : https://www.youtube.com/channel/UCmj1X4FsDGt2ZRHIplIjoRw











0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog