Promosi Lulu Super Friday di LuLu Hypermarket

Istimewa buat pelanggan LuLu Hypermarket, untuk pengetahuan anda sekarang LuLu sedang hangat mengadakan kempen Super Friday yang bermula pada hingga 6 Disember 2020. Terdapat pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan ditawarkan. Tidak terhad di bahagian groceries sahaja, di bahagian fashion wanita, lelaki dan kanak kanak serta di bahagian gadget dan peralatan elekrtik juga terdapat tawaran hebat.

 

LuLu Hypermarket

 
Apa yang menarik produk-produk hebat yang terpilih ditawarkan sehingga 70% diskaun. Sangat berbaloi - Super Products, Super Deals!Selain daripada produk elektrik, perkakasan rumah, pakaian, kasut dan barangan dapur dari jenama terpilih turut terlibat didalam kempen Lulu Super Friday. Pelbagai jenama terkemuka dengan pelbagai pilihan barangan yang berkualiti boleh didapati  di LuLu yang mana ianya pastinya memberi kepuasan didalam membeli.



Produk Digital (Barangan Elektrik dan Gadget)

 

LuLu Hypermarket

 

LuLu Hypermarket

Istimewa untuk pelanggan yang mencari telefon bimbit, barangan komputer, pencetak, perkakasan elektrik dan pelbagai lagi gadjet serta barangan elektrik. Pelbagai tawaran menarik boleh anda nikmati  bersempena dengan Lulu Super Friday. Contohnya seperti power bank dijual serendah dari harga RM30, televisyen Sony 65' 4K Android hanyalah RM3299 daripada harga asal iaitu RM4299. 


LuLu Hypermarket




Begitu juga Microwave Oven daripada jenama Sharp diberi diskaun sebanyak 40%, harga asal RM329 dan bersempena dengan Lulu Super Friday ditawarkan pada harga RM199.


LuLu Hypermarket

 


LuLu Hypermarket

LuLu Hypermarket

LuLu Hypermarket

LuLu Hypermarket

LuLu Hypermarket

 

Fashion Wanita, Lelaki dan kanak kanak



Untuk pakaian wanita, terdapat promosi khas untuk jenama seperti Eten, modernform, Ladies Fashion dan pelbagai lagi ditawarkan sehingga 30%.  Bukan sekadar pakaian , Untuk beg tangan seperti Eten, Joh Louis, Cortigiani dan Debackers potongan sebanyak 30% bersempena dengan Lulu Super Friday.

 

 

Bagi Pakaian lelaki pula terdapat promosi untuk jenama seperti Eten, Sin Denim, Tom Smith, Sunnex, Twills, Debackers, Zeyrek dan Xemberg diberikan diskaun sebanyak 30%. Dalam promosi ini terdapat aneka koleksi pakaian formal agak menarik dengan rekaan dan warna yang ditawarkan. Ini terutama lelaki metropolitan yang suka rekaan baju yang 'up-to-date'.

 

Tidak terlepas juga promosi untuk pakaian kanak-kanak dari jenama pakaian kanak-kanak O'Dear yang turut diberikan diskaun hebat iaitu 50%, manakala jenama Ruff diskaun sebanyak 30%.




Istimewa buat Peminat jenama kasut Sketchers, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun 50% bersempena dengan Lulu Super Friday. Seperti yang kita maklum jenama Sketchers sememangnya  cukup popular dengan keselesaan, praktikal dan cantik. Maka dengan itu jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun 50% ini.


Selain daripada Sketchers, turut ditawarkan adalah jenama popular seperti Reebok dan New Balance yang menawarkan diskaun sebanyak 35%, Atlanta, Tag Basic dan pelbagai lagi dengan diskaun 30% dan 40%. Anda pastinya akan rambang mata dengan kepelbagaian diskaun yang ditawarkan.





Dekorasi dan Barangan Keperluan Rumah


Untuk Kaum Hawa  pastinya anda akan menggemari produk di bahagian ini. Terutamanya perkakasan dapur dan juga barangan perhiasan rumah seperti karpet dan pelbagai lagi. Terdapat juga produk Lulu sendiri seperti Coffee Pot 1L yang ditawarkan pada harga RM29.99 daripada harga asal RM49.99.

Tidak terhad pada itu , terdapat juga pilihan permainan kanak-kanak dari soft toys, hotwheels dan pelbagai lagi ditawarkan pada harga cukup berbaloi bersempena dengan Lulu Super Friday.




Produk Segar dan Barangan Dapur
 

Seperti anda sedia maklum, Lulu Hypermarket memang cukup popular dengan produk segar dan barangan dapur yang dijual dengan harga yang berpatutan. Cik iena sendiri  memang gemar mendapatkan barangan basah dan kering dari Lulu Hypermarket Kuala Lupur. 

 

Bersempena dengan Lulu Super Friday terdapat produk yang kita boleh dapatkan di sini dengan harga yang jauh lebih murah berganda dari pasaran.Contohnya kek karamel jenama Luppo yang kita boleh beli dengan harga RM4.95 iaitu 50% diskaun daripada harga asal iaitu RM9.90.


Istimewa buat Peminat air Barbican jangan lupa dapatkan produk ini di Lulu bersempena Lulu Super Friday. Harga yang ditawarkan RM1.99 daripada harga asal RM4.90.

Jika nak top up susu, boleh dapatkan susu Nestle Every Day. Untuk 1.kg (Percuma 200g) harga asal adalah RM47.90, tapi sepanjang kempen berlangsung ianya hanyalah RM38.49.




















































Susu Goodday Full Cream, Low Fat, Chocolate dan Strawberi ditawarkan RM4.95 sahaja.

Coklat Kit Kat, minyak Naturel, Beras Cap Saga, Beras Cap Sunflower, biskut White Castle, sabun Dynamo, sabun Top, sabun Good Maid dan pencuci pinggan Joy antara jenama yang terlibat didalam kempen Lulu Super Friday!!!!

Bestkan!!! Banyak giler produk best yang memang kita guna dan menjadi keperluan harian boleh didapati di Lulu Hypermarket. Kenapa bayar lebih jika kita boleh jimat banyak dengan berbelanja bersempena dengan kempen Lulu Super Friday.

Untuk keterangan dan promosi lebih lanjut boleh layari:-


https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/
http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all



2 comments:

  1. first time saya tahu nama hypermart ni.. tak pernah tahu..
    banyak jugak barang2 menarik kalo blh shopping situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lama jugak da hypermarket ni tapi cawangan dia tak banyak :D

      Delete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve