Grab The Promo

Nak Beli Pre-Loved ONz di hurr.tv

'Nak Beli' adalah program eksklusif membeli-belah dalam talian untuk barangan pre-loved selebriti dan personaliti media sosial kegemaran anda. Dimana dalam rancangan ini selebriti atau personaliti media sosial pilihan akan memperkenalkan sendiri koleksi peribadi mereka yang akan dijual dengan harga yang menarik di laman web hurr.tv, Beli@hurr.

Nak Beli Pre-Loved Selebriti dan Personaliti Media Sosial di hurr.tv


Dalam rancangan tersebut juga mereka akan menyatakan mengapakah mereka ingin menjual barangan pre-loved mereka dan anda juga boleh bertanyakan apa-apa soalan berkaitan di ruangan chat. Sebagai contoh anda ingin tahu harga asal barangan tersebut, atau anda ingin tahu di mana beliau membeli barangan tersebut dan apa jua soalan yang berkaitan.

Sewaktu rancangan sedang berlansung , sekiranya ada diantara barangan pre-loved yang telah terjual, anda juga akan dimaklumkan oleh personaliti media sosial yang sedang melakukan jualan pre-loved mereka. Setiap minggu akan ada personaliti media sosial yang berbeza untuk menjual barangan pre-loved mereka.

Personaliti Media Sosial  Sharifah Rose
Personaliti Media Sosial  Sharifah Rose


Sebagai contoh di episod web pertama yang disiarkan pada 20 April yang lepas, Sharifah Rose telah memperkenalkan sepuluh barangan peribadinya termasuk baju, kasut tumit tinggi, tas tangan dan shawl yang dijual secara eksklusif di laman web Beli@hurr, http://shop.hurr.tv.

Barangan pre-loved Sharifah Rose mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan sejumlah enam daripada sepuluh barangan yang diperkenalkan berjaya dijual di dalam tempoh dua jam selepas program berlangsung.Saksikan episod web pertama di sini: https://www.hurr.tv/jom-layan/nak-beli/sharifah-rose/



Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine ,
 “Arah aliran untuk memilih barangan pre-loved memang telah ada sejak dulu lagi dengan kehadiran kedai vintaj, flea market, car boot sale, bazaar,kedai amal dan sebagainya. Kini, pembelian barangan pre-loved secara online sudah lazim di kalangan belia. Menerusi program ‘Nak Beli’, penonton bukan sahaja berpeluang untuk mengenali lebih dekatpersonaliti kegemaran mereka, malah koleksi peribadi mereka juga boleh diperoleh dengan harga yang rendah dan mampu milik.”


Tambah Datin Elaine lagi,

“Menjelang bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk penonton membeli-belah
barangan pre-loved yang dipaparkan dengan harga yang menarik sekaligus bergaya dengan koleksi
berkenaan di musim perayaan. Sudah pasti membeli barangan pre-loved adalah alternatif untuk
pembeli bijak yang mahukan harga lebih baik, membantu mengurangkan pembaziran dan mesra alam
serta memberikan keseronokan dan kepuasan yang hebat kepada pembeli.”
Personaliti Media Sosial  Nisha Ezzati
Personaliti Media Sosial  Nisha Ezzati

Pada Minggu kedua pula menampilkan  Personaliti Media Sosial  Nisha Ezzati , anda boleh lihat di https://www.hurr.tv/jom-layan/nak-beli/nisha-ezzati/

Dan Esok 4 Mei  Personaliti Media Sosial Ika Shafarey akan menjual barangan pre-loved beliau .


 Personaliti Media Sosial Ika Shafarey
Personaliti Media Sosial Ika Shafarey


Manakala pada minggu berikutnya  iaitu minggu ke 4 bertarikh 11 Mei 2018 , Personaliti Media Sosial Syuhaila akan menjual barangan pre-loved beliau.



 Personaliti Media Sosial Syuhaila
Personaliti Media Sosial Syuhaila


Jadi kepada anda di luar sana jangan lupa saksikan Program " Nak Beli " ini di https://www.hurr.tv
 pada setiap hari jumaat jam 8.30 malam secara lansung dan dapatkan koleksi pre-loved selebriti dan Personaliti Media Sosial  kesayangan anda :)



Nak Beli Pre-Loved Selebriti dan Personaliti Media Sosial di hurr.tv
Nak Beli Pre-Loved Selebriti dan Personaliti Media Sosial di hurr.tv


Untuk melihat kesemua Selebriti dan Personaliti Media Sosial yang terlibat yang telah menjual barangan pre-loved mereka boleh lihat di https://www.hurr.tv/jom-layan/nak-beli/









2 comments:

  1. amboih.. kalau ada berkenan barangan yang artis tu pakai boleh la beli dengan separuh harga ye?

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve