Grab The Promo

5 JENAMA ‘MAKEUP’ HALAL ANTARABANGSA BOLEH BELI DI MALAYSIA


Isu Halal dan Haram ini sememangnya amat dititikberatkan oleh umat Islam. Jenama makeup atau solekan yang halal harus lebih daripada sekadar dibuat tanpa bahan yang haram . Pengeluaran produk alat solek perlu mengikuti apa yang dianggap sah dalam Islam yang bermaksud bahawa tidak ada makhluk hidup yang secara tidak adil dicederakan dalam proses penghasilan produk tersebut.

 

5 JENAMA ‘MAKEUP’ HALAL ANTARABANGSA BOLEH BELI DI MALAYSIA

 

Mungkin ada diantara anda yang berfikir bahawa semua jenama kosmetik di Malaysia memegang perakuan halal, kerana bahan-bahan halal dan status bebas kekejaman itu jarang berlaku. Untuk pengetahuan anda, jenama besar seperti MAC, L’Oréal, Estee Lauder, dan Nars sebenarnya diuji pada haiwan untuk memenuhi beberapa peraturan atau syarat untuk menjual produk mereka.

Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk alat solek seharusnya tidak berbahaya dan diperolehi dari bahan semula jadi. Sekali lagi, bahan-bahan tidak boleh diperolehi daripada haiwan kerana proses pengumpulan boleh mendatangkan kemudaratan. Merujuk pada portal hihalal.com mereka telah mengumpulkan 5 jenama solek halal yang benar-benar vegan dan bebas kekejaman untuk rujukan rakyat Malaysia.

 

Berikut merupakan 5 jenama solek halal yang benar-benar vegan dan bebas kekejaman menurut portal ihalal.com

 

1.    KAT VON D

KAT VON D

Foto : www.katvondbeauty.com

Kat Von D merupakan jenama bebas terhadap ujian haiwan dari Amerika ini merupakan salah satu pelopor lipstik matte cair. Semua warna lipstik cecair matte mereka adalah vegan, serta produk terlaris mereka yang lain juga seperti Liner, Lock-It Foundation dan Tattoo Brow juga adalah vegan.


2THEBALM

THEBALM

Foto : thebalm.com

TheBalm Cosmetic diasaskan oleh Marissa Shipman dari San Fransisco, California .Untuk pengetahuan, theBalm mencampurkan estetik retro untuk produk mereka tetapi perkara yang paling penting mengenai jenama solek halal ini ialah mereka tidak melakukan ujian ke atas haiwan dan menggunakan formula vegan untuk kebanyakan produk mereka.

Produk theBalm yang paling popular, termasuk Mary-Lou Manizer highlighter, Bahama Mama bronzers, dan Nude Tude eyeshadow palette adalah vegan.

 

3.      WET N WILD


WET N WILD

Foto : www.wetnwildbeauty.com

Ramai antara  peminat produk kecantikan menggunakan produk Wet N Wild dari Los Angeles sebagai pengganti untuk jenama yang lebih mahal dan jenama bukan vegan kepada produk Vegan daripada Wet n Wild ini. Sebagai contoh, Warna Lipstik MegaLast Lip Color mempunyai warna yang sama seperti lipstik MAC.

 

4.      COVER FX


COVER FX

Foto : www.coverfx.com

Jenama alat solek dari Kanada ini adalah bebas dari kekejaman haiwan dan 100% vegan. Antara produk terlaris Cover FX  ialah Natural Finish Foundation, Mattifying Primer dengan Anti-Acne Treatment, dan the Perfect Setting Powder. Jenama ini menggunakan kaedah Custom Enhancer Drops,  dimana ianya merupakan  antara kaedah yang berpotensi untuk membuat kulit anda kelihatan berseri dan segar.

 

 

5.      COLOURPOP

 

Foto : colourpop.com

 

ColourPop adalah jenama solek yang bebas dari ujian haiwan yang paling diminati oleh semua orang. Semua produk mereka, termasuk matte liquid lipsticks ikonik mereka dan eyeshadow palettes, adalah vegan. Produk dari California ini sememangnya mempunyai koleksi eyeshadow yang sangat menarik dan mempunyai warna yang sangat pigment dan menyerlah.  Ianya pasti akan menambat hati pencinta alat solek yang melihatnya.

 

 

Apa yang menarik mengenai jenama alat solek halal ini mungkin adalah harga yang lebih murah,  jika dibandingkan dengan jenama lain yang tidak halal yang mempunyai kekejaman haiwan  yang lain.

 

Selain dari jenama antarabangsa ini, anda juga  boleh memilih jenama-jenama tempatan yang mempunyai label halal yang disahkan, ini antara 5 jenama antarabangsa boleh menjadi alternatif anda. Kebanyakan jenama-jenama ini dengan mudah boleh didapati di Sephora atau mana-mana kedai-kedai kosmetik di negara kita.

 

Sumber : hihalal.com



0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve