Grab The Promo

Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

Kedai Ayamas, Cik iena yakin ramai yang mengenai jenama Legend ini. Tapi disini Cik iena ingin berkongsi pengalaman Cik iena bersama teman teman makan malam di salah sebuah Kedai Ayamas di Taman Suntex Cheras. Walaupun dunia sedang hangat dilanda pandemic covid namun kehidupan seharian perlu diteruskan.
 

Makan di Kedai Ayamas Bersama Teman
 
 
Cik iena memang work from home jadi bila dah lama work from home agak bosan juga. Sekali sekala Cik iena ajak kawan-kawan pergi beriadah atau makan namun masih mengikup SOP ya. Kalau terperap dirumah pun boleh menyebabkan kemurungan kan lagi lagi yang tinggal bujang seperti Cik iena dan rakan-rakan pejabat.
 
Jadi baru-baru ini Cik iena bersama rakap pejabat keluar makan malam di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras. Lokasi restoran terletak berdekatan MRT Taman Suntek menjadikan ianya sangat mudah diaksess oleh sesiapa sahaja walaupun pengguna kenderaan awam.
 
Sebelum Cik iena kongsikan pengalaman makan malam di Kedai Ayamas taman Suntek, Cik iena ceritakan terlebih dahulu mengenai Kedai Ayamas.


KEDAI AYAMAS

Kedai Ayamas merupakan kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam yang mana ianya dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat kepada KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan juga anak syarikat milik penuh Johor Corporation.
  
Kedai Ayamas  adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang  lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.
 

#bringbackmemories Makan di Kedai Ayamas Bersama Teman
 

Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”.Untuk pengetahuan , terdapat 61 rangkaian Kedai Ayamas di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS.
 

Produk-produk  Ayamas dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Produk Ayamas dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang ayamas diperap daripada bahan-bahan segar,berkualiti dan semestinya di jamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi


 
Selain Kedai Ayamas, mereka juga terlibat dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar dan kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia.


KONSEP KEDAI AYAMAS

1. KEDAI - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.

2. KIOS - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.

3. RESTORAN - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan direstoran.

Kedai Ayamas taman suntek



Makan di Kedai Ayamas bersama Teman di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

Lokasi Kedai Ayamas Taman Suntex terletak berdekatan MRT Taman Suntek .Lokasi ini amat mudah untuk diakses oleh sesiapa sahaja mahupun and ayang menaiki kenderaan awam. Daripada MRT Taman Suntex anda hanya perlu jalan kaki untuk ke Kedai Ayamas Taman Suntek.
 

Kedai Ayamas taman suntek
 
 
Bagi anda yang menaiki kenderaan sendiri pula terdapat banyak parking dikawasan Kedai Ayamas. Semasa kehadiran Cik iena Cik iena parking betul betul hadapan kedai. Dua lagi sahabat Cik iena datang ke sini menariki MRT.
 
 Sebelum Cik iena kongsikan antara menu yang Cik iena cuba Cik iena ceritakan terlebih dahulu menu-menu utama di Kedai Ayamas.



MENU UTAMA DI KEDAI AYAMAS 

Ayam panggang Kedai Ayamas merupakan tarikan utama yang didatangkan dengan tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu ‘Golden, Pepper dan Percik”.


Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu

Ayam Panggang Golden
Ayam Panggang Golden
Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat

Ayam Panggang Pepper
Ayam Panggang Pepper
Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.


Ayam Panggang Percik
Ayam Panggang Percik



KEUNIKAN AYAM PANGGANG KEDAI AYAMAS

 Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba.


Ayam Panggang Golden, Pepper dan Percik
Ayam Panggang Golden, Pepper dan Percik

HIDANGAN LAIN DI AYAMAS

Kedai Ayamas juga menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu. Jadi anda dapat merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. Selain itu Kedai Ayamas juga menyediakan pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga

 

Nikmati Keenakan Ayam Panggang  di Kedai Ayamas

Antara menu yang Cik iena dan rakan rakan cuba di Kedai Ayamas Taman Suntex adalah Ayam panggang Golden, pepper dan percik. Selain itu kami juga mencuba menu lain seperti topinos, muffin, mini pie, sardin rools, curry puff, ayam goreng dan biskut mentega.


Makan di Kedai Ayamas Bersama Teman
Antara menu yang Cik iena makan bersama teman teman di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
 
Ayam panggang Golden , Pepper dan PErcik masing masing mempunyai keunikan rasa yang tersendiri. Walaubagaimanapun ketiga tiga jenis ayam panggang ini sememangnya sedap berasa dan juicy. Memang terasa perapan ayam tersebut.
 

Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Dinner bersama teman teman di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
 
 
Antara ketiga jenis ayam panggan ini, Ayam panggang yang menjuarai carta top hati Cik iena adalah ayam panggang percik.  Untuk Adik Cik iena iaitu Deqnor dan juga rakan pejabat Cik iena iaitu naja, masing masing mempunyai citarasa yang sama seperti Cik iena dengan memilih Percik sebagai perasa ayam panggang pilihan kami. Berbeza dengan rakan pejabat Cik iena iaitu Zai, beliau lebih menggemari Ayam panggang Golden.
 

Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Dinner bersama teman di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

Jadi anda bagaimana pula? setiap orang pasti mempunyai citarasa yang berbeza namun ketiga tiga jenis ayam pannggan ini sememangnya sangat sedap dan juicy. Tekstur ayam yang lembut walaupun dibahagian isi tetap rasa perapan ayam tersebut.
 

Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Ayam Goreng Kedai Ayamas yang sedap, rangup, juicy,lembut dan pedas
 
 
Selain daripada ayam panggang, Ayam goreng Kedai ayamas juga sedap, rangup garing dan pedas. Sememangnya menepati citarasa orang Malaysia yang sukakan pedas.

Antara menu lain yang Cik iena gemari juga adalah topinos yang dijual disini. Cik iena yakin dan pasti penggemar cheese pasti akan suka topinos. Tidak terlepas juga sardin rolls disini juga sedap beserta muffin serta mini pie. Curry puff disini juga tidak kurang hebatnya lagi sedap jika dijamu ketika masih panas. Biskut mentega yang di jual di Kedai Ayamas ini juga sangat sedap, Cik iena sendiri sempat beli untuk bawa pulang.


Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Curry Puff dan sardin rolls

Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Mini Pie, Muffin dan Topinos
 
Untuk pengetahuan menu menu yang ditawarkan disetiap cawangan Kedai Ayamas adalah berbeza mengikut lokasi berdasarkan permintaan pelanggan. Di Kedai Ayamas Taman Suntek tidak terdapat menu Western seperti Kedai Ayamas lain. Nampaknya lepas ni Cik iena perlu ke Kedai Ayamas lain untuk menikmati hidangan western dari Kedai Ayamas yang dikabarkan sedap oleh rakan-rakan Cik iena yang pernah mengunjungi Kedai Ayamas.
 

Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Biskut mentega dari kedai Ayamas yang wajib anda beli kerana ianya sememangnya sedap.
 



Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
SET MEAL FOR 1
 
 
Secara keseluruhannya pengalaman makan malam di Kedai Ayamas taman Suntek memang menyeronokkan, disamping menikmati aneka hidangan yang lazat. Staff disini juga peramah dan tidak sombong untuk menjawab pertanyaan pertanyaan Cik iena mengenai Kedai mereka.  Berikut Cik iena kongsikan gambar menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras yang sempat Cik iena ambil.
 



Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras




 


Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

 
 
Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras


Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
Antara Menu di Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
 

 

Bukan setakat makan malam di Kedai Ayamas Cik iena juga sempat membeli makanan sejuk beku dan biskut mentega dari Kedai Ayamas . Cik iena memang suka beli makanan sejuk beku kerana penyediaannya sangat mudah. Bila sibuk masak Cik eina akan sarapan makanan sejuk beku . Mudah sahaja hanya masuk dalam air fyer dan cik iena boleh sambung kerja . bila dah berbunyi ceketing dah boleh makan.
 

Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
 
 
Sepanjang keberadaan Cik iena disana cik iena dapati sangat ramai pelanggan yang walk in untuk take away ayam panggang Ayamas. Rider rider penghantaran makanan juga kerap masuk ke Kedai Ayamas. Dalam keadaan sekarang sangat ramai yang membuat pilihan untuk membuat pesanan melalui Grab mahupun food panda. 





VLOG DINNER BERSAMA TEMAN DI KEDAI AYAMAS TAMAN SUNTEK CHERAS



 

PROMOSI DI KEDAI AYAMAS

  • “15th and 30th offer” menawarkan harga Diskaun istimewa untuk Ayam Panggang . RM24.90 untuk Golden and Pepper Roaster manakala RM25.90 bagi percik roaster
  • Promosi “Thursday special” bermula dengan harga RM15.50 bagi 1 set hidangan lengkap
  • Promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM11.50 sahaja


KHIDMAT PENGHANTARAN

Selain menawarkan makanan di restoran, Kedai Ayamas juga menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui grab food dan food panda

Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras

KEDAI AYAMAS BRINGBACKMEMORIES & MAKANSAMASAMA CAIMPAIGN

 





Kedai Ayamas telah berada di pasaran lebih 30tahun. Bermula dengan hanya menghidangkan 1 menu iaitu Golden  Roaster, kini terdapat 2 lagi pilihan rasa ayam panggang yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu Pepper Roaster & Percik Roaster.  Kedai Ayamas juga kini menawarkan pelbagai variasi menu yang sesuai dengan permintaan semasa seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal) &  snackers ( sardine roll & chicken pie ). 
 
 


Kedai Ayamas Taman Suntek Cheras
 


Selama lebih 30 tahun ini, pasti pelbagai kenangan anda bersama Kedai Ayamas. Terus mencipta kenangan bersama Kedai Ayamas dengan kongsikan gambar anda menikmati hidangan Kedai Ayamas dan hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan berlansung selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. 


LAIN-LAIN PERKHIDMATAN KEDAI AYAMAS

Selain dari perkhidmatan-perkhidmatan diatas Kedai Ayamas juga mempunyai perkhidmatan lain iaitu  Penjualan secara borong dan Francise.

Bagi anda yang berminat untuk mengambil barangan secara borong dari Kedai Ayamas Sila hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut berkaitan belian secara borong. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
 
  1.  Mr Hisham-+60 19-323 0478
  2. Mr Ricky- +60 12-387 4133
  3. Mr Ganesh- +60 19-371 5121
  4. Mr Khairudin - +60 19-277 1785
  5.  Puan Khadijah - +60 19-661 6159
FRANCISE juga merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan.KEDAI AYAMAS sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama KEDAI AYAMAS. Kepada anda yang berminat sila hubungi talian dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais KEDAI AYAMAS.
 
  1. Mr Iswazi - +60 19-267 6200
  2. Mr Zulhilmi - +60 13-393 2465

Untuk maklumat lanjut mengenai Kkedai Ayamas Ikuti mereka di FB , INSTAGRAM & YOUTUBE 
Instagram : @kedai_ayamas




31 comments:

  1. all time favret semestinya Black Pepper ituuu..
    whole chicken tak cukup kena beli xtra share dgn anak2 buah..

    ReplyDelete
  2. banyak pembaharuan di ayamas, bolehla nak
    cuba set menu baru ni, besok ada promo kan? nak terjah outlet dekat rumah ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. dah lama tak pergi ayamas. Esok nak pergi makan sini dan enjoy all these yummy food

    ReplyDelete
  4. Wah banyak tu Iena larat ke habis haha tapi nape air satu jr huhu.... dah lama kak tak nakan kat kedai Ayam Mas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe larat kak..ade kawan2 makan sekali.. air banyak je..tak muat meja nak letak semua

      Delete
  5. Ayamas pilihan kita sekeluarga terutama bila tetiba tetamu muncul kat rumah. Husband pi jer beli Ayamas settle menu untuk hidangan seisi keluarga. Gerenti sedap

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah lagi cuba restoran Ayamas ni, sbb tak pernah terjumpa. Mungkin takde kat area saya. Produk Ayamas mmg saya selalu beli. Teringin juga nak try mkn kat restoran dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh xde kedai ayamas eh kt sana.. kedai ayamas kene bukak bnyk cawangan lagi ni

      Delete
  7. Selalu beli dekat kios jer, bila tengok kat sini..meriah menu-menunya.. Next time boleh pi kedai ayamas ni

    ReplyDelete
  8. Pepagi masuk sini jadi lapo dibuatnya, Sis suka Percik, sangat sedap!
    Kalau arwah abah ada, dulu masa besday je mesti beli Ayamas, sebab dulu lelain fastfood jauh dari rumah, Ayamas je yang dekat..

    ReplyDelete
  9. Lamanya dah tak pergi Ayamas ni.. tertibe mengidam nak makan la lepas tengok post ni..

    ReplyDelete
  10. Banyaknya menu. Harga boleh tahan jugak eh. Dah lama jugak tak makan ramai ramai ni yalah asyik terperup dalam rumah aje. Tapi tengok karipap sardin tu macam sedap lah.....

    ReplyDelete
  11. wow, didnt know they have a restaurant of their own. all the dishes look delicious. Thanks for sharing this! :)

    ReplyDelete
  12. Uiksss besarnya kedai ayamas dia..sedapnya lama tak makan..ayam2 dia semua feberet kak min hehhe

    ReplyDelete
  13. Dekat sangat dengan rumah Yaya! Everytime ambil adik kat MRT memang nampak tapi tak berkesempatan pergi lagi. Sure lepas ni nak singgah hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh dekat eh..jadi kite tak jauh la..akak stay cheras dh skrg

      Delete
  14. Kak pun suka mkn ayam di Ayamas, tapi biadanya beli bwk blk mmg sedap

    ReplyDelete
  15. Za dari dulu mmg suka makan ayam dari ayamas ni. Chicken pie dia pun sedap tapi sedih ah sungai buloh xde ayamas. Kena balik umah mak kat ampang baru leh beli

    ReplyDelete
  16. Saya suka konsep kedai ni.. sambil makan boleh beli belah. Makanan pun boleh tahan lazat.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve