Grab The Promo

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Dewasa kini, barangan Pre-Loved semakin menjadi pilihan ramai.Apabila anda berbelanja di kedai yang menjual barangan pre-loved seperti Jalan Jalan Japan atau kedai bundle yang lain, wang anda mampu membeli barangan lebih dari anda jangkakan.

 Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
Cik iena di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Rata-rata, produk yang ditawarkan lebih murah dan  sangat mampu milik.Justeru itu ianya membolehkan anda menjimatkan wang untuk perbelanjaan penting yang lain yang semakin lama semakin meningkat harini.

Jalan Jalan Japan

 Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
 Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Jalan Jalan Japan merupakan kedai pre-loved barangan Jepun yang terbesar di Malaysia.Ia dibuka melalui kerjasama antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn Bhd, Koike Corporation Limited dan Bok Marketing Sdn Bhd.

Percaya atau tak dlm beg plastik tu jumlah kesemuanya RM99.20 sahaja . Ada 34 helai baju , 6 pasang kasut, 2 aksesori kimono, dan 2 mainan. Haaa betulllll tau.. Wokay ni,cik iena nk share.., tadi cik iena shopping dekat @jalanjalanjapanmy . . Untuk pengetahuan hari ni satu beg beso tu, total kene byr RM99.20 je tau.. Banyak gila barang japan pre loved yg sempat cik iena grab tadi..haha walaupun rushing nak pergi event dkt klcc td kan.. Menyempat je cik iena muatkan 34 helai baju dalam 3 plastik beg dekat Tapau Event Jalan jalan japan. . Haaa kalau nak tau tapau event ni korang cuma perlu beli beg plastik dan muat kan seberapa banyak baju dalam plastik tu.Satu plastik RM 5 , 3 plastik RM 10.. So tadi cik iena amek 3 plastik.. Yeayy shoping tanpa tengok price tag wakk.. Hahahah sampai mak iena penat la tadi..actually iena boleh muatkan lebih dr 34 helai tapi mak da tak larat..kahkahkah habis kecik iena gulung baju n buang angin plastik.. Nanti cik iena share video keje gile cik iena muatkan 34 helai baju dlm 3 beg plastik. Size beg plastik tu tak beso mana pn. Wokay nty iena edit video ye.. Pening ni nak jadi kan seminit😂😂😂 Pepaham la kalau iena da bebel kan..banyak la kene cut video tu haha. #jalanjalanjapan #jalanjalanjapanmy #ienaeliena #blogger #bloggermy #malaysianblogger #bloggermalaysia #lifestyleblogger
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on

Bookoff merupakan rangkaian dari Jepun dengan 800 kedai di seluruh dunia dengan pengalaman 27 tahun dalam perniagaan penggunaan semula (preloved item). Ianya beroperasi pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

 Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
Cik iena di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Selain menjual pelbagai barangan pre-loved, Jalan jalan japan juga menganjurkan beberapa promosi yang menarik dan sangat istimewa. antaranya adalah TaPauSub / Tapau Event.

TaPauSub / Tapau Event

TaPauSab  yang juga dikenali dengan Nama Tapau Event adalah acara jualan bulanan akhir bulan yang diadakan pada setiap hari sabtu di penghujung bulan bermula 27 Oktober 2018. Untuk pengetahuan anda, TaPauSab hanya  diadakan di dua cawangan Jalan-Jalan Japan iaitu di One City,Subang Jaya dan juga di 1 Shamelin Mall, Cheras.

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

TaPauSub membenarkan anda membeli-belah pakaian tanpa runsing akan tanda harga. Anda hanya perlu memilih pakaian yang anda suka dan memuatkannya di dalam plastik yang telah anda beli.
Harga yang ditetapkan adalah

  • RM 5 untuk 1 Plastik Bag
  • RM10 untuk 3 Plastik bag

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Syarat nya cuma beg plastik anda tidak boleh pecah. Anda boleh muatkan sebanyak mana pun baju yang anda pilih asalkan ianya muat didalam plastik dan tidak pecah.  Disini Cik iena ingin kongsikan pengalaman Cik iena semasa di TaPauSub yang mana Cik iena berjaya memuat kan 34 helai baju didalam 3 beg plastik yang berharga RM10 sahaja.bermakna disini Cik iena dapat membeli 34 helai baju pre-loved dengan harga RM10 sahaja.

34 Helai baju dengan Harga RM10 di TaPauSub Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Menarik bukan ? Cik iena dapat membeli 34 helai baju pre-loved dengan harga RM10. Dimana setiap sehelai baju jatuh pada harga lebih kurang RM0.30 . Sangat berbaloi tau . Tapi kalau anda inginkan baju yang cantik-cantik atau lebih banyak pilihan anda perlu hadir awal.

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Pengalaman Cik iena semasa di TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya beberapa minggu yang lepas sangat menyeronokkan walaupun agak penat memilih baju . Cik iena tiba awal sebelum jam 10 .

Tapi ada lagi yang awal dari Cik iena. Cik iena pun terfikir kenapa ramai orang yang beratur tapi kedai belum buka. Rupanya di sebabkan TaPauSub ni . Kalau Cik iena tau. Cik iena akan datang sebelum mereka datang demi mendapatkan baju yang lebih cantik dari mereka :)

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Setibanya Cik iena di pintu masuk Jalan Jalan Japan, cik iena dapatkan plastik terlebih dahulu, disini anda cuma perlu dapatkan berapa helai plastik yang anda inginkan . Bayaran anda perlu lakukan di kaunter pembayaran selepas anda membeli belah .

Jadi anda berhak untuk tambah bilangan plastik dan sebagainya asalkan plastik anda tidak koyak. Selepas mendapatkan plastik, Cik iena mula memilih pakaian yang terdapat didalam raga yang disediakan.

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Raga-ini akan disusun di pintu masuk Jalan Jalan Japan .Anda boleh rujuk video perkongsian Cik iena semasa Cik iena berada di TaPauSub Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya. Anda boleh tonton video untuk melihat bagaimana keadaan TaPauSub yang cik iena maksudkan.

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

TaPauSub Tips

  1. Hadir awal , sebelum jam sepuluh supaya anda jadi yang terawal untuk memilih baju yang cantik
  2. Ambil bakul untuk barangan yang bakal anda pilih
  3. Ambil plastik kaunter yang disediakan
  4. Anda perlu memilih sebanyak mana baju yang anda inginkan.
  5. Pergi ke ruangan lipat kain
  6. disini anda perlu membuat tapisan baju yang betul-betul anda perlukan
  7. Gulung baju kecil-kecil kemudian masuk ke dalam plastik
  8. Sebelum memasukkan baju gulungan seterusnya. Buang angin yang terdapat didalam plastik dan begitulah seterusnya
  9. sekiranya masih ada ruang. Dapatkan lebih lagi baju.

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Tips Memuatkan Baju Yang Banyak di dalam Sekeping Plastik

  • Buang angin dalam plastik setiap kali anda ingin meletakkan gulungan baju yang baru
  • Gulung sekecil-kecilnya
  • tekan plastik perlahan-lahan untuk membuang angin(boleh rujuk video cik iena) - kalau kasar-kasar nanti pecah ok

TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya
TaPauSub di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

5 OOTD TaPauSub di Jalan Jalan Japan

Berikut meruppakan antara 5 ootd pakaian dari TaPauSub di Jalan Jalan Japan yang berjaya cik iena beli . Kalau nak ootd semua meletup blog nak loading. jadi Cik iena cuma kongsikan 5 helai sahaja okay.

OOTD TaPauSub Jalan Jalan Japan
OOTD TaPauSub Jalan Jalan Japan

Kepada anda penggemar Pre-Loved diluar sana. Jangan lepaskan peluang keemasan ini . TaPauSub  Jalan Jalan Japan diadakan Sekali setiap bulan pada Hari sabtu penghujung bulan  di dua cawangan Jalan Jalan Japan iaitu One City,Subang Jaya dan juga di 1 Shamelin Mall, Cheras.

Dibawah merupakan gambar hasil barangan yang cik iena beli di  Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya. Jumlah keseluruhan  RM99.20 sahaja .  terdapat 34 helai baju yang cik iena beli dari Tapau Event. 6 pasang kasut, 2 aksesori kimono, dan 2 mainan  dari Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya.

TaPauSub Jalan Jalan Japan
Hasil kautan TaPauSub  dan Jalan Jalan Japan 

Gambar di Jalan Jalan Japan Skypark One City, Subang Jaya

Level 1A (Block A) Sky Park @ One City,
Jalan USJ 25/1A, 47650 Subang Jaya, Selangor.
Tel: +603-8601 5852 / +6012-322 2106
Operating Hours: 10.00am to 10.00pm daily

Facebook: www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/
Website :http://jalanjalanjapan.com.my

1 comments:

  1. bestnyaaaa suka gak barang preloved tapi tu la jauh lak ngan umah huhuuu

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve