Single terbaru Yasser Gusar - finalis Bintang RTM 2018

Muhammad Yasser Bin Sharifudin atau lebih dikenali dengan nama Yasser adalah seorang penyanyi baru yang ingin mencipta nama dalam persada muzik tanah air. Yasser telah menunjukkan minat dalam bidang nyanyian sejak berumur 9 tahun. Yasser terus menggilap bakatnya dengan menyertai beberapa pertandingan nyanyian.

Single terbaru Yasser Gusar



Untuk pengetahuan, Yasser merupakan finalis Bintang RTM 2018. Beliau juga pernah tampil dalam rancangan Mikrofon Impian 2019. Beliau aktif di media sosial terutamanya Instagram dan Facebook dengan kerap mempersembahkan lagu cover dari artis-artis tempatan mahupun antarabangsa.

Kebanyakan peminat memuji vokal beliau dan rata-rata memberi komen vokalnya persis Cakra Khan dan raut wajah persis Bruno Mars. Kelunakan suaranya pasti membuat anda teringat-ringat akan suara lunak beliau.


Sebelum ini beliau pernah tampil dengan Single pertama beliau berjudul Lumrah  Cinta ciptaan Syamel. Kini beliau mengorak langkah tampil dengan single kedua berjudul Gusar ciptaan Alipp Aripin dan Yush (Komposer) , Dalin LienDa (Lirik), Longan Garage Studio (Muzik) Dimana  lagu ini diterbitkan semula oleh Fusion Records MY.

Dengan lahirnya single kedua ini, Yasser berharap agar single kedua beliau yang berjudul ‘Gusar’ ini diterima peminat dan menjadi salah satu lagu kegemaran ramai.

Kepada anda peminat industri seni negara, marilah sama-sama kita dengarkan dan bantu anak muda ini mengetengahkan bakat seni nyanyian beliau .Mudah-mudahan lagu ini mendapat tempat di hati anda dan diharapkan juga lagu ini akan menjadi lagu pilihan anda di stesen stesen radio kegemaran.



Dengarkan lagu Gusar di youtube dan platform digital kegemaran
https://www.frmy.my/music/gusar-yasser/



LIRIK GUSAR


Artis: Yasser
Lirik: Dalin LienDa
Komposer: Alipp Aripin dan Yush
Muzik: Longan Garage Studio
Penerbit: Fusion Records MY


Walau tanpa ditemani purnama
Walau tanpa bintang di langit
yang seterang kelmarin
dan malam yang kian dingin

Engkau jauh di sana
Engkau dekat di hatiku
Walau cinta tak sempurna
Inilah hakikat cinta kita

Ku tahu kau tidak mahu
Ku mengalah dan bersedih
Ku tahu kau tak pernah lelah
memberi segala yang ku mahu

Usah kau bimbang
Usah kau gusar
Ku tak kan rapuh lebih
dari dedaun yang kekeringan

Engkau jauh di sana
Engkau dekat di hatiku
Walau cinta tak sempurna
Inilah hakikat cinta kita

Usah kau bimbang
Usah kau gusar
Ku tak kan rapuh lebih
Dari dedaun yang kekeringan

Engkau jauh di sana
Engkau dekat di hatiku
Walau cinta tak sempurna
Inilah hakikat cinta

Engkau jauh di sana
Engkau dekat di hatiku
Walau cinta tak sempurna
Inilah hakikat cinta kita



Media sosial artis:

Instagram: http://www.instagram.com/yassershrfdn
Facebook: http://www.facebook.com/acerkappat



28 comments:

  1. Wowww xsangka pula Dalin LienDa tue penulis lirik... Kenal dia dah lama, baru tahu... Boleh tahan juga lagu nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hh dia memang penunlis lirik..asalnya dia suka tulis poem and tulis blog :)

      Delete
  2. Tak kenal Yasser ni tapi tgk video dia tu leh tahan gak la ek suara dia. Moga cerah la masa depan dia dlm industri ni

    ReplyDelete
  3. Ramai betul penyanyi baru yang saya tak kenal sekarang. Nampak berbakat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah ramai penyanyi baru ..iena pun ada yg x kenal..ni iena follow insta dia, suka tgk dia cover lagu :D

      Delete
  4. Baru kenal artis ini. Penyanyi muda yang sangat berbakat. Lirik lagunya pun menarik dan menyentuh perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups..dia mmg berbakat..hehe iena suka suara dia ala cakra khan :D

      Delete
  5. Pernah dengar lagu ni tapi tak tahu pulak siapa nyanyi.. Ni baru tahu penyanyi dari Bintang RTM dan Mikrofon Impian rupanya.

    ReplyDelete
  6. ku tak kan rapuh, dari dedaun yang kekeringan menarik perhatian mommy la. daun yang kering memang rapuh, ini nak jadi lagi tak rapuh. mendalam sungguh maksudnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan..mendalam sungguh maksudnya..penulis nye memang berjiwa romantik :D

      Delete
  7. aduh. aida x kenal penyanyi & lagu ni. but nice. da dgr.
    akan start google tentang dia.
    produk bintang rtm memang terbaik. kalau tgk drpd yg dulu dulu la kan.
    moga yasser terus menyinar. jadik insan seni yg berkualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn :)
      Insya Allah semoga Yasser terus jadi insan seni yg berkualiti :)

      Delete
  8. ok. Not bad. Memang dapat dgr sentuhan Syamel sangat. Biasa kalau masuk Bintang RTM memang semua best-best. Mungkin ada rezeki dia nanti di persada muzik Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah..Aminn semoga Yasser mampu menempa nama dlm industri seni tanah air :)

      Delete
  9. Tak pernah tahu kewujudan dia, kena promosi lebih lagi ni. Lagu dan suara not bad. Moga terus maju jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yups lagu dia sedap..iena suka..suara dia pn sedap ;)

      Delete
  10. Tahniah masuk final..tak pernag tengok bintang RTM...nanti nak update blog kang bolehlah sambil dengar lagunya...good luck Yasser!

    ReplyDelete
  11. belum pernah dengar sebelum ni, bila dah dengar ni macam not bad jugalah. all the best

    ReplyDelete
  12. Tersedih plak bila membaca liriknya. Rawlins doakan beliau yang terbaik untuk lagu terbarunya.

    ReplyDelete
  13. First time dengar nama penyanyi ni. Unik juga suara dia. Suka dengar

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve