Grab The Promo

PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

Dengar sahaja nama Lefthanded Cik iena rasa tak kira tua mahupun muda pasti pernah dengar nama ini. Lebih-lebih lagi golongan-gologan  tahun 80-an sehingga 90-an. Lefthanded merupakan kumpulan muzik Rock Malaysia yang terkenal pada tahun era tersebut.

PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

Dengan mempunyai dua lagenda gitar wira Man Keedal dan Samad, lahirlah pelbagai riff gitar cukup ikonik, digabung bersama dengan lantunan bassline padat daripada Yan dan dram snare Man Dayak yang pantas dan padu, ia kemudian disempurnakan lagi dengan vokal unik Nash yang husky melejít masih penuh  dinamik.  Di situlah kekuatan Lefthanded yang tidak ada pada band-band muzik rock lain yang sezaman dengan mereka.  Tidak hairanlah yang muncul sekarang Lefthanded masih tetap unggul dan dihormati di kalangan band muzik rock seangkatan mereka serta anak-anak band muzik generasi muda.






MAJLIS PRA-PELANCARAN PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN



PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis Pra-Pelancaran Projek Gila Bersempena Meraikan Ulangtahun ke 40 Tahun Lefthanded. Projek GILA ? pasti anda membayangkan mereka sudah mula berani buat kerja gila selepas Perdana Menteri umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.


Sebelum Cik iena ceritakan tentang Projek GILA ini Cik iena maklumkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan GILA?

Gila merupakan Singkatan daripada perkataan Gerakan Ilmu Laksana Agenda.

G : Gerak kan
I : Ilmu
L : Laksanakan
A: Agendamu

Begitulah maksudnya perkataan GILA yang digunakan.


PROJEK GILA


Sempena meraikan 40 tahun penglibatan dan perjalanan kerjaya muzik Lefthanded di dalam industri muzik Malaysia, kumpulan Lefthanded bakal terlibat dengan satu projek besar yang dinamakan PROJEK GILA.


PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

PROJEK GILA akan dijalankan secara usahasama dengan syarikat produk kecantikan, Herb Lab dan E-Green Entrepeneur ini adalah satu konsert jelajah yang akan dijalankan di 10 buah lokasi di seluruh negara sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan nanti(PKPP).

Maksudnya bukan sekarang lah. Cik iena faham ada yang tertanya-tanya boleh ke buat konsert? Buat  masa ini pihak mereka hanya membuat majlis pra pelancaran mengenai projek ini. Tarikh untuk konsert jelajah tersebut masih belum ada kerana perlu menunggu kerajaan mengumumkan berakhirnya  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan terlebih dahulu.



PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN


Bertemakan HIDUP dan PERJUANGAN yang juga adalah salah satu lagu yang diangkat dari album album Lefthanded yang berjudul Qabul, PROJEK GILA ini adalah satu usaha yang dilakukan kumpulan Lefthanded sebagai tanda terima kasih kepada fanbase mereka yang selama ini telah banyak berjasa dan menyokong kerjaya muzik mereka dari awal  kemunculan hinggalah pada saat ini. 

Vokalis utama Lefthanded, Dato 'Nash berkata, Tempoh selama 40 tahun berada di dalam industri muzik bukanlah suatu tempoh yang sia-sia buat Lefthanded dan peminat mereka.


PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

"Atas usaha Man Keedal dan saya juga, kami dapat meneruskan kesinambungan Lefthanded 2020 apabila bergabung dengan beberapa pemuzik muda termasuklah anak arwah Man Dayak seperti Hafiz, Ritz Metalasia serta mereka yang bertauliah di dalam bidang muzik."



Tiada apa lagi yang ingin kami lakukan di dalam  PROJEK GILA ini selain memberi manfaat kepada peminat Lefthanded sendiri.  Jujur saya amat bangga dengan diri saya sendiri kerana selama penglibatan bersama Lefthanded ianya juga semakin mematangkan saya dalam membawakan muzik Lefthanded, "katanya.



PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

PROJEK GILA ini amat simbolik buat Man Keedal dan Nash kerana ianya bakal mendedahkan perjalanan seni temasuklah jatuh bangun serta pahit getir Lefthanded  selama 40 tahun mereka hidup dan berjuang di dalam indusri muzik tanah air.


Malah, merekajuga  akan turut berkongsi  pengalaman mereka sepanjang bergelar artis syarikat rakaman, penglibatan mereka dengan kerja-kerja pembikinan muzik, bagaimana persiapan konsert dilakukan dari saat latihan sehinggalah melakukan pemeriksaan suara serta usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadi band muzik rock tanah air yang hebat dan terkenal.



PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN

Pemain gitar lagenda Lefthanded, Man Keedal Berkata, PROJEK GILA ini akan mendedahkan Segalanya tentang Lefthanded buat Peminat-Peminat mereka. 

"Inilah sumbangan yang ingin kami berikan buat peminat kami kerana berjayanya Lefthanded sehingga ke tahap ini adalah kerana peminat kami. Ini juga adalah satu usaha yang dilakukan untuk kami memberikan sumbangan kami sendiri terhadap industri muzik tanah air," katanya lagi.


MoU Perjanjian Antara Rakan Sekerja Antarabangsa dan Tempatan




Seperti yang diwar-warkan Projek G.I.L.A ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak syarikat antarabangsa mahupun tempatan. Berikut merupakan antara VIP yang hadir untuk majlis perjajian memorandum persefahaman ini termasuklah  YBhg Dato' Sheikh Jamal (untuk Hub di Pakistan dan Gulf Corporation Council - Middle East), M.S Margin Consultancy untuk Hub Filipina, Mohd Husairi Huzaidi (E-Green Ketua di Bahagian Cawangan Kelantan), YBhg Dato' Paduka Haszeli Haji Abdul Halim (Regional Distributor Malaysia), Mohd Norizlan Izham (Regional Distributor Malaysia) dan Miss Charmaine Oon (Regional Distributor Malaysia).






PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN



JOM SOKONG INDUSTRI MUZIK TANAH AIR


Jadi kepada anda diluar sana Khususnya buat peminat Lefthanded jom sama-sama kita meriahkan  industri muzik tanah air,  sama-sama kita sokong Projek GILA  Lefthanded sebagai tanda terima kasih atas kehadiran kumpulan ini dalam mewarnai industri muzik rock  tanah air yang mana ianya telah pun menjadi lagenda .


PROJEK GILA BERSEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN LEFTHANDED KE-40 TAHUN


Untuk pengetahuan harga tiket adalah berlainan diantara ahli Herb Lab dan juga bukan ahli  .

Harga Ahli RM69
Dimana anda akan menerima 1 tiket beseta T-shirt, 1 Product Herb Lab, Lucky Draw dan GILA reward


Harga Bukan Ahli RM169
Dimana anda akan menerima 1 tiket beseta T-shirt, 1 Product Herb Lab dan Lucky Draw









25 comments:

  1. ingatkan apa GILA tu tadi.. memang betul lagenda ni.. masing-masing ada kelebihannya.. lagunya suka dari dulu sampai sekarang..

    ReplyDelete
  2. Bestnya sis dapat join sekali majlis pelancaran ni. Suka lah tagline Gerakkan Ilmu Laksanakan Agendamu (GILA) dia tu

    ReplyDelete
  3. memang gilalah. siapa je tak kenak band legend ni. semua lagu power. dengan projek hebat ni pasti akan menggembirakan peminat diorang

    ReplyDelete
  4. fuhhhh bestnya dapat jumpa semua ahli lefthanded. Dah berusia pun masih sempoi layan fans and buat yang terbaik untuk fans. Mantap!

    ReplyDelete
  5. wah eina seronok dapat jumpa lagenda rock ni. BBL kadang2 kalu pergi karoke layan jugak lagu lefthanded..

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat jumpa dengan penyanyi lagenda rock. Lagu lefthanded best oo. Erm peminat mesti tak sabar nak tunggu konsert mereka ni

    ReplyDelete
  7. wah dapat pula bergambar dengan Nash ya. tahniah Lefthanded. memang legend dulu2

    ReplyDelete
  8. Nash muka maintain dari muda ke tua tetap macam tu. Kumpulan terkenal ni zaman2 dorang dulu. Sis memang minat lefthanded :)

    ReplyDelete
  9. dah baca dekat FB Iena tadi, ni kalau ada dekat lokasi terdekat boleh pergi tengok... suka lagu-lagu nyanyian Nash dan Lefthanded

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan nyanyian dia..walau da berusia tetap maintain sedap :)

      Delete
  10. Kalau siapa yang lahir dan membersar dengan kumpulan Lefthanded ni memang kena follo projek GILA mereka ni meriah kot kat 10 lokasi terpilih seluruh Malaysia hebat....

    ReplyDelete
  11. Wah! Peminat kumpulan tock ini mest ‘giler’ gak nak nantikan Projek Gila ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mmg giler nk menantikan projek giler..kene tunggu PKPP habis :)

      Delete
  12. Betul² lagenda ni. Suara nash tak ada gantinya. Menarik projek GILA ni lagi² kumpulan rock lagenda ni.

    ReplyDelete
  13. Projek giler apa la tu kan, kompom laaa ramai yang giler menunggu hahahaha..
    Tapi kalau dah barisan depannya semua hebat gini, memang akan tiba masanya tu, perghhh meriah arr dunia seni muzik kita ni kannn...lagenda rock kembali lagi!

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve