Grab The Promo

Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah

Nasi kuning merupakan makanan tradisi Sabah. Jika di Semenanjung menu sarapan yang biasa dijumpa adalah Nasi Lemak manakala di Sabah Nasi Kuning. Selain sarapan pagi menu nasi kuning ini juga sesuai di buat makanan tengah hari mahupun malam.


Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah



Nasi Kuning Banjar


Nasi Kuning Banjar terletak di Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimana Cik iena jumpa restoran ni bukanlah dari google tapi dari kawan Cik iena. Semasa percutian kami di sabah, Cik iena pergi bersama rakan baik yang tinggal di Tawau, Sabah manakala Abang kepada rakan baik Cik iena tinggal di Kota Kinabalu. Jadi Lokasi Restoran Nasi Kuning Banjar ini adalah cadangan Abang Ben iaitu abang kepada Riana (Best Friend Cik iena).

Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Cik iena, mak, deqnor bersama bff Riana

Ternyata masakan di Restoran Nasi Kuning Banjar ini enak dan menepati Citarasa Cik iena. Masakan yang dimasak memang berasa dan enak di makan. Sesuai sangat buat pelancong yang ingin mencuba masakan tradisi sabah.

Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Nasi Kuning Banjar Ayam


Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Nasi Kuning Banjar Ikan

Antara menu Yang Cik iena cuba adalah Nasi Kuning lauk ayam, Mee Tauhu dan Mee Banjar. Ketiga-tiga menu yang Cik iena cuba sedap. Antara tiga menu yang Cik iena cuba Cik iena lebih suka Mee Tauhu. Mee seakan maggie yang kelihatan digoreng bersama kicap dan mempunyai kuah khas yang istimewa. Kuah ni rasa taucu dan ada tauhu.



Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Mee Tauhu



Pada awalnya adik Cik iena makan seperti makan mee kicap dan sup. Mujurlah ada orang sabah sendiri yang perbetulkan. Mee Tauhu ni cara makannya campurkan kuah tersebut dengan mee. Bukan makan seperti makan mee kicap dan sup. Bila dah digabungkan mee tersebut dan kuah , memang rasa nikmat sangat makan Mee Tauhu. Super duper Sedap.



Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Mee Tauhu





Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Mee Tauhu
 

Cik eina cadangkan anda Cuba Mee Tauhu di Restoran Nasi Kuning Banjar. Untuk Nasi Kuning Banjar terdapat dua pilihan lauk iaitu ayam sambal dan ikan sambal. Dihidangkan bersama sambal istimewa, telur rebus dan kerisik kelapa.

Mee Banjar pula seakan bakso namun kuahnya tidak sepekat bakso. Jika bakso kuat rasa daging lembunya. MEe banjar disini lite-lite sup nya tapi sedap. Berbeza dengan mee sup lain yang Cik iena pernah makan, Mee banjar menggunakan mee sohon.

Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Mee Banjar






VLog Nasi Kuning Banjar


Jemput tonton Vlog Cik iena semasa berada di Restoran Nasi Kuning Banjar.


Untuk Maklumat Lanjut


Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah
Nasi Kuning Banjar, Inanam Capital, Kota Kinabalu, Sabah


Alamat: Lorong Inanam Kapital 4, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 8am–5:30pm
Sabtu :8am–3:30pm
Ahad : 8am–3pm
Phone: 016-561 3035





2 comments:

  1. sy sendiri tinggal berdekatan tidak pernah mencuba makan di sini ..
    nice sharing

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve