PENGALAMAN RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH

Baru-baru ini Cik iena ke Klinik Dr. Bazilah yant terletak di Bandar Baru Bangi. Memandangkan semasa PKPP ni Cik iena sudah mula bekerja seminggu di rumah dan seminggu di pejabat maka Cik iena perlu memakai face mask ketika bekerja di pejabat menyebabkan kulit Cik iena dinaiki jerawat.

PENGALAMAN  RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH


Kebiasaannya Kulit Cik iena hanya akan naik jerawat bila datang bulan, berbeza kali ini disebabkan facemask jerawta mucul dibahagian wajah yang ditutup dengan facemask. Cik iena agak risau juga sebab muka jarang ada jerawat. Jadi Cik iena ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Bersemangat pergi ingatkan teruklah masalah sebab pelik jerawat tiba-tiba naik makin banyak lepastu lambat pula hilang. Tapi apa yang doktor kata jerawat iena tu normal. jerawat nipis. Mungkin kerana facemask yang dipakai terlalu lama, kulit tidak bernafas.

Jika keadaan kulit okay kita buat treatment jerawat kulit akan jadi kering jadi rawatan yang sesuai untuk Cik iena adalah microdermabrasion dan juga whitening peel. So alang-alang dah ada di Klinik Cik iena buat dua rawatan yang dicadangkan oleh doktor.

Kepada anda diluar sana yang ada masalh kulit anda perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu rawatan apa yang sesuai untuk kulit anda. Jangan datang terus request nak buat rawatan itu ini tapi tak tau rawatan tu sesuai atau tidak untuk kondisi kulit kita.


PENGALAMAN  RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH


PENGALAMAN  RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH


Baiklah Cik iena kongsikan vlog semasa Cik iena buat rawatan tapi masa berborak dengan doktor tak beranilah Cik iena record nanti pelik pulak doktor tu dah kenapa nak record-record. Selepas mendapatkan nasihat doktor bila masuk bilik rawatan baru boleh record memandangkan staff klinik tu memang peramah.

PENGALAMAN  RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH


Cik iena tanya dulu lah sebelum record takut kene marah pula nanti kan. Cik iena suka kongsi pengalaman buat rawatan macam ni untuk rujukan anda anda yang ingin lakukan rawatan tersebut tapi tak tau prosuder atau ada rasa khuatir. Jadi anda boleh jadikan vlog ini sebagai rujukan.


PENGALAMAN  RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH


PENGALAMAN  RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH


vlog Pengalaman Rawatan Mikrodermabrasion dan whitening peeling di klinik Dr.Bazilah







Baiklah cik iena kongsikan tentang kedua-dua kedua-dua rawatan yang Cik iena buat ya.



PENGALAMAN  RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH


Apa itu Microdermabrasion?


Microdermabrasion adalah kaedah membuang sel-sel kulit mati (pengelupasan) dengan menyemburkan manik-manik kristal super kecil di permukaan kulit wajah. Rawatan ini juga dianggap dapat mengurangkan kedutan dan garis-garis halus, meratakan warna kulit, mengecilkan pori, merawat jerawat, dan mengurangkan parut jerawat dan bintik-bintik gelap akibat penuaan.

Prosedur ini agak lembut dan tidak menyebabkan parut atau mengubah warna kulit. Prosedur ini juga sesuai untuk semua jenis dan warna kulit. Walau bagaimanapun, tidak begitu berkesan untuk mengatasi masalah yang berlaku pada lapisan kulit yang lebih dalam.




Kebaikan Microdermabrasion


  1. Exfoliate kulit dengan membersihkan lapisan kekotoran atas kulit kusam, tidak bermaya, dan mengelupas, yang seterusnya meningkatkan pengeluaran kolagen
  2. Kulit kelihatan lebih segar
  3. Boleh mengurangkan kedutan dan minimumkan garisan yang halus
  4. Kulit lebih licin dan warna tona kulit yang lebih baik dan cerah
  5. Mengecilkan liang pori
  6. Mengurangkan age spots
  7. Memudarkan parut, dan kulit lebih berseri
  8. Penampilan yang lebih muda




Kebaikan Whitening Peel


  1. Memperbaiki warna dan tekstur kulit serta sekatakan tona kulit untuk kulit yang lebih bersih dan cerah serta merta.
  2. Memperbaiki kulit kusam atau kering.
  3. Mengurangkan kemerahan, parut dan kesumbatan pori pori
  4. Meningkatkan hydration dalam kulit
  5. Meningkatkan pergantian sel untuk kulit yang lebih cerah dan bersih



PENGALAMAN  RAWATAN MICRODERMABRASION DAN WHITENING PEEL DI KLINIK DR. BAZILAH
kulit cik iena selepas rawatan



Kepada anda diluar sana yang ada masalah kulit khususnya boleh lah cuba pergi klinik Dr Bazliah. Cik iena suka pergi Klinik Dr.Bazilah sebab Doktor peramah, staff juga peramah dan ruang klinik yang cantik serta tenang. Sejuk mata memandang.



Untuk Maklumat Lanjut

Email : klinikdrbazilah@gmail.com
Alamat : C-10-G, Plaza Paragon Point, jalan Medan Pusat Bandar 5,
Seksyen 9, Bandar Baru bangi,
43650, Selangor.
Tel : 03-8922 9681





17 comments:

  1. oh kak eina pun ada masalah jerawat ke sejak pakai mask? Kakak saya pun muka dia mula timbul jerawat sejak start masuk kerja lepas PKP sebab mask tu. Yang berdekatan dengan lokasi klinik Dr.Bazilah boleh lah buat rawatan macam kak eina...boleh settlekan masalah kulit.

    ReplyDelete
  2. Semakin canggih kan rawatan muka yang ada sekarang. Baguslah untuk kaum wanita untuk kekal jelita.

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat mencantikkan wajah, memang teringin nak dapat treatment macam ni untuk kulit wajah lebih halus berseri. flawless terus sis

    ReplyDelete
  4. nampak kulit lebih bersih dan licin la. kena jugak manjakan diri dengan hal kecantikan ni sekali sekala

    ReplyDelete
  5. Nampak fresh Kak Ina lepas sesi rawatan. Selain dari produk kecantikan, rawatan begini lebih praktikal sebab doktor sendiri akan melihat apa kekurangan pada kulit wajah kita.

    ReplyDelete
  6. Muka nampak segar lepas buat rawatan. Lama dah tak buat ni.

    ReplyDelete
  7. Dah lama x buat rawatan muka. Menariklah nnti nak cubala

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat buat facial.. Lama sgt tk pi buat ni sejak Pkp. Boleh la nnt tgk klinik ni.

    ReplyDelete
  9. Berapa cost rawatan tu Iena? Akak pernah juga buat microdermabrasion ni, best je muka lepas treatment tu kan.

    ReplyDelete
  10. Alahaii bestnyaaa bila kulit di belai gini...lama gilerr tak buat facial rawatan muka...

    ReplyDelete
  11. Wah Iena dah dapat kulit yg bersih tu... kita jarang ke salon so baru skg tau apa maksud micro.... tu ... panjg benor nak ingat hihi...

    ReplyDelete
  12. banyak betul kebaikkan microdermabrasian Dan membuat whitening peel.best kalau Doctor Dan staff peramah. tak La awkward sangat

    ReplyDelete
  13. Memang lain mcm fresh lepas buat treatment kan. Microderma ni bagus ntk yg pori besar dan juga tersumbat.

    ReplyDelete
  14. bagus nya ada rwatan mcmni, thanks sis sebab share :)

    ReplyDelete
  15. bagusnya buat rawtaan microdermabrasion tu. First time tahu rawatan tu wujud and banyak kelebihan dia ye. Berbaloi pergi sana

    ReplyDelete
  16. Hehehehe orang perempuan memang suka lah kalau ada rawatan macam ni memang sangat cepat dapat keputusan untuk masalah muka dan kulit wajah hehehehe kita orang laki susah nak cari tempat rawatan yang boleh dipercayai macam ni....

    ReplyDelete
  17. Rawlins teringin nak buat tapi takut kulit Rawlins jadi manja dan tak berhenti meminta kelak. Lagis atus ebab Rawlins ada kulit yang over sensitive.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve