Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia


Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia


AirAsia lancar Pas Tanpa Had Baharu untuk memacu pelancongan domestik

Berikutan pengumuman kebenaran perjalanan domestik di Malaysia pada hari ini, AirAsia akan melancarkan Pas Tanpa Had baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan.

Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia


Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8). Beli sekarang dan buatlah perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021.”


“Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita haruslah bekerjasama untuk memacu semula industri pelancongan negara. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam industri pelancongan daripada pengusaha hotel kepada ejen pelancongan untuk mencapai objektif ini. Bagi AirAsia, Pas Tanpa Had ini adalah tawaran utama kami untuk para tetamu menebus penerbangan tanpa had dalam rangkaian domestik kami ke 16 destinasi.


“Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam membuat perjalanan, kami meminta kerjasama daripada semua tetamu kami untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka.”


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan Pas Tanpa Had AirAsia, sila rujuk panduan ini.

Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.


Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia





Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan mereka. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.


View this post on Instagram

Sabah, sarawak, semenanjung? mana korang prefer untuk bercuti? Dengan #AirAsiaUnlimitedPass Cuti-cuti Malaysia semuanya boleh tau. tak perlu pilih, now korang boleh pergi semua destinasi dalam Malaysia.. Untuk pengetahuan AirAsia telah melancarkan Pas Tanpa Had Baharu untuk memacu pelancongan domestik.. Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia.. Menarikkan.. @airasia menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021. Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Apa pun yang penting adalah penjagaan kendiri anda, sentiasalah menjaga kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka ketika anda berada di kawasan public. Utk pengetahuan lagi dengan #AirAsiaUnlimitedPass Cuti-cuti Malaysia korang boleh travel sehingga 31 March 2021. Cepat-cepat grab tau, promosi ni valid sehingga 13 Jun 2020 je :) Buy now and travel later, travel period from 25 June 2020 up to 31 March 2021. visit airasia.com/deals for more info. #flyMY, #AirAsiaUnlimitedPass, #InThisTogether, #AirAsiaTravelBuddies

A post shared by Malaysian BloggerπŸ’„πŸ‘ πŸ‘—πŸ‘œπŸ΄πŸΉ (@ienaeliena) on




Menarik bukan? cuma RM399 sahaja anda boleh melancong ke 16 destinasi dalam Malaysia. Kepada yang dah merancang bercuti tapi tergendala semasa PKP boleh lah sambung bercuti. Tapi seperti anda sedia maklum kita hanya dibenarkan bercuti di dalam Malaysia sahaja. Jadi untuk anda yang gemar melancong. pas tanpa had ini sememangnya menarik buat anda.

Dapatkan pas ini sebelum habis ya. Ianya dijual bermula 11 Jun 2020 sehingga 13 Jun 2020.


Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Tertakluk kepada terma dan syarat, sila baca Soalan-Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.





10 comments:

  1. Belum sempat nak beli ni adeiii...esok last day..kawan dah beli dah, siap dah beli tiket balik Johor harga murah berbaloi...

    ReplyDelete
  2. Wow! Satu tawaran yang menarik tu jika ada pelan nak bercuti kr mana mana sahaja dalam negara. Cepat tempah esok hari terakhir!

    ReplyDelete
  3. Yang suka travel tu boleh la start survey.. Sementara ada peluang keemasan ni

    ReplyDelete
  4. okay macam berminat juga nak beli sbb menarik tawarannya. Bila lagi kan nak bercuti dalm negara :)

    ReplyDelete
  5. Kenapalah promo ni sekejap sgt. Awal lagi ni gajian. Huhu. Hope ada lg promo best. Tak sempat grab pluang sedia ada.

    ReplyDelete
  6. Tak tertengok pulak. Kalau tau grab je pergi mana2 kan. Rugi betoilah

    ReplyDelete
  7. hari ni last kan sis iena..semalam membelek jugak, terasa kesedihan sebab tak mampu nak beli buat masa ni...kalau dapat grab unlimited pass ni, memang berbaloi-baloi giler..tinggal bayar tax aje...

    ReplyDelete
  8. Best la harga murah nak travel skng kan. Boleh la nnt beli

    ReplyDelete
  9. Menarik.
    Kalau kaki travel, dah simpan duit tu boleh la ambik peluang keemasan ni kan..
    Dah alang alang ada promotion gitu..

    ReplyDelete
  10. Wahh mmg untung besar ni utk kaki travel. Ataupun sesiapa yg kampung jauh kena naik flight selalu tu kan.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve