Grab The Promo

Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu

Dengar sahaja nama Himalaya , Cik iena yakin ramai yang kenal akan Produk penjagaan kulit  berasaskan Herba yang sangat dipercayai oleh orang ramai kerana kehebatan kandungan 100% formula herba yang diekstrak secara semulajadi melalui bahan organik. Selama bertahun-tahun, jenama ini telah mengukir niche untuk dirinya sebagai perintis dalam produk penjagaan muka serta rambut.

 

 

Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu

Sebelum Cik iena kongsikan mengenai rangkaian produk Himalaya yang telah cik iena cuba, Cik iena kongsikan terlebih dahulu Khasiat Neem yang perlu anda tau.Mungkin ada yang tidak pernah dengar tentang herba yang dipanggil ‘neem’ ini sama seperti Cik iena. Dalam era serba moden ini, jarang untuk kita mengamalkan cara tradisional untuk menyeselaikan masalah kulit. Kebanyakannya menggunakan ubat-ubatan moden yang mana ada diantaranya juga yang mempunyai bahan kimia yang tidak bagus untuk kesihatan.

Cik iena yakin banyak pokok atau tumbuhan selain daripada ‘neem’ yang mungkin ada di antara kita tahu yang digunakan untuk tujuan perawatan wajah. Namun untuk 'neem' terdapat keistimewaan dan keberkesanannya dalam menawar pelbagai masalah kesihatan.

 

Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu

Pokok ‘neem’ atau dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘pokok semambu’ ini telah digunakan sejak berkurun lama di India dalam teknik perubatan Ayurveda. Kini, penggunaan pokok ‘neem’ semakin luas diperkatakan dan dipraktikkan di serata dunia, termasuk pelbagai produk kesihatan di Himalaya Healthcare Malaysia.

 


Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu
 

 

 10 KHASIAT ‘NEEM’ ANDA PERLU TAHU


1. MENGURANGKAN BERAT BADAN

Untuk cara yang lebih mudah dan selamat, ‘neem’ boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia berkesan dalam meningkatkan kadar metabolisma badan secara efektif dan membantu memecahkan sel-sel lemak di dalam badan.


2. MENJAGA TAHAP GULA DALAM DARAH

Untuk penghidapi penyakit diabetes atau kencing manis, anda boleh gunakan ‘neem’ sebagai salah satu alternatif perubatan kerana ia merupakan penawar semulajadi terbaik untuk mengawal penyakit diabetes. Daun ‘neem’ dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah dan meningkatkan sensitivity reseptor insulin di dalam badan. Daun-daun yang penuh khasiat ini juga dapat membantu untuk mengawal kadar gula di dalam darah serta mengurangkan kebergantungan anda kepada dadah dan ubat-ubatan yang kerap diambil sepanjang mengalami penyakit diabetes.


3. MEMBANTU MERAWAT KANSER

Terdapat sel protein asli di dalam daun ‘neem’ yang dipanggil sebagai ‘Neem Leaf Glycoprotein’ atau NLGP, ianya dikatakan mampu untuk menghalang pertumbuhan sel kanser di dalam badan. Selain daripada menghalang sel kanser secara lansung, NLGP juga mampu untuk mengawal sel imunisasi yang terdapat di sekitar sel kanser dan di dalam darah. Keadaan ini akan melambatkan pertumbuhan tumor dan seterusnya membantu dalam merawat pesakit kanser yang sedang menjalani sesi rawatan chemotheraphy.


4. MELEGAKAN JANGKITAN PADA LUKA

Kandungan ‘nimbidol’ dan ‘gedunin’ yang terkandung dalam pokok ‘neem’ bertindak sebagai anti-kulat dan mampu untuk membunuh kulat yang tumbuh pada kulit. Sebagai alternatif, amalan penggunaan daun ‘neem’ pada kulit juga dapat menyembuh dan mencegah jangkitan kulat pada badan anda.


5. MEMBUNUH KUTU DI KEPALA

Daun ‘neem’ sangat dikenali sebagai agen anti-bakteria dan anti-mikrob yang kuat. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa minyak yang dihasilkan daripada daun ‘neem’ boleh digunakan untuk membunuh dan mencegah kutu yang tumbuh di kepala.


6. BOLEH MENGHALAU NYAMUK

Selain menjadi penawar kepada pelbagai penyakit, ‘neem’ juga digunakan sejak turun-temurun untuk menghalau nyamuk. Menurut kajian yang pernah dijalankan, minyak daripada daun ‘neem’ juga bertindak sebagai agen ‘anti-protozoal’ yang memberi bau unik pada kulit anda, dan pada masa yang sama mencegah nyamuk daripada mendekati anda. Cara ini sebenarnya lebih berkesan dan mesra alam berbanding penggunaan aerosol atau asap.



7. MEMBANTU MERAWAT HEPATITIS
Oleh kerana sifat tidakbalas anti-virusnya yang kuat, daun ‘neem’ juga digunakan untuk membantu merawat pesakit hepatitis di seluruh dunia. Ia berfungsi menghapuskan toksin merbahaya dalam badan dan seterusnya mengurangkan kandungan toksik di dalam hati. Selain itu, dengan bertindak memperbaiki sistem imunisasi di dalam badan, pesakit hepatitis dapat mempercepatkan proses pemulihan mereka dengan lebih berkesan dan semulajadi.


8. MENCEGAH MASALAH MULUT, GIGI DAN GUSI
Di kebanyakan kawasan luar bandar khususnya di India, ranting pokok ‘neem’ masih lagi digunakan untuk memberus gigi dengan cara ‘bersugi’ seperti sunnah yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Sifat-sifat anti-mikrob dan anti-kulat neem memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit gusi, sakit gigi, nafas berbau, ulser mulut dan banyak lagi. Selain itu, ia juga dapat bertindak sebagai ubat semuladi untuk membuatkan gigi anda jadi putih.


9. MENCEGAH PENYAKIT ‘AMOEBASIS’

‘Amoebasis’ merupakan infeksi usus besar dan kadangkala boleh menyebabkan infeksi hati oleh kerana parasit yang dipanggil ‘Entamoeba histolytica’. Daun ‘neem’ bertindak sebagai ubat semulajadi yang sangat berkesan oleh kerana sifat antibiotiknya yang tinggi. Apabila digunakan di bahagian perut, daun ‘neem’ akan mengurangkan keradangan usus atau kekejangan berpanjangan yang seringkali dialami oleh pesakit yang menghidap ‘amoebasis’.

 

10. PENAWAR SEGALA MASALAH KULIT MUKA
Masalah kulit muka seperti jerawat, kedutan, pigmentasi, ‘blackhead’, kulit kering dan sebagainya, percaya atau tidak daun ‘neem’ merupakan penawar terbaik untuk anda menangani apa jua masalah kulit muka. Dengan sifat seperti anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus, daun ‘neem’ mampu untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit muka yang bermasalah. Selain mampu untuk mengurangkan parut jerawat pada muka, daun ‘neem’ juga bertindak sebagai pelembap semulajadi dan ‘toner’ kulit yang efektif.

 

 


Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu


Bercakap mengenai penawar segala masalah kulit muka disini Cik iena ingin kongsikan antara rangkaian produk dari Himalaya Healthcare Malaysia yang dikatakan dapat menjadi penawar kepada segala masalah kulit terutamanya untuk anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat iaitu Himalaya Neem. Berikut Cik iena kongsikan antara produk Himalaya Neem yang cik iena telah cuba.


  1. Himalaya Purifying Neem Face Wash
  2. Himalaya Herbals Neem Face Pack
  3. ourishing Skin Cream
  4. Lip Balm
  5. Acne-n-Pimple Cream
  6. Skin Wellness 

 Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem

Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu

 

Himalaya Purifying Neem Face Wash

Pencuci muka berformula herba ringan ini membersih kulit secara mendalam dan mengeluarkan kotoran serta minyak yang berlebihan. Tidak seperti kebiasaan sabun pencuci muka, face wash bersifat foam ini terasa ringan di wajah dan menghindar kulit dari menjadi rapuh.


Himalaya Purifying Neem Face Wash



Ianya diformulasi dari bahan antibakteria dan serbuk kunyit berfungsi menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Untuk pengetahuan pencuci muka ini sesuai buat anda yang mempunyai kulit berminyak. Ianya bebas paraben, SLES, sulfat dan sabun
Pencuci wajah ini mampu melambatkan pertumbuhan jerawat .Gunakan pencuci muka ini secara konsisten untuk kulit bebas minyak.

 


Himalaya Purifying Neem Face Wash

 

Cara Pengunaan Himalaya Purifying Neem Face Wash

Lembapkan wajah, sapukan sebilangan kecil Purifying Neem Face Wash dan lembutkan pembasuhan dengan menggunakan gerakan bulat.Basuh dan keringkan. Gunakan dua kali sehari.

 

Review Himalaya Purifying Neem Face Wash

Cik iena suka gunakan  Himalaya Purifying Neem Face Wash ini kerana ianya tidak mengandungi paraben, SLES, sulfat dan sabun. Tekstur pencuci wajah berupa gel ini juga amat mudah untuk diaplikasikan. Selepas mencuci wajah, wajah terasa segar , bersih dan tegang. Harumannya juga amat menenangkan.


Rating Himalaya Purifying Neem Face Wash

10/10


Beli Himalaya Purifying Neem Face Wash Secara Online di  

Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons| Royale Pharma



Himalaya Herbals Neem Face Pack

 

Herbals Neem Face Pack ini mampu mencegah jerawat dan noda pada wajah. Ianya berfungsi  mengangkat segala kotoran pada wajah seterusnya mampu mengelakkann wajah dari terkena  pencemaran kulit. Herbals Neem Face Pack ini  menyatukan kebaikan Neem, Fuller's Earth dan Turmeric, yang bekerja sama untuk mengatur rembesan minyak berlebihan, membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mencegah timbulnya jerawat.


Himalaya Herbals Neem Face Pack

 


Cara Penggunaan Himalaya Herbals Neem Face Pack


Himalaya Herbals Neem Face Pack

 

Sapukan Purifying Neem Pack secara merata di wajah dan leher yang telah dibersihkan, elakkan dari terkena kawasan di sekitar mata dan mulut. Biarkan topeng kering selama 10-15 minit, dan basuh  menggunakan span atau tuala basah. Bilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang optimum, gunakan seminggu sekali. Himalaya Herbals Neem Face Pack ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat.

Review Himalaya Herbals Neem Face Pack

Himalaya Herbals Neem Face Pack merupakan antara face mask yang Cik iena gemar pakai terutamanya sekiranya ketika wajah Cik iena ada jerawat. Selepas cuci wajah rasa bersih dan tegang.Terasa kulit wajah sagat bebas dari minyak.Sekiranya Cik iena ada jerawat Cik iena akan pakai pada jerawat juga setiap hari untuk keringkan jerawat tersebut dengan cepat disamping menggunakan Himalaya Acne-n-Pimple Cream. Tapi jangan pakai seluruh muka tau. Seluruh muka cik iena pakai seminggu sekali tapi jika ada jerawat cik iena letak dibahagian jerawat sahaja untuk tarik kekotoran dan minyak supaya jerawat lebih cepat mengecut.

Apa yang kurang menyenangkan cuma haruman dia. Biasalah bau herba kan. Bau herbanya agak kuat berbanding produk yang lain namun hasilnya sangat bagus. Tapu tak semua orang tak suka baunya. Ada juga review yang Cik iena baca yang suka haruman herba nya. Cik iena cuma kongsikan review dari cik iena sahaja.


Rating Himalaya Herbals Neem Face Pack

9/10

Beli Himalaya Herbals Neem Face Pack  Secara Online di  

Himalaya Nourishing Skin Cream


Himalaya Nourishing Skin Cream
 


Himalaya Nourishing Skin Cream  adalah krim penggunaan harian yang ringan dan tidak berminyakk. Ianya memberikan kelembapan yang maximum pada wajah serta  khasiat dan perlindungan sepanjang hari. Krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Indian Pennywort, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan.


Himalaya Nourishing Skin Cream

Cara Penggunaan Himalaya Nourishing Skin Cream

 

Sapukan Nourishing Skin Cream dengan lembut di muka dan leher dua kali sehari, selepas membersihkan wajah. Untuk hasil terbaik, gunakan secara berkala. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya uga boleh dijadikan asas untuk solekan.Himalaya Nourishing Skin Cream telah diuji secara dermatologi, bukan komedogenik dan hypoallergenic.

Review Himalaya Nourishing Skin Cream

Cik iena suka memakai Himalaya Nourishing Skin Cream kerana baunya yang harum serta tekstur krim yang lembut dan ianya sangat mudah meresap pada kulit wajah. Apa yang lebih Cik iena suka adalah kelembapannya bertahan lama berbanding krim pelembab lain. Ianya juga tidak berminyak dan tidak melekit. Sangat selesa mengenakan krim ini. Ia juga memberikan kesan glowing pada solekan  Cik iena kerana kadar kelembapannya yang optimum.

Rating Himalaya Nourishing Skin Cream

10/10

Beli Himalaya Nourishing Skin Cream Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Lip Balm


Himalaya Natural Moisturizing Lip Balm terhasil dari campuran butter herba mewah yang melembapkan bibir anda sepanjang hari. Gabungan Cocoa dan Sal Butters ini bertujuan untuk  menghidrat bibir anda dan menghalangnya daripada pecah-pecah. 


Cara Penggunaan  Himalaya Lip Balm

Sapukan lapisan Lip Balm yang nipis dan halus di bibir anda. Sapukan semula sepanjang hari seperti yang diperlukan untuk bibir lembut dan lembut. Terbaik untuk bibir kering dan pecah-pecah.

Review Himalaya Lip Balm

Memandangkan bibir Cik iena memang mengalami masalah bibir kering walaupun Cikiena cuku pminum air , jadi Himalaya Lip Balm sangat membantu Cik iena.Ianya memberikan kelembapan berpanjangan pada bibir. Cik iena hanya perlu pakai pada waktu pagi sahaja. Tai adakalanya Cik iena juga akan pakai diwaktu malam sebelum tidur sebagai masker bibir. Cik iena pakaikan tebal sedikit dari biasa. Selain itu Cik iena juga gunakan Himalaya Lip Balm ini untuk membuat scrub bibir. Caranya mudah sahaja Cik iena campurkan sedikit Himalaya Lip Balm dengan gula dan scrub pada bibir. Kulit-kulit mati bibir akan tertanggal dan warna bibir menjadi lebih merah .


Rating Himalaya Lip Balm

10/10

Beli Himalaya Lip Balm Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Acne-n-Pimple Cream


 



Cara Penggunaan Himalaya Acne-n-Pimple Cream


Sapukan Himalaya Acne-n-Pimple Cream ada bahagian jerawat sahaja selepas anda membersih wajah dan memakai pelembab.

Himalaya Acne-n-Pimple Cream

Review Himalaya Acne-n-Pimple Cream

Cik iena suka Himalaya Acne-n-Pimple Cream kerana ianya mengeringkan jerwat dengan cepat serta memudarkan parut kerawat.

Rating Himalaya Acne-n-Pimple Cream

10/10


Beli Himalaya Acne-n-Pimple Cream Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Skin Wellness  

Himalaya Skin Wellness   membantu melawan jerawat dengan menghalang bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Ianya juga membantu mengurangkan keradangan kulit yang disebabkan oleh bakteria yang disebabkan jerawat. Sifat antioksidan yang detoksifikasi dan kuat dari Neem membantu mengurangkan kesan kerosakan radikal bebas sel, membantu meremajakan kulit dan membantu mengekalkan kulit yang sihat dan bersinar.

 

Himalaya Skin Wellness merupakan produk makanan tambahan yang bebas dari gula, warna tiruan, perisa tiruan, pengawet.Setiap tablet mengandungi  Ekstrak daun Nimba (Azadirachta indica) - 250 mg dan ianya adalah 100% vegetarian.


Himalaya Skin Wellness sesuai untuk anda yang mengalami masalah Jerawat serta alahan dan anda yang  mudah terkena jangkitan kulit.

Cara Penggunaan  Himalaya Skin Wellness 


1 kapsul dua kali sehari selepas makan

 

Review  Himalaya Skin Wellness 

Secara keseluruhannya kesan yang didapati adalah kulit tiada masalah jerawat. Semenjak PKP ni kulit Cik iena berjerawat sebab mengenakan face mask. Memandangkan Cik iena pakai semua rangkaian produk Himalaya Neem jadi Cik iena tak pasti adakah ianya berkesan jika diamalkan tanpa pengunaan produk Himalaya neem yang lain. Cik iena suggestkan anda cuba semua rangkaian produk Himalaya Neem secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang optimum.

Apa yang Cik iena kurang suka hanya bau herba sahaja yang lains emuanya ok. Tapi mungkin ada yang suka akan bau herba. Cik iena makan perlu tutuphidung dan tahan nafas. Pada yang dah biasa mengamalkan jamu Cik iena rasa tiada masalah :)


Rating  Himalaya Skin Wellness  

8/10

Beli Himalaya Skin Wellness Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Secara keseluruhannya Cik iena suka penggunaan rangkaian penjagaan wajah Himalaya Neem. Musim PKPP ni perlu pakai face mask bila keluar. Kulit wajah Cik iena pula sensitif bila mengenakan surgical face mask mesti akan naik jerawat bila terlalu lama mengenakan face mask. Jadi untuk tempoh sekarang Himalaya Neem merupakan set penjagaan wajah yang sesuai untuk menghindari jerawat dari tumbuh di wajah cik iena disebabkan penggunaan face mask sepanjang hari.


Untuk maklumat lanjut

Website : https://himalayainasia.com/

Facebook : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

 




 

 

 

 




14 comments:

  1. Wah banyaknya manfaat daun Neem tu kan macam macam faedahnya... meati bagus produk ni.

    ReplyDelete
  2. Neem tu semambu rupanya..haha mmg banyak khasiat tp xtau pula boleh turunkan berat badan..sis pun mmg suka produk himalaya ni sbb truly organik kan..nanti nak try hat neem ni plak

    ReplyDelete
  3. Banyak betul khasiat neem ni ya. Akak pernah try neem face wash tu memang best. Segar bersih je muka. And mask tu pon syok.

    ReplyDelete
  4. Auntie also using the Neem Face Wash & I find it very mild & not harsh to my skin too.

    ReplyDelete
  5. daun neem kalu kat kampung orang buat mandi bagi reda deman campak, tak sangka boleh jadi pencuci muka ye. betul la memang banyak khasiat daun neem ni

    ReplyDelete
  6. Untuk kulit muka yang sensitif memang sesuai sangat cleanser jenis gel. Dengan khasiat yang ada dekat daun neem, memang terjaga sangat la kulit muka kita

    ReplyDelete
  7. ramai yang sarankan untuk pkai produk himalaya sebab bahan2 yang digunakan adalah sumber semulajadi. teringin nak cuba facewash dorg. nanti nak carilah kat drugstore berhampiran

    ReplyDelete
  8. Bagus sgt produk himalaya ni. Memng diyakini sebb guna herba. Tertarik dengan lip balm dan acne dia tu.. Boleh cari

    ReplyDelete
  9. I tried their bodycare and haircare but supplements belum cuba lagi, nanti sis check out.

    ReplyDelete
  10. Ena suka produk berasaskan daun neem sbb daun ni famous di india. Masa ena kulit alergik teruk sapu neem je. Bagus himalaya guna daun neem.

    ReplyDelete
  11. Mmg best produk ni.. suka dgn pencuci muka dia. Lps gina rs bersih

    ReplyDelete
  12. Brand himalaya ni mmg best. Za mmg pakai cream dia.. Mmg tahan lama moisture kulit.

    ReplyDelete
  13. ika tak pernah try tapi ika selalu tgk ada jual dkt drugstore. nk cuba la nt :)

    ReplyDelete
  14. Pencuci muka dia memang the best!! Jerawat pon makin kurang naik. Parut-parut jerawat pon makin pudar. Kulit jadi kurang berminyak. Memang syorkan pada sesiapa yg kulit berjerawat dan berminyak..

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve