Grab The Promo

5 Sebab Utama Sarawak Wajib Jadi Destinasi Percutian Anda.

Sarawak merupakan negeri terbesar diantara 13 buah negeri di dalam Malaysia. Ia terletak di hujung utara dan utara-barat Borneo yang meliputi ukuran 124,450 km persegi dan seluas lebih 750 km.

Sarawak boleh dikatakan unik kerana terdapat budaya, pentadbiran dan gaya hidup yang sangat berbeza. Sarawak memiliki penduduk seramai 2.4 juta orang yang terdiri daripada lebih kurang 27 kumpulan etnik utama yang masih wujud, masing-masing dengan bahasa, tradisi dan gaya hidup tersendiri.


5 Sebab Utama Sarawak Wajib Jadi Destinasi Percutian Anda.

Kepelbagaian Etnik dan suku kaum ini menampakkan kemajmukan penduduk di Negeri Sarawak  yang hidup dalam semangat harmoni dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan antara satu dengan yang lain.Kesemua etnik dan suku kaum ini mempunyai bahasa,kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri termasuk juga perihal adat nya yang unik mengikut suku kaum.

Sarawak juga terkenal dengan kekayaan sumber-sumber asli. Gas asli cecair, minyak mentah dan kayu keras tropika banyak menyumbang dan membantu dalam mengekalkan ekonomi, di mana dalam beberapa dekad yang lalu, industri pertanian (minyak kelapa sawit), industri-industri ringan dalam pemprosessan makanan, pembinaan kapal dan elektronik menjadi semakin penting.



MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"
CIK IENA DI MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"



Baru-baru ini Cik iena telah berkesempatan untuk menghadiri satu majlis Pelancaran Logo visit Sarawak dan merasmikan Kempen Visit Sarawak 2019 dengan tagline "Sarawak, More To Discover" .


PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"


Majlis ini berlansung penuh meriah di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur dengan kehadiran para tetamu kehormat, media dan blogger. Majlis ini juga turut diserikan oleh penyanyi terkenal Malaysia yang berasal dari Sarawak iaitu Dayang Nurfaizah.


MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"



MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"



Logo Visit Sarawak telah di rasmikan oleh Menteri Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak iaitu Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah . Dengan perasmian Logo ini, secara tidak lansung Kempen visit sarawak 2019 juga dilancarkan.


MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"



MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"

Sarawak mensasarkan kehadiran 5 juta pelancong bagi tahun 2019 berikutan pelancaran kempen 'Visit Sarawak'  ini kata Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Sarawak  Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.



MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"


Menurut beliau , anggaran berkenaan adalah sama dengan sasaran tahun 2017 tapi bermungkinan berlaku peningkatan jumlah pelancong khususnya dari luar negara iaitu China dan Singapura.

Tambah beliau lagi

"Tahun lepas (2017) sebenarnya kita sasarkan jumlah yang sama iaitu 5 juta pelancong namun kita hanya mencapai jumlah iaitu 4.85 juta pelancong ke Sarawak.

"Tahun ini sebenarnya kita letakkan jumlah yang agak tinggi iaitu 5.2 juta pelancong dan sehingga September baru-baru ini kita mencapai lebih 3 juta pelancong dalam dan luar negeri. InsyaAllah hujung tahun akan lebih ramai kerana pada masa itu adalah cuti sekolah dan sebagainya," 








Logo visit Sarawak 


Design logo yang cantik, menarik, warna-warni dan sangat menarik perhatian sesiapa jua yang melihatnya. Design ini sememangnya melambangkan kepelbagaian yang terdapat di Sarawak.




Untuk pengetahuan setiap warna pada logo mempunyai makna yang tersendiri. Terdapat 7 warna yang menunjukkan terdapat 7 daerah di sarawak.

  • Merah & Kuning : Melambangkan warna bendera negeri sarawak, merah dan kuning
  • Oren : Mewakili kekuatan dan semangat pelbagai etnik dan komuniti di Sarawak
  • Hijau : Melambangkan kaya dengan alam semulajadi
  • Biru : Ketenangan laut disepanjang pantai sarawak
  • S : Logo design curling patten melambangkan design tradisional Sarawak . Kebiasaannya ia selalu digunakan sebagai kerja seni orang Dayak & Ulu.
  • Kepala tanduk : Melambangkan bumi kenyalang yang mempunyai negeri yang kaya dengan kebudayaan, dan ditambah sedikit rekabentuk yang melambangkan alam semulajadi.
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"
CIK IENA SEMPAT BERGAMBAR BERLATAR BELAKANGKAN  LOGO VISIT SARAWAKYANG BARU DILANCARKAN

Tagline "More To Discover"


Dengan mensasarkan kehadiran  jumlah terkumpuk sebanyak 5.2 juta pelancong pada hujung 2019, Lembaga Pelancongan Sarawak menggunakan "Tagline,"More To Discover" sebagai stratergi untuk meletakkan kedudukan negara Malaysia terutama sarawak sebagai negara yang mempunyai pelbagai budaya, pengembaraan, alam, makanan, dan perayaan (CANFF) yang tidak dijumpai di mana-mana sahaja di dunia.


5 Sebab Utama Sarawak Wajib Jadi Destinasi Percutian Anda


Terdapat pelbagai jenis kategori untuk diterokai jika nak ke Sarawak. Diantara  yang perlu anda terokai adalah budaya, makanan, alam semulajadi, pengembaraan, dan juga festival.


1. Discover Food


Negeri Sarawak bukan sahaja kaya dengan budaya yang berbilang malah mempunyai aneka pilihan makanan kebudayaan  dan tradisional yang banyak. Makanan Eksotik juga banyak terdapat di Sarawak .


Antara makanan Sarawak yang perlu anda cuba adalah Ayam Pansuh, Pekasam Ensabi, Kasam Ikan, Cakar Ayam, Hinava Ginapan, Umai, Mee Kolok, Laksa Sarawak, Pucuk Midin,Midin Belacan, Kueh Chap, Manok Kacangma, Buah Dabai, Penganan, kek lapis sarawak dan banyak lagi.



VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER
VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER




Pada Majlis Pelancaran Logo Visit Sarawak, Cik iena berpeluang untuk merasa keenakan masakan Sarawak iaitu Umai, Ayam Pansuh dan  Laksa Sarawak.

Untuk pengetahuan ini merupakan pertama kali Cik iena memakan Umai . Cik iena jatuh hati pada  masakan Sarawak dengan keenakan rasa masakan Umai ini. Manakala Ayam Pansuh dan Laksa Sarawak juga sememangnya lazat dan sedap . Ayam Pansuh dan Laksa Sarawak merupakan masakan Sarawak yang pernah cik iena cuba sebelum ini.

Antara ketiga-tiga menu masakan Sarawak yang Cik iena cuba ini, Ayam Pansuh merupakan menu yang paling Cik iena suka kerana kuinikan cara masakannya . Ianya juga  merupakan masakan kegemaran keluarga Cik iena.

Kebiasaannya Ayam Pansuh Cik iena akan masak sendiri sahaja apabila berkelah di dusun buah-buahan keluarga di Kampung. Memandangkan ianya di masak di dalam buluh jadi ianya sangat sesuai untuk di jadikan Menu jika kita berkelah atau ber BBQ.

Pada yang ingin mencuba masakan Ayam Pansuh boleh cuba resepi yang sering cik iena gunakan ini dan ianya sangat sedap. Resepi ini dari kawan Cik iena yang berasal dari Sarawak. http://www.ienaeliena.com/2015/02/resepi-ayam-pansuh.html



2. Discover Festival





VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER
VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER



Seperti yang Cik iena nyatakan sebelum ini, Sarawak mempunyai 27 etnik , jadi sudah pasti akan wujud pelbagai festival di Sarawak. Antara festival yang boleh anda rasai pengalamannya ketika mengunjungi Sarawak adalah

  • Hari Gawai
  • Kaul Festival in Mukah
  • The Kapit Raft Safari
  • Mooncake Festival
  • Gawai Kenyalang
  • Rainforest World Music Festivals
  • Ba'Kelalan Cultural and Apple Fest
  • Balleh-Kapit Raft Safari 
  • Borneo Jazz
  • Kucing Waterfront Jazz Festival
  • Pesta Paul
  • Tidal Nore Festival
  • Borneo Cultural Festival
  • Pesta Meow 
  • Sarawak Regattaa



3. Discover Culture


27 jenis kumpulan etnik yang berbeza semestinya mempunyai  kebudayaan, adat, tradisi dan bahasa mereka yang tersendiri. Penduduk asli Sarawak terdiri terutamanya daripada orang Dayak (istilah "orang upah"), istilah umum yang meliputi kumpulan utama seperti Ibans, Bidayuhs, Kenyahs dan Kayans dan subkumpulan kecil seperti Murut, Punans, Bisayah, Kelabits, Berawans dan Melanaus.

MASYARAKAT PERIBUMI DAN SUKU - KAUM DI NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG
MASYARAKAT PERIBUMI DAN SUKU - KAUM DI NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG


Etnik suku kaum yang diterdapat di Sarawak juga boleh dibahagikan mengikut penempatan seperti pantai persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di kawasan dataran pantai, lembah - lembah sungai.

Berikut merupakan senarai etnik dan suku kaum yang terdapat di Negeri Sarawak 

SUKU - KAUM DI SARAWAK SECARA UMUM


  1. Iban
  2. Cina
  3. Melayu
  4. Bidayuh
  5. Melanau
  6. Kayan
  7. Kenyah
  8. Lun Bawang
  9. Penan
  10. Kelabit
  11. Kedayan
  12. Bisaya
  13. Berawan
  14. Lahanan
  15. Sekapan
  16. Kejaman
  17. Punan
  18. Baketan
  19. Ukit
  20. Sihan
  21. Tagal
  22. Tabun
  23. Saban
  24. Lisum
  25. Longkiput
  26. Kadazandusun
  27. Murut


SUKU KAUM BUMIPUTERA SARAWAK


1. Dayak
   Iban (Dayak Laut)
  1.       Sebuyau (Iban Sebuyau)
  2.       Remun (Iban Remun)
  3.       Balau (Iban Balau)
  4.       Saribas (Iban Saribas)
  5.       Iban Ulu Ai
  6.       Iban Undup
  7.       Iban Rajang

   Bidayuh (Dayak Darat)
  1.       Biatah - Padawan
  2.       Bukar/Sadong - Serian
  3.       Jagoi/Singai - Bau
  4.       Selakau/Lara - Lundu

2. Melayu Sarawak
  1.    Brunei (Melayu Brunei)
  2.    Dayak Muslim
  3.    Melayu Sumatera

3. Melanau
  1.    Melanau Mukah
  2.    Melanau Dalat
  3.    Melanau Oya
  4.    Melanau Matu-Daro-Rejang
  5.    Melanau Ba'ie (Bintulu)
  6.    Melanau Balingian
  7.    Melanau Miri
  8.    Melanau Igan

4. Orang Ulu:-
  1.    Kayan
  2.    Kenyah
  3.    Kajang
  4.    Kejaman
  5.    Punan
  6.    Ukit
  7.    Penan
  8.    Lun Bawang
  9.    Lun Dayeh
  10.    Murut
  11.    Berawan
  12.    Kelabit

5. Bisaya

6. Kedayan



SUKU KAUM BUKANBUMIPUTERA SARAWAK


1. Cina
  1. Suku Hokkien
  2. Suku Hakka
  3. Suku Yue (Kantonis)
  4. Suku Hainan
  5. Suku Hoklo
  6. Suku Hui
  7. Suku Henghua
  8. Suku Peranakan
  9. Suku Teochew
  10. Suku Lu

2. India
  1.  Suku Tamil
  2. Suku Bengali
  3. Suku Gujerati
  4. Suku Malayali
  5. Suku Sinhala
  6. Suku Telugu
  7. Suku Punjab

3. Kaum Peranakan
  1. Baba dan Nyonya
  2. Chetty 
Pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta. Menarik bukan, sangat ramai suku kaum rakyat Sarawak .  Jadi jom sama-sama kita discover culture di Sarawak :)
sumber  : MASYARAKAT PERIBUMI DAN SUKU - KAUM DI NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG


4. Discover Adventure


Kepada anda yang sukakan aktiviti lasak anda boleh cuba aktiviti mencabar seperti  hiking, jungle trekking dan banyak lagi. Selain daripada aktiviti di hutan anda juga boleh mencuba aktiviti  menerokai Gua. Sarawak sememangnya memiliki  banyak jenis gua.

VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER
VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER


Pada yang sukakan aktiviti air. Sukan air yang boleh anda cuba seperti, memancing, menyelam,  jet ski dan kapal layar.

Lebih menarik lagi jika anda cuba aktiviti kaum di sana dalam menghasilkan kraftangan . Anda boleh mempelajari cara membuat kraf tangan dari orang tempatan di Sarawak. Selain daripada itu anda juga boleh cuba belajar seni tarian suku kaum mereka.




5. Discover Nature


Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus. Ini menjadikan Sarawak adalah satu-satunya Negeri yang mempunyai Hutan Hujan Tropika Terbesar di Dunia. Terdapat pelbagai jenis spesis flora dan fauna terdapat di Sarawak.


VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER
VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER


Taman Negara Mulu merupakan tapak warisan UNESCO sejak dari tahun 2000 lagi bersama dengan Taman Negara Kinabalu di Sabah. Taman Negara Bako pula mencatatkan wujudnya manusia pertama yang menjejakkan kaki di taman ini dengan terjumpanya tapak kaki manusia pada tahun 1958 menjadikan ianya tapak kaki paling tua di Malaysia. Manakala Gua Niah pula merupakan tempat tinggalnya masyarakatt zaman Paleolitik dan Neolitik. Zaman ni kira zaman sebelum wujudnya tamadun manusia.


Menarikkan. Terdapat banyak tempat menarik di Sarawak untuk kita lawati sebenarnya. Tapi rata-rata ramai rakyat Malaysia lebih suka ke Luar Negara. Sebenarnya Sarawak tidak kurang hebatnya juga kerana terdapat pelbagai tempat menarik untuk anda terokai .

Jom jadikan Sarawak sebagai salah satu Destinasi Percutian 2019 anda. Disampinga anda menerokai Sarawak sedikit sebanyak dapat juga anda sumbangkan pendapatan kepada sektor peranginan di Sarawak dan meningkatkan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan pada masyarakat pedalaman Sarawak khususnya.

Secara kesimpulannya berikut merupakan antara tempat yang boleh anda kunjungi jika anda ke Sarawak . Ini antara yang sempat cik iena tulis. Cik iena pun tak habis khatam lagi pemplet-pemplet yang cik iena dapat semasa Majlis pelancaran logo visit sarawak .

Tempat Menarik Di Sarawak


  1. Taman Negara Niah
  2. Muzium Kebudayaan Sarawak
  3. Taman Negara Mulu
  4. Pasar Serikin
  5. Muzium Tekstil
  6. Muzium Sejarah Cina Sarawak
  7. Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh
  8. Sarakraf Pavilion
  9. Muzium Sarawak
  10. Tugu Kuching
  11. Taman Orkid Kuching
  12. Taman Buaya Jong
  13. Pantai Damai
  14. Borneo Highland Resort
  15. Fairy Cave & Wind Cave
  16. Taman Negara Kubah
  17. Kuching Civic Centre
  18. Kuching Wetlands National Park
  19. Muzium Kucing
  20. Taman Negara Gunung Gading
  21. Masjid Jamek Kuching
  22. Hutan Simpan Semenggoh
  23. Taman Negara Bako


My Insta Update














0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve