FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Instagram dan Fashion sememangnya saling berkait. Ramai diantara anak muda yang gemar menggunakan Instagram sebagai medium social media untuk berkongsi gambar OOTD yang mereka gayakan. Cik iena yakin anda pasti tau apa itu OOTD. Pada yang masih belum mengetahui nya OOTD adalah bermaksud "Outfit Of The Day".

Cik iena sendiri juga gemar berkongsi pakaian apa yang Cik iena pakai di instagram Cik iena . Walaupun adakalanya posting cik iena pada hari tersebut bukan highlight mengenai pakaian yang cik iena pakai akan tetapi tetap ade rakan followers yang bertanya tentang pakaian yang cik iena gayakan.

Jadi bagi pengusaha-pengusaha butik khususnya instagram juga adalah platform yang bagus untuk mereka mempromosikan pakaian butik mereka. Tambahan lagi pembelian secara online di instagram sekarang sudah menjadi trend.



FESYEN.INSTA – OOTD TRENDY PALING WIN




Maka dengan itu disini Cik iena ingin berkongsi tentang rancangan baru di hurr.tv iaitu Fashion.Insta

Menururt Datin Elaine Daly selaku Pengarah Saluran hurr.tv

 “Fashion.Insta adalah program panduan fesyen untuk hijabistas – wanita Islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka.Menerusi kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih ini, penonton boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan di laman web beli@hurr, https://shop.hurr.tv walaupin berada di rumah mahupun pejabat sendiri, sekaligus menjimatkan masa berbanding membeli-belah di kedai fizikal,”





FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

FESYEN.INSTA OOTD TRENDY PALING WIN 


Fashion.Insta merupakan Program fesyen dan beli-belah online untuk hijabista moden yang disiarkan setiap Selasa di hurr.tv.

Rancangan ini adalah Kusus buat Hijabista yang inginkan panduan gaya yang trendy namun dalam masa sama turut menampilkan kesopanan si pemakai.  Ianya juga merupakan Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program fesyen dan beli-belah online, Fesyen.Insta, khusus untuk hijabista yang menginginkan gaya Muslimah yang modest tetapi stylish.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

Fesyen.Insta menampilkan beberapa buah butik menjual pakaian atau aksesori yang menepati citarasa gaya hijabista serta mereka yang ingin kelihatan elegan, bergaya dan selesa. Program ini mengandungi 10 episod dan ianya dihoskan oleh dua orang Instafamous berhijab yang terkenal dengan pemakaian trendy serta sopan iaitu Sharifah Rose dan Tasnim Shah.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Untuk pengetahuan, Fesyen.Insta akan bersiaran setiap hari Selasa bermula 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018, jam 5 petang.

Dalam rancangan ini, pada setiap episod, Sharifah dan Tasnim secara bergilir-gilir akan melawat butik fesyen terpilih yang menjual pakaian serta aksesori sesuai untuk diperagakan bagi wanita yang inginkan inspirasi fashionable, sopan dan selesa. Antara butik yang dilawati mereka adalah Misslily Shop, Muslimah4U, ARCO.MY, Calaqisha dan Minimalace. 


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN
Setiap episod juga menampilkan hos yang akan menggayakan beberapa koleksi pakaian dan aksesori  mengikut tema daripada butik fesyen berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri rekaan khusus yang dijual. Hos akan turut berkongsi tips ‘do’s & don’ts’ sebagai panduan antaranya bagaimana menjadikan mix and match anda kekal on point serta mengelakkan kesilapan dalam bergaya.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

Anda juga boleh membeli koleksi pakaian dan aksesori yang ditampilkan di laman web beli@hurr di https://shop.hurr.tv/.  

Kepada anda yang terlepas untuk menonton rancangan ini anda boleh tonton di bawah untuk episod satu , dua dan tiga . Jangan lupakan saksikan rancangan Fashion.Insta pada setiap hari selasa jam 5 petang di hurr.tv

Episod 1 : Tasnim Shah with MissLilyShop

Fesyen.Insta | Tasnim Shah Kuat Membawang Jugak!





Episod 2 : Sharifah Rose with Muslimah4U

Fesyen.Insta | Last Tips Sebelum Sharifah Rose Jadi Model






Episod 3 : asnim Shah with ARCO.MY

Fesyen.Insta | Rahsia Tasnim Shah Terbongkar!




Untuk membeli dari butik di dalam episod sebelum ini sila layari pautan dibawah mengikut episod

Episode 1: https://shop.hurr.tv/collections/misslilyshop
Episode 2: https://shop.hurr.tv/collections/muslimah4u
Episode 3: https://shop.hurr.tv/collections/arco-my 




Waktu Siaran FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Hari : Selasa  (bermula 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018)
Waktu : 5 Petang



REVIEW PEMBELIAN ONLINE DI HURR.TV


Jika sebelum ini Cik iena ada tulis mengenai Nak Beli Pre-Loved ONz di hurr.tv tetapi Cik iena tidak sempat beli kerana apa yang Cik iena suka dah habis. Kali ini Cik iena tak lepaskan peluang. Dan cik iena telah membeli jenama kesukaan Cik iena iaitu ARCO.

Secara keseluruhan proses pembelian online ok. Page load ok sahaja. Method pembayaran pun banyak. Cuma koleksi yang di jual sangat sedikit. Tidak kesemua koleksi ada . Jadi cadangan Cik iena perbanyakkan koleksi atau jika hanya koleksi tertentu yang di jual. Jual pada harga promosi bukan harga asal. 


Jika ianya dijual pada harga asal mungkin pembeli akan lebih memilih untuk membeli daripada personal shopper yang selalu mereka beli atau membeli dikedai itu sendiri. Ini adalah pandangan Cik iena la. Cik iena yakin dan pasti semua orang sukakan diskaun. Orang akan lebih memilih harga yang lebih murah pada kualiti yang sama (^_~)







Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, sila layari di:  




1 comments:

  1. singgah sini

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog