Grab The Promo

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale  yang berlansung di Berjaya Times Square. Ini merupakan kali ke dua Cik iena ke Esports Tournament. Jika sebelum ini Cik iena ke Taiwan Excellence Esports Cup 2019 10th and Final Qualifier Tournament di Battle Arena Malaysia. Kali ini Cik iena ke Grand Finale pula.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Pengalaman semasa berada di kejohanan ini sememangya pengalaman yang menarik. Berbeza dengan  10th and Final Qualifier Tournament tempohari yang diadakan secara tertutup di Battle Arena Malaysia , kali ini ianya diadakan secara terbuka di dalam pusat mebeli-belah Berjaya Times Square.Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale ini disambut meriah dengan kehadiran Komuniti Gamers Malaysia dan juga pengunjung-pengunjung pusat membeli belah Berjaya Times Square. Kejohanan ini berlansung selama 3 hari iaitu 11-13 Oktober 2019.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Sebelum Cik iena berkongsi lebih lagi mengenai pengalaman Cik iena di Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square . Cik Iena kongsikan terlebih dahulu mengenai Esports dan Taiwan Excellence Esports Cup.

Apa itu eSports

Sukan elektronik (e-sukan) atau lebih dikenali sebagai E-Sport adalah sejenis sukan yang menggunakan elektronik-elektronik yang terdapat di dalam kehidupan seharian seperti Dota 2, Counter Strike, League of Legends dan banyak lagi.

e-Sukan merupakan sebuah industri baru bukan sahaja kepada pembangunan permainan video tetapi ianya merupakan industri dan sumber ekonomi baru kepada individu yang meminati permainan video secara positif.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Dalam permainan e-Sukan para pemain selalunya akan dibayar apabila bermain permainan video tersebut. Sukan elektronik sebenarnya telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia dari hari ke hari serta sokongan dari pelbagai pihak swasta dan kerajaan.

eSports sudah menjadi salah satu sukan yang terbesar dan paling popular di seluruh dunia secara beransur-ansur. Di Malaysia, bilangan peminat dan penggemar eSports sentiasa bertambah pada kadar yang sangat memeranjatkan.

Mengenai Taiwan Excellence?

Taiwan Excellence merupakan sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Minitsry of Economic Affairs (MOEA) yang bertujuan untuk mengiktiraf produk-produk inovatif keluaran Taiwan ke seluruh dunia.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Seperti yang anda sedia maklum produk-produk Taiwan sangat tidak asing di  negara kita di mana kebanyakkan produk inovatif Taiwan memberi memberi impak nilai terbaik. Ini kerana produk-produk Taiwan yang dieksport ke luar negara telah melalui proses yang amat tinggi dan telah diiktiraf dari sudut R&D, reka bentuk, kualiti dan juga pemasaran.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Berikutan kejayaan kejohanan Taiwan Excellence eSports Cup yang dilancarkan pada bulan April tyang lalu, kejohanan ini akhirnya telah tiba di puncak kemahsyuran, pusingan Grand Finale. Sepanjang perjalanan kejohanan ini, Taiwan Excellence Esports Cup telah merangkumi lebih 10 pertandingan LAN dan online yang dianjurkan di dalam negara, menyaksikan 283 pasukan dan 1,415 peserta bersaing antara satu sama lain untuk kelayakan ke pusingan seterusnya yang direbuti ramai.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Kejohanan selama tiga hari ini akan menyaksikan atlet-atlet e-sukan terbaik Malaysia  untuk  bertarung dalam 3 kategori gaming utama yang berikut, CS: GO, DotA 2 dan League of Legends. Juara bagi setiap kategori akan memenangi RM10,000 masing-masing dan pasukan yang menjuarai  kategori CS: GO akan menerima tiket keemasan ke Taiwan untuk bertempur dengan empat negara-negara lain yang iaituTaiwan, Thailand, Filipina dan India. Pemenang diantara 4 negara ini akan menerima hadiah utama tambahan sebanyak US$ 2,000.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Sejak permulaan kejohanan ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menyuarakan sokongannya terhadap kejohanan ini kerana ianya merupakan satu peluang yang baik untuk belia kita pada zaman ini untuk menyerlahkan bakat-bakat mereka menerusi platform #HealthyGaming.

Dengan semangat yang tinggi, wakil dari Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung  berkata,

 “Apabila kami memulakan (kejohanan) tahun ini, kami memang berkeyakinan dapat membawa dan menyampaikan mesej kami kepada peminat-peminat esports dan penggemar-penggemar teknologi di Malaysia. Kejohanan ini merupakan cara kami mempamerkan hasil-hasil inovasi Taiwan yang terbaik melalui platform yang menarik dan interaktif.”

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Kejohanan ini juga telah mendapat sokongan dari jenama-jenama Taiwan termasuk Aorus, Aero, Coolermaster, InWin, MSI, Predator, Republik Pelayar (ROG), TeamGroup, Thermaltake, Transcend, XPG, ZADAK, dan Zowie. Penglibatan mereka telah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengalami pengalaman tahap tertinggi e-sukan melalui kejohanan ini.

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai acara-acara gaming sampingan seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019, dan Mobile Legends: Bang Bang. Pemenang acara-acara ini akan pulang ke rumah dengan hadiah wang tunai sebanyak RM9,000 di saku mereka. Tambahan lagi, terdapat juga beberapa aktiviti yang menyeronokkan seperti mini DotA 2, pertandingan pemasangan komponen-komponen esport, pelelangan produk-produk esport pada harga eksklusif yang mampu menaikkan taraf kelengkapan gaming gamers, serta cabutan bertuah dan hadiah-hadiah percuma untuk semua peserta!

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square

Apa yang menarik, Semasa Grand Finale mereka menpamerkan produk-produk terbaru seperti Predator Thronos yang bernilai lebih daripada RM40,000, dan ROG Phone II, yang belum dikeluarkan di pasaran Malaysia. Ia akan membuat penampilan buat kali pertama di Malaysia untuk tontonan orang ramai. TEEC pasti akan menjadi perayaan esports meriah yang dilengkapi dengan pelbagai acara untuk hiburan peminat-peminat esports dan sesuai untuk dijadikan acara himpunan bagi para gamers.

VLog Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale

Selain menyaksikan perlawanan diantara peserta, Cik iena juga berpeluang melihat  produk ROG yang terdapat di Taiwan Excellence Esports Cup 2019 tersebut. Berikut Cik iena kongsikan gambar   produk-produk  yangterdapat di TEEC 2019

Untuk maklumat lanjut  

Website :  http://taiwanexcellence.com.my/teec2019   
Facebook : https://web.facebook.com/TaiwanExcellence.MY
Instagram : https://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/

1 comments:

  1. A great website with interesting and unique material what else would you need. yabo

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve