Grab The Promo

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang

Malaysia sememangnya terkenal dengan aneka juadah makanan yang mengandungi santan yang mana ianya dikatakan makanan berlemak yang kurang sihat dan tidak sesuai diamalkan selalu.
Tambahan lagi pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pelbagai hidangan berlemak yang menanti , seperti lemang, ketupat, rendang, sambal sotong, masak lodeh, mi kari dan bermacam-macam lagi.


Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang




Semuanya kelihatan menyelerakan. Namun ianya merupakan makanan yang mengandungi tinggi  kalori, kolesterol dan lemak tepu. Bukan saja bakal menjadi penyebab pertambahan statistik kes obesiti di Malaysia, ia juga akan mengundang pelbagai jenis penyakit



Justeru itu disini Cik iena ingin berkongsi kepada anda salah satu menu sihat yang asalnya menggunakan santan namun di ubah suai menggunakan bahan yang sihat untuk seisi keluarga.

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang


Fonterra Brands Malaysia
Produk Fonterra Brands Malaysia

Dalam resepi ini , Santan , Cik iena gantikan dengan susu rendah lemak Fernleaf full cream UHT milk untuk kulit kuih gulung atau ketayap dan Anchor Culinary cream sebagai pengganti santan dalam masakan Dry Chicken Curry Rendang. Manakala Anlene Plain Yogurt sebagai pengganti asam keping .


Fonterra Brands Malaysia
Produk Fonterra Brands Malaysia

Kuih ini merupakan inspirasi kuih tradisi Malaysia dan kombinasi elemen masakan tradisi melayu dan india yang ditambah dengan elemen New Zealand . NZ merupakan negara yang kaya dengan hasil tenusu, Seperti kita sedia maklum produk tenusu sangat baik untuk pertumbuhan badan kerana ianya kaya dengan protein dan kalsium yang baik untuk tulang.




Jadi di sini cik iena menggunakan element NZ iaitu produk tenusu dalam hidangan makanan cik iena dimana Anchor Pure New Zealand Butter, Culinary cream,cheedar shredded cheese dan Anlene yogurt digunakan dalam Dry Chicken Curry Rendang . Manakala fernleaf fullcream milk dan Anchor Pure New Zealand Butter dalam kulit kuih gulung. Manakala tambahan salad dan tomato untuk menyeimbangkan gizi makanan.



Ramuan:


  • 3 Cawan tepung gandum
  • 1 Biji telur ayam
  • 4 cawan Fernleaf full cream UHT milk
  • 2 1/2 sudu minyak masak
Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang

Cara Penyediaan

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Fernleaf full cream UHT milk sebagai pengganti santan
1. Blend semua bahan sehingga sebati, sekiranya pekat tambah air dan sekiranya cair tambah tepung
2. Masak seperti memasak lempeng dengan menggunakan sedikit Anchor Pure New Zealand Butter
3. Letakkan Dry Chicken Curry Rendang diatas kepingan kulit kuih gulung dan taburkan Anchor Cheedar shredded Cheese , kemudian gulung

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
taburkan Anchor Cheedar shredded Cheese

Ramuan untuk Kari:



Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Bahan kisar

  • 500 gm isi ayam di potong kecil
  • 1 1/2 cawan Anchor Culinary cream
  • Bahan Kisar
  • 1 1/2 biji Bawang besar
  • 6 hingga 7 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 3 Batang serai
  • Beberapa helai Daun kari
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 sudu besar Kerisik
  • Sudu besar Anlene Plain Yogurt
  • Anchor Cheedar shredded Cheese
  • Garam secukup rasa
  • Ajinamoto secukup rasa
  • 2 Sudu Besar Rempah kari


Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Dry Chicken Curry Rendang

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan yang dikisar menggunakan Anchor Pure New Zealand Butter Sehingga naik bau
2. Masukkan serai yang di ketuk, daun kunyit dan daun beberapa helai daun kari
3. Masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
4. Masukkan isi ayam dan Anchor Culinary cream menggantikan santan
5. Masukkan Anlene Plain Yogurt menggantikan asam keping
6. Masukkan kerisik
7. Masukkan Garam dan Ajinamoto secukup rasa



Tambahan : salad dan tomato



Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Anchor Culinary cream menggantikan santan

Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Anlene Plain Yogurt menggantikan asam keping



Menarikkan menu ni, selalunya kuih gulung atau ketayap berintikan kelapa manis tu. Berbeza kali ini Cik iena gunakan Dry Chicken Curry Rendang sebagai inti kuih ini. Kenapa ianya Dry atau kering sebab untuk jadikan inti ianya harus kering. Kalau berkuah seperti kari mahupun rendah biasa, akan menjadikan kulit gulung atau ketayap lembik.



Resepi Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang
Kuih Gulung Dry Chicken Curry Rendang



Untuk pengetahuan semua resepi ini Cik iena telah hantar pada Fonterra Brands Malaysia. Istimewa buat  pembaca  blog www.ienaeliena.com . Terdapat  online contest di Facebook Fonterra Brands Malaysia khas buat anda. Anda cuma perlu like, komen nama resepi yang menarik dan kreatif yang sesuai untuk menu yang cik iena telah buat ini dan akhir sekali Share untuk meningkatkan peluang anda memenangi contest ini.

Jadi jangan lepaskan peluang dan Cepat-cepat terjah page mereka dan rebut peluang untuk memenangi Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan Fonterra Brands Malaysia Products!!

Jemput like pic cik iena ye : http://bit.ly/fonterrabrand
Kuih ini merupakan inspirasi kuih tradisi Malaysia dan kombinasi elemen masakan tradisi melayu dan india yang ditambah...
Posted by Fonterra Brands Malaysia on Monday, May 28, 2018

Cara-cara mudah saja :


1) Like Fonterra Brands Malaysia page
2) Like resepi favourite di dalam album di Fonterra Brands Malaysia page
3) Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi pilihan korang dan tag 3 rakan
4) Share untuk tingkatkan peluang anda untuk menang!











0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve