Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah - Durian Lava Cake

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma dan rasa raja buah, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah iaitu durian. Anda berani untuk mencuba?
Kepada penggemar Durian diluar sana bagi Cik iena anda harus cuba Durian Lava Cake dari Domino's ni.

Durian Lava Cake
Durian Lava Cake

Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah - Durian Lava Cake




 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake




Domino’s Pizza telah memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Ianya merupakan aduna istimewa dan sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu,.Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar . Istimewanya Cake ini, ianya menggunakan durian D24.


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Buat penggemar durian diluar sana pasti anda tau akan keenakan rasa durian D24. Jadi jom nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri. Anda hanya perlu membuat tempahan secara online dan rider domino;s sendiri akan hantar sehingga depan pintu rumah anda.

 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake




Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata,

“Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!”



 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata,

 “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.”

Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April 2020

 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake




Harga  Durian Lava Cake


Add On RM12.90
Alacarte RM13.90

Review Durian Lava Cake By Cik iena


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Cik iena sememangnya penggemar durian. Bagi Cik iena Durian Lava cake dari Domino's ni memang sedap sehingga menjilat lari. Kek yang lembut beserta inti durian yang cukup enak terasa duriannya, tambahan lagi dengan aromo durian yang sangat menggoda cik iena. Kalau di lihat pada harga rasa agak mahal lah tapi kita sendiri pun tau harga durian D24 sememangnya mahal. Jadi harga itu sesuai lah. Untuk penggemar durian anda semua harus cuba rasai keenakan Durian Lava Cake ni.

 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake

Jaminan penghantaran dalam masa 30 minit


Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan.


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact.


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/.











27 comments:

  1. Ishhh hrni nak kena beli laaa, semalam dapat email, tengah promo beli 1 free 2 hehehehe...ingat semalam nak beli tapi dah masak plak, mesti sedapkan, rasa durian tu adoii....

    ReplyDelete
  2. Kak pun dah mkn Durian lava cake dominos pizza ni mmg sedap sgt nti nk beli lg.. blhlah order lg nti

    ReplyDelete
  3. Kak pun memang hantu durian hihi dan kek no nampak sedap apatah lagi tgh puasa sunat ni.Nak cuba la.

    ReplyDelete
  4. kenapa nampak sedap ni. adui. ok, sat lagi order. tak boleh tengok. geram pula nak rasa. haha. harga pun murah kan.

    ReplyDelete
  5. wahh nampak macam sedap je tak sangka diorang boleh come out dengan idea pizza durian hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bukan pizza durian dear tapi Durian lava Cake. Tapi sape tau nanti dominos akan buat dessert pizza durian, sebab skrg ada dessert pizza banana kan..yg tu iena mmg suka sangat..Agaknya kalau dia buat pizza Durian mcm mana rupanya kan :D

      Delete
  6. terliur betul tengok durian tu meleleh haaa dah la suka durian. saja je ina ni haha

    ReplyDelete
  7. Yum!!!!!! Best nyer day ada durian cake larva. Boley lah try nanti. I can imagine the taste. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Nie memang citarasa Malaysia sungguh nie. Kawan Rawlins pun teringin nak beli sebab tengok ada yang pos kat FB aritu. Me? Tak minat durian hahaha

    ReplyDelete
  9. auu sedapnya cake lava tu. mesti cuba ni. nanti hari ni nak ordr

    ReplyDelete
  10. Oh patut la sedap... Durian D24 rupanya. Baiklah, terima kasih for sharing. Petang ni kita nak orderlah

    ReplyDelete
  11. Amboi... Sedapnya durian lava cake tu.. Mujurlah TB masih berpantang... Huhu.. Kalau tak dah suruh hubby cari sekarang... Haha

    ReplyDelete
  12. Banyak org dah try ni! Vee belum try! Lepas MCO harap2 ada lagi! Vee durian lover!

    ReplyDelete
  13. Alamak nak kena cuba nie. Kita nie pon peminat durian. Nanti nak belilah. Mujur dekat je dengan rumah

    ReplyDelete
  14. adoii depa letak durian pulakkkk dalam tu..
    kawasan rumah ni jauh dari delivery dominos xleh nak order..

    kena cari runner.. Lalamove ooo Lalamoooove
    tolongggg..

    ReplyDelete
  15. This Durian Lava Cake memang best, sis nak order lagi sebab teringin nak makan durian.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve